Dendam Mendalam Tak Dapat Kasih Sayang Dan Diabai Suami Wanita Tergamak Bunuh Anak Kandung Sendiri
Seorang wanita telah didakwa membunuh dua orang anak kembarnya di rumahnya yang terletak di Kota Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT) pada malam khamis (5/9/2019).
Wanita yang berusia 24 tahun itu cuba membunuh diri selepas melakukan pembunuhan anak kembarnya itu yang masing-masing berumur 5 tahun.
Motif pembunuhan tersebut dipercayai dilakukan kerana dendam terhadap suaminya itu yang didakwa sering mengabaikannya serta anak-anaknya.
Pembunuhan itu mula disedari oleh suaminya itu ketika suaminya itu baru saja selesai membuat kolam ikan keli di belakang rumahnya.
Setibanya di hadapan rumah itu, dia merasa pelik kerana pintu dan tingkap biliknya dalam keadaan tertutup rapat serta berkunci.
Pada awalnya dia beranggapan bahawa isterinya itu sedang tidur. Lalu dia pun mengetuk pintu bilik tidurnya.
Namun, ketukannya itu tidak dijawab oleh isterinya mahupun anaknya.
Kerana merasakan seperti ada yang tidak kena, dia telah memanggil adiknya untuk memecahkan pintu bilik tersebut.
Setelah pintu bilik tersebut berjaya dipecahkan, dia dan adiknya terkejut melihat isteri bersama dua orang anak kembarnya itu terbaring berlumuran darah.
Ketika ditemui, terdapat luka di bahagian kepala, leher dan juga dada pada tubuh pasangan kembar tersebut.
Berikutan dengan itu, suaminya itu terus bergegas membawa isterinya ke RSU Kota SK Lerik Kupang untuk mendapatkan rawatan.
Manakala dua anak kembarnya yang telah disahkan meninggal dunia, terus dibawa ke bilik mayat RS Bhayangkara Titus Uly, Kupang.
Pihak polis Kupang Kota telah menjumpai dua bilah parang, pisau dan pakaian yang berlumuran darah di tempat kejadian untuk dijadikan bahan bukti.
“Berdasarkan perkara yang terjadi serta bahan bukti yang berjaya dikumpulkan, suspek pembunuhan dua orang kanak-kanak kembar itu adalah ibu kandung mereka sendiri,” ujar jurucakap polis Kupang, Bobby Mooy Nafi.
Wanita yang disyaki suspek utama pembunuhan itu telah terbukti melakukan pembunuhan tersebut hasil daripada bukti-bukti yang berjaya dikumpulkan.
Dia telah melakukan pembunuhan itu semasa anaknya itu sedang tidur di bilik tersebut.
Setelah membunuh kedua-dua anaknya, dia bertindak untuk membunuh dirinya pula.
Setelah dua anaknya tewas, wanita itu mencoba untuk bunuh diri.
“Ketika di soal siasat, wanita tersebut mengaku bersalah kerana telah membunuh kedua-dua anak kandungnya itu,” kata Bobby.
Motif pembunuhan yang dilakukan oleh wanita itu adalah hanya kerana perasaan dendam terhadap suaminya kerana tidak mendapat perhatian, sering diabai selain suaminya turut tidak mengambil berat hal ekonomi rumah tangga.
“Suspek telah mengaku membunuh kedua-dua anaknya itu kerana berdendam dengan suaminya,” tambah Bobby.
Wanita tersebut menyatakan bahawa dia sering dianiaya, tidak mendapat perhatian dan kasih sayang serta tidak pernah memenuhi kehendaknya.
“Wanita tersebut dikatakan mempunyai perasaan dendam yang mendalam terhadap suaminya sehingga sanggup bertindak kejam dengan membunuh anak kandungnya sendiri,” kata Bobby.
Wanita tersebut masih belum ditahan kerana sedang dirawat di salah sebuah rumah sakit yang berdekatan.
Sumber: Suryamalang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/09/17/dendam-mendalam-tak-dapat-kasih-sayang-dan-diabai-suami-wanita-tergamak-bunuh-anak-kembar-sendiri/