Cara Sekat Anak Daripada Main Game Seusia Kecil


Cara sekat anak daripada main game seusia kecil| Beberapa hari yang lalu, Naufal asyik duduk ditepi saya melihat saya main game di telefon. Saya tahu dia berminat. Berulang kali bertanya. "Game apa ayah? Pandai ayah main game". Saya sedar dia menanti giliran. Dengan harapan saya akan beri peluang dia merasai kenikmatan bermain game. Tapi ayah main game taktikal perang. Agak sukar untuk mengajarnya. Lambat. Saya diam.


Bila masuk hari ketiga, dia menunjukkan sikap lebih proaktif. Jari mula menyentuh hujung telefon. Hampir-hampir tekan butang pada paparan game. Saya tarik sikit. Jari dia datang lagi. Saya cakap "Abang tak boleh main. Nanti abang leka". Bukan saya tidak mahu dia bermain game. Tapi masanya belum sesuai. Ini cara saya. Cara anda mungkin berbeza. Terpulang pada didikan masing-masing. Tiada yang salah, tidak semua betul

Kemudian dia menunjukkan tanda-tanda merajuk. Duduk tepi televisyen. Diam tanpa suara. Menggosok-gosok mata. Air mata mula berlinang tanpa sebab. Saya syak sebab saya larang dia bermain game. Saya sambung bermain game. Bila air mata dia makin deras saya mula membebel. "Bukan ayah tak mahu bagi, tapi nanti dia leka". Ada kanak-kanak mampu cemerlang walaupun kerap bermain game. Ada juga kanak-kanak akan hanyut. Fokus di sekolah hanya ingin loceng segera berbunyi. Boleh balik rumah dan main game. Setiap kanak-kanak berbeza

Bila dia sudah menangis tersedu-sedu saya panggil dia. Saya suruh dia berdiri di tepi saya. "Ayah tak larang abang main game. Tapi abang belajar, cari duit sendiri. Kemudian beli telefon dan main game puas-puas. Masa itu ayah tak marah". Saya cakap lembut dengan dia. Lepas itu usap kepala dan cium dahi dia. Dia menggangguk tanda faham. Rupanya cara itu lebih berkesan. Dia tidak minta lagi untuk main game


Esoknya apabila saya pulang dari tempat kerja. Dia menyapa saya. Dia cakap "Ayah belikan aiskrim, keropok dan meja ya". Meja? Dia cakap dia mahu berjual. Mahu cari duit. Mahu beli telefon. Mahu main game. Aduh sebak pula bila saya dengar dia mahu berjual. Semasa makan tengahari saya cakap dengan dia. "Kalau ada orang beli aiskrim RM0.20 sen tapi orang itu beri duit RM1.00, berapa baki yang patut abang bagi pada orang itu?". Dia sengih sahaja. Saya teruskan "Kalau abang mahu berjual, abang perlu tahu kira duit". Lepas itu dia cakap "Ayah bagilah saya duit. Nanti saya kira"

Ayah boleh bagi tapi belum tiba masanya

Cara sekat anak daripada main game seusia kecil adalah melarangnya buat kali pertama. Jika kali pertama kebenaran telah diberi, tiada alasan kukuh untuk kita tidak memberinya pada kali kedua. Kali kedua akan jadi kali ketiga dan kali seterusnya adalah ketagih. Gajet kini sangat penting tapi bukan usia kecil. Tiada apa yang merugikan jika kita tidak memberinya gajet. Banyak lagi manfaat permainan lain yang boleh mereka terokai selain daripada bermain game di telefon. Cukup sekadar anak-anak saya tahu. Ayah dan ibu lebih berkuasa daripada mereka. Tapi itu cara saya. Cara anda mungkin berbeza. Wallahualam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bilalelakiberbicara.com/2017/12/cara-sekat-anak-daripada-main-game.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pening Kepala Bila Si Kecil Asyik Tiru Percakapan Kita Ikuti Panduan Bagaimana Ajar Anak Bercakap Cara Sopan

Pening Kepala Bila Si Kecil Asyik Tiru Percakapan Kita Ikuti Panduan Bagaimana Ajar Anak Bercakap Cara Sopan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 348 hits
Bercakap dengan anak adalah salah satu momen yang paling menyeronokkan buat ibu bapa Malah percakapan yang didengarnya setiap hari akan menjadi bahan rujukan buatnya Ketika ini juga anak anda suka melakukan peniruan percakapan Namun ia perk...
Cara Tingkatkan Kesihatan Anak Anak Supaya Tidak Pergi Klinik Selalu

Cara Tingkatkan Kesihatan Anak Anak Supaya Tidak Pergi Klinik Selalu

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 337 hits
Kanak kanak paling mudah untuk jatuh sakit Ini kerana antibodi badan mereka masih lemah Waktu diusia awal ini lah antibodi mereka baru nak aktif Jadi sekiranya kita tidak membantu untuk tingkatkan kesihatan anak anak mereka akan mudah jatuh...
Gemuk Sikit Tak Boleh Ke Doktor 5 Kesilapan Ini Ibu Ayah Selalu Buat Jadikan Anak Kecil Obes

Gemuk Sikit Tak Boleh Ke Doktor 5 Kesilapan Ini Ibu Ayah Selalu Buat Jadikan Anak Kecil Obes

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 476 hits
Gemuk dan tembam semasa anak masih bayi memang nampak cute tapi kalau berterusan sehingga usia prasekolah ia adalah petanda amalan pemakanan yang kurang sihat Ibu ayah elakkan melakukan 5 kesilapan ini dari awal lagi dalam pemakanan keluarg...
Tengah Khusyuk Main Game Terkejut Dengar Bunyi Berdebuk Jatuh

Tengah Khusyuk Main Game Terkejut Dengar Bunyi Berdebuk Jatuh

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 560 hits
Tengah khusyuk main game terkejut dengar bunyi berdebuk jatuh Sekadar perkongsian untuk bacaan suka suka Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan Ri...
Percuma 10 Contoh Soalan Pandankan Untuk Anak Kecil Anda

Percuma 10 Contoh Soalan Pandankan Untuk Anak Kecil Anda

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 452 hits
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Pernahkah terjadi kepada anda Bila ada masa lapang di rumah bersama anak anak kita tidak tahu apa aktiviti yang mahu dilakukan Ya Saya memang selalu mengalaminya Jadi saya terpaksa mencari idea untuk ...
Ada Anak Kecil Aktif Tengah Melasak Lebih Dari Seorang Ibu Ayah Boleh Cuba Tip Ini Supaya Lebih Tenang Enjoy

Ada Anak Kecil Aktif Tengah Melasak Lebih Dari Seorang Ibu Ayah Boleh Cuba Tip Ini Supaya Lebih Tenang Enjoy

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 431 hits
Ketika anak sedang aktif dan tengah melasak nak menerokai masa shopping makan di luar boleh terbantut Dek kerana kerenah anak suasana tenang sukar dirasai malah boleh timbul konflik dan bermasam muka dengan pasangan pula bila anak anak meng...
Anak Selesema Bawah Dua Tahun Tak Di Galakkan Bagi Ubat Ada Lagi Cara Lain Lebih Selamat

Anak Selesema Bawah Dua Tahun Tak Di Galakkan Bagi Ubat Ada Lagi Cara Lain Lebih Selamat

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 402 hits
Ramai dikalangan ibu bapa yang selalu risau apabila anaknya mempunyai selesema Lagi lagi anak kecil yang bawah usia dua tahun Ibaratnya serba tak kena Nak tidur tak boleh menyusu pun tak selesa Sampai ibu bapa pun boleh stres Tip tip ini mu...
Sedih Tengok Kanak Kanak Main Handphone Masa Khutbah Mak Ayah Perlu Jadi Leader Anak Anak

Sedih Tengok Kanak Kanak Main Handphone Masa Khutbah Mak Ayah Perlu Jadi Leader Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 389 hits
Memang menjadi trend ibu bapa memberikan anak anak gadget sebagai hiburan dan peneman namun kesan gadget jika tidak dikawal akan memberikan kesan buruk kepada anak anak yang masih kecil Ketagih kepada gadget sesuatu yang amat membinmbangkan...
5 Cara Betul Dedahkan Anak Pada Internet

5 Cara Betul Dedahkan Anak Pada Internet

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 518 hits
Kehadiran Internet telah banyak mengubah kehidupan manusia Percaya atau tidak pada masa dulu masyarakat hanya bergantung kepada perkhidmatan pos radio televisyen dan terbitan bercetak Kini segalanya berada di hujung jari anda daripada membe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip