Anak Suka Tarik Rambut Sendiri Bila Menangis Ada Sebab


Adakah anda mendapati si manja anda gemar menarik rambutnya sendiri? Melihatkan tabiat yang mungkin berlarutan dalam bayi anda ini mungkin merisaukan anda. Anda mungkin khuatir ada masalah di sebalik tabiatnya itu tetapi sebenarnya menarik rambut adalah keadaan biasa pada anak kecil. Malah kebanyakan bayi akan berhenti sendiri daripada kebiasaan ini.
Mengapa bayi menarik rambut?
Bayi daripada usia sebulan hingga 2 tahun menarik rambut untuk memujuk diri sendiri seperti perbuatan menghisap jari. Malah si bayi mungkin menghisap jari dan menarik rambutnya sendiri atau rambut si ibu dengan tangan yang lain. Bayi anda mendapati tabiat ini dapat menenangkannya dan selalunya melakukannya sebelum tidur atau ketika tertekan. Namun, dalam sesetengah bayi, tabiat menarik rambut ini membawa kepada obsesi yang dinamakan trichotillomania.
Apa itu trichotillomania?
Trichotillomania adalah istilah perubatan yang merujuk kepada tabiat menarik rambut, bulu kening, bulu mata atau bulu badan lain sehingga menyebabkan tompok botak yang ketara. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami trichotillomania menarik bulu badan atau rambut dengan terlalu kerap hingga mempunyai tompok botak, hilang bulu kening, bulu mata dan sebagainya.

Bukan seperti tabiat menarik rambut bayi yang akan lenyap dengan pembesaran mereka, trichotillomania hanya berlaku dalam 1% daripada populasi umum dan dianggap sebagai masalah psikiatri yang memerlukan terapi.
Apakah punca trichotillomania?
Apabila seorang kanak-kanak gemar menarik rambut sejak usia bayi lagi, anak kecil tersebut mungkin berbuat demikian tanpa berfikir. Pada usia tiga tahun, kanak-kanak boleh memahami jika ibu bapa bertindak balas terhadap apa yang mereka lakukan.
Jika ibu bapa kelihatan risau dan memberi tindak balas tiap kali melihatnya menarik rambut, dia akan belajar untuk menarik perhatian ibu bapa dengan kelakuan ini.
Menarik rambut digunakan kanak-kanak sebagai cara tambahan selain menjerit dan mengamuk sewaktu tantrum. Anak kecil biasanya meramas rambut manakala yang lebih besar mencabut rambut mereka.

Trichotillomania boleh berlaku tanpa mengira usia. Tetapi dalam kalangan mereka yang gemar menarik rambut sejak kecil, obsesi ini membawa kepada trichotillomania pada usia 9-13 tahun. Punca sebenar trichotillomania adalah kompleks dan mungkin dicetuskan oleh tekanan psikososial dalam keluarga, seperti berpisah daripada penjaga, penjaga atau kanak-kanak dihospitalkan, kelahiran adik baru, cemburu dengan adik-beradik, pindah ke rumah baru, atau masalah dengan prestasi sekolah. Persekitaran dan genetik juga dipercayai mungkin memainkan peranan.
Bagaimana mencegah trichotillomania?
Sama ada tabiat menarik rambut dalam bayi anda adalah fasa sementara atau masalah jangka masa panjang adalah sukar untuk diramalkan. Apa pun, lebih baik untuk anda mempelajari beberapa kaedah untuk mengalihkan tabiatnya daripada menarik rambut.
Salah satu cara terbaik untuk membuat bayi anda berhenti menarik rambutnya adalah mengalihkan perhatiannya sehingga dia tidak memikirkannya. Sekiranya anda menyedari bahawa bayi anda sedang cuba untuk mencapai rambutnya, berikan dia mainan keciluntuk bermain.
Anda juga boleh mempertimbangkan alternatif lain yang memberikan sensasi seperti rambut. Contohnya bulu pelepah, anak patung berbulu, sehelai kain satin, berus rambut atau berus gigi bayi.

Anda boleh mencukur atau memendekkan rambutnya agar tidak dapat ditarik. Tetapi ia tidak akan berkesan jika anda tidak mengusahakan mengalihkan perhatiannya daripada tabiat tersebut. Bayi anda akan mengulang tabiatnya apabila rambut tumbuh kembali.
Anda tidak perlu cuba mendisiplinkan anak anda. Menangkap tangannya atau menempis tangannya dan mengatakan ‘tidak’ tidak akan membantu. Bayi anda masih belum memahami disiplin dan larangan. Sebaliknya, perlahan-lahan leraikan tangannya daripada rambut dan alihkan perhatiannya tanpa memberikan hukuman.
Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/anak-suka-tarik-rambut-sendiri-bila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pisahkan Anak Tidur Sendiri Bukan Mudah Kuatkan Hati Rela Bangun Dengar Anak Menangis

Pisahkan Anak Tidur Sendiri Bukan Mudah Kuatkan Hati Rela Bangun Dengar Anak Menangis

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 311 hits
Pisahkan tempat tidur anak bukan satu yang mudah lagi lagi bila anak dah terbiasa tidur sebilik dengan ibu bapa Mesti awalnya akan ada cabaran kerana anak akan menangis minta ditemankan atau perasaan kebimbangan bermain di fikiran ibu Ada i...
Tak Perlu Beli Snek Anak Mama Buat Sendiri Lagi Awesome Biskut Viral 3 Bahan Gebu Cair Dalam Mulut

Tak Perlu Beli Snek Anak Mama Buat Sendiri Lagi Awesome Biskut Viral 3 Bahan Gebu Cair Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 542 hits
Bila berdepan dengan masalah anak yang tidak suka makan mama mulalah rasa runsing Namun mama berdepan hal yang sama bila anak terlalu suka makan hinggakan tidak ada idea untuk bekalkan anak dengan makanan Kalau asyik membeli makanan di luar...
Jangan Cepat Pandang Negatif Anak Orang Suka Melompat Sana Sini Mungkin Dia Ada Adhd

Jangan Cepat Pandang Negatif Anak Orang Suka Melompat Sana Sini Mungkin Dia Ada Adhd

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 330 hits
Amirul kelihatan normal seperti kanak kanak lain di sekolahnya Walau bagaimanapun Amirul agak sukar memberikan tumpuan kepada pengajaran guru di kelas dan sering kelihatan seperti di dunianya sendiri Kelakuannya semakin menjadi jadi jika ti...
Mulianya Hati Memey Bantu Pam Susu Sendiri Demi Anak Abby Abadi

Mulianya Hati Memey Bantu Pam Susu Sendiri Demi Anak Abby Abadi

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 504 hits
Semalam merupakan hari paling gembira buat aktress Abby Abadi kerana selamat melahirkan seorang anak lelaki Mulianya hati Memey bantu pam susu sendiri demi anak Abby Abadi
4 Bahaya Kalau Anak Suka Sangat Makan Makanan Manis

4 Bahaya Kalau Anak Suka Sangat Makan Makanan Manis

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 1753 hits
Makanan manis atau yang mengandungi gula memang menjadi makanan yang disukai oleh anak anak Makanan manis seperti gula gula coklat jajan dan minuman ringan sememangnya menjadi makanan favourite di kalangan anak anak Namun sebagai ibu korang...
Syukurlah Anak Menangis Sekurangnya Ada Perasaan Dia Nak Sampaikan Pada Mak Ayah

Syukurlah Anak Menangis Sekurangnya Ada Perasaan Dia Nak Sampaikan Pada Mak Ayah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 498 hits
Menangis ialah cara anak berkomunikasi Bayi menangis sebab lapar tak selesa mahukan belaian mahu didukung atau sakit Semakin umur anak membesar motif menangis juga boleh jadi bertambah banyak Mahukan perhatian merajuk mahukan sesuatu yang t...
Anak Anak Memang Suka Tanya Kenapa Itu Ini Jangan Tipu Dia Akan Ingat

Anak Anak Memang Suka Tanya Kenapa Itu Ini Jangan Tipu Dia Akan Ingat

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 235 hits
Adat anak anak yang sedang membesar tentu sekali banyak persoalan yang bermain di minda mereka Ada sahaja soalan yang pelik pelik ditanya Itu menandakan otak mereka sedang berfikir dengan pantas Bertanya memang sesuatu yang bagus dan disara...
Dendam Mendalam Tak Dapat Kasih Sayang Dan Diabai Suami Wanita Tergamak Bunuh Anak Kandung Sendiri

Dendam Mendalam Tak Dapat Kasih Sayang Dan Diabai Suami Wanita Tergamak Bunuh Anak Kandung Sendiri

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 407 hits
Seorang wanita telah didakwa membunuh dua orang anak kembarnya di rumahnya yang terletak di Kota Kupang Nusa Tenggara Timur pada malam khamis Wanita yang berusia 24 tahun itu cuba membunuh diri selepas melakukan pembunuhan anak kembarnya it...
Tak Salah Anak Lelaki Suka Teddy Bear Itu Yang Membentuk Jiwanya Lebih Penyayang

Tak Salah Anak Lelaki Suka Teddy Bear Itu Yang Membentuk Jiwanya Lebih Penyayang

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 408 hits
Bermain anak patung atau teddy bear selalu dikaitkan dengan perempuan dan kelembutan Pantang sungguh kita apabila melihat anak lelaki berminat dengan anak patung Pegang pun tidak boleh Takut anak jadi lembut Apa masalahnya jika lelaki menja...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam