Tak Salah Anak Lelaki Suka Teddy Bear Itu Yang Membentuk Jiwanya Lebih Penyayang


Bermain anak patung atau teddy bear selalu dikaitkan dengan perempuan dan ‘kelembutan’. Pantang sungguh kita apabila melihat anak lelaki berminat dengan anak patung. Pegang pun tidak boleh. Takut anak jadi ‘lembut’.
Apa masalahnya jika lelaki menjadi seorang yang lembut?
Dalam dunia sekarang ini di mana saban hari kita mendengar tentang kes keganasan rumahtangga, kes dera, kes pukul, kes buli, kes rogol, kes ‘road rage’ hingga membawa kematian, maka apa yang diperlukan adalah KELEMBUTAN. Itulah yang hilang dari jiwa dan hati si pelaku.

Masalahnya dengan kita, kita menggalakkan anak lelaki menjadi gagah tidak kena caranya.
Apabila anak lelaki bermain kasar yang keterlaluan, kata kita “Biasalah boys”.
Apabila anak lelaki tolak tidak mengikut giliran, kata kita “Biasalah boys”.
Apabila anak lelaki menumbuk menendang rakan lain, kata kita “Biasalah boys”.
Apabila anak lelaki suka menonton cerita atau bermain ‘game’ yang ganas, bunuh membunuh, kata kita “Biasalah boys.”
Itukah yang kita harapkan dari anak lelaki?
Menjadi seorang yang KASAR dan GANAS?
Bermain anak patung membantu perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Tidak kiralah kanak-kanak lelaki atau perempuan.
Selalunya bagaimana anak lelaki melayan anak patung adalah cerminan bagaimana dia melihat ibubapa melayan kanak-kanak.
Cara anak lelaki bercakap dengan anak patung adalah cerminan bagaimana dia biasa mendengar ibubapa bertutur dengan kanak-kanak. Dia akan meniru.
Jika anak lelaki tidak pernah melihat si ayah peduli tentang penjagaan diri dia dan adik beradiknya, maka anak lelaki itu juga mungkin akan kekok untuk ‘melayan’ anak patung itu.

Bermain adalah cara terbaik untuk kanak-kanak memahami tentang dunia di sekelilingnya dan bermain juga adalah cara terbaik untuk kanak-kanak melatih skil penting yang perlu ada pada dirinya sebagai orang dewasa.
Bermain dengan anak patung mengajar kanak-kanak baik lelaki atau perempuan supaya menjadi seorang yang peduli pada kanak-kanak, dan memastikan keperluan kanak-kanak itu dipenuhi.
Bermain dengan anak patung juga mendidik anak untuk memahami emosi dan membantu perkembangan empati yang semakin kurang dalam dunia sekarang hingga menyebabkan masalah dera, buli dan keganasan baik di dunia nyata mahupun di dunia siber.
Tidak semua kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan akan terus berminat dengan anak patung sampai bila-bila. JANGAN PANIK!
Dedahkan juga kanak-kanak kepada permainan lain untuk mereka meneroka minat mereka. Kadang-kadang dari anak patung kanak-kanak akan beralih kepada patung askar atau patung superhero yang menjadi kegemaran mereka. Mereka akan menggunakan skil yang sama apabila bermain dengan anak patung, teddy bear, atau patung-patung yang lain cumanya plot penceritaan ketika bermain itu sahaja yang berbeza mengikut kreativiti mereka.
Tidak ada salahnya juga jika ANAK PEREMPUAN hendak bermain dengan kereta atau kapal terbang mainan. Itu juga sebahagian dari penerokaan. Tidak ada salahnya kanak-kanak perempuan turut sama panjat pokok bersama kanak-kanak lelaki. Itu adalah skil fizikal yang penting.

Cumanya pastikanlah kanak-kanak perempuan memakai seluar panjang agar skirtnya tidak tersangkut ataupun skirtnya tidak terselak.
Bermain anak patung menyediakan kanak-kanak untuk memiliki skil peduli (caring), memupuk (nurturing) dan memahami (understanding). Inilah kelembutan yang kita mahu ada pada anak–anak lelaki kita disamping dia pandai berlari, melompat, berguling, memanjat, menendang dan menumbuk objek yang sepatutnya.
Oleh itu biarlah anak lelaki belek dan belai anak patung. Perhatikan dia. Main dengan dia.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
The post Tak Salah Anak Lelaki Suka Teddy Bear. Itu Yang Membentuk Jiwanya Lebih Penyayang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-salah-anak-lelaki-suka-teddy-bear-itu-yang-membentuk-jiwanya-lebih-penyayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Anak Memang Suka Tanya Kenapa Itu Ini Jangan Tipu Dia Akan Ingat

Anak Anak Memang Suka Tanya Kenapa Itu Ini Jangan Tipu Dia Akan Ingat

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 243 hits
Adat anak anak yang sedang membesar tentu sekali banyak persoalan yang bermain di minda mereka Ada sahaja soalan yang pelik pelik ditanya Itu menandakan otak mereka sedang berfikir dengan pantas Bertanya memang sesuatu yang bagus dan disara...
Anak Muda Ibu Kota Lebih Suka Sewa Dibanding Punya Apartemen

Anak Muda Ibu Kota Lebih Suka Sewa Dibanding Punya Apartemen

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 250 hits
Kehidupan di Jakarta selalu identik dengan biaya hidup yang tidak murah Sebab Jakarta termasuk ke dalam posisi teratas untuk 10 kota dengan biaya hidup termahal di Indonesia Akibatnya banyak anak muda di Jakarta yang tidak memiliki ketertar...
Anak Suka Tarik Rambut Sendiri Bila Menangis Ada Sebab

Anak Suka Tarik Rambut Sendiri Bila Menangis Ada Sebab

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 438 hits
Adakah anda mendapati si manja anda gemar menarik rambutnya sendiri Melihatkan tabiat yang mungkin berlarutan dalam bayi anda ini mungkin merisaukan anda Anda mungkin khuatir ada masalah di sebalik tabiatnya itu tetapi sebenarnya menarik ra...
Tni Evakuasi 3 000 Lebih Orang Dari Wamena Mayoritas Perempuan Dan Anak

Tni Evakuasi 3 000 Lebih Orang Dari Wamena Mayoritas Perempuan Dan Anak

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 197 hits
TNI juga mengerahkan KRI Dr Soeharso dan tenaga medisnya seperti dokter spesialis untuk mengobati warga yang terluka serta mengurus korban meninggal dunia akibat situasi yang memanas di Wamena
Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg Boleh Jadi Sebab Ibu Alami Tumpah Darah

Anak Ramai Atau Pernah Bersalin Bayi Lebih 4kg Boleh Jadi Sebab Ibu Alami Tumpah Darah

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 603 hits
Pendarahan selepas bersalin adalah punca utama kematian ibu di kebanyakan negara di seluruh dunia Pendaftaran Obstetrik Kebangsaan telah melaporkan pada tahun 2012 kadar pendarahan serius selepas bersalin adalah 0 09 iaitu masih di bawah pa...
Dalam Rezeki Suami Ada Rezeki Isteri Anak Jangan Berkira Ada Lebih Bagi Lebih

Dalam Rezeki Suami Ada Rezeki Isteri Anak Jangan Berkira Ada Lebih Bagi Lebih

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 456 hits
Hidup berumah tangga ni tak sama macam kita bercinta Cabarannya lagi besar ditambah pula bila ada anak Tanggungjawab suami isteri pun akan bertambah dan usaha suami mencari nafkah pun lagi besar Mungkin bagi suami isteri yang bekerja rasa r...
Wiranto Sebut Karhutla Sarat Politis Brg Jawab Kalau Unsur Itu Beliau Lebih Tahu

Wiranto Sebut Karhutla Sarat Politis Brg Jawab Kalau Unsur Itu Beliau Lebih Tahu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 249 hits
Namun ia mengakui ada konflik masyarakat lokal yang mempengaruhi karhutla Konflik ini ada yang terjadi di tingkat desa
Bukan Salah Anak Lambat Membaca Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

Bukan Salah Anak Lambat Membaca Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 522 hits
Ibu bapa semestinya menantikan perkembangan yang positif untuk anak anak Kan Setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza dan ada kalanya tidak mengikut aturan yang betul Menjadi kerisauan buat ibu ayah apabila anak berganjak ke tiga tah...
4 Bahaya Kalau Anak Suka Sangat Makan Makanan Manis

4 Bahaya Kalau Anak Suka Sangat Makan Makanan Manis

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 1760 hits
Makanan manis atau yang mengandungi gula memang menjadi makanan yang disukai oleh anak anak Makanan manis seperti gula gula coklat jajan dan minuman ringan sememangnya menjadi makanan favourite di kalangan anak anak Namun sebagai ibu korang...
Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Anak Seiras Bapa Coretan Ulang Tahun Ella Raih Perhatian

The Wagon Cafe

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Apa Ada Kat Air Papan Johor