Jangan Cepat Pandang Negatif Anak Orang Suka Melompat Sana Sini Mungkin Dia Ada Adhd


Amirul kelihatan normal seperti kanak-kanak lain di sekolahnya. Walau bagaimanapun, Amirul agak sukar memberikan tumpuan kepada pengajaran guru di kelas dan sering kelihatan seperti di dunianya sendiri. Kelakuannya semakin menjadi-jadi jika tiada sebarang pemantauan dilakukan terutamanya pada waktu rehat.

Dia akan memanjat di sana-sini, melompat-lompat dan sering mengganggu rakan-rakannya yang lain. Guru-guru di sekolahnya seolah-olah tidak mampu lagi untuk mengawal kelakuan dan tindakannya itu kerana sebarang teguran seolah-olah ‘masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.’
Sebagai ibu bapa atau penjaga, pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Mungkin anda pernah melihat anak saudara atau sepupu anda berkelakuan seperti berikut? Anda mesti menganggap bahawa mereka adalah seorang kanak-kanak yang nakal dan tidak mendengar kata. Mungkin juga anda ada memeriksa sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai dua pusar rambut di kepalanya. Nanti dulu, jangan mudah menjatuhkan hukum sebelum anda menilai dan mengenal pasti berkenaan keadaan sebenar kanak-kanak tersebut. Kesemua tindakan tersebut mungkin merupakan antara tanda-tanda ADHD.
Apa itu ADHD?
ADHD merupakan singkatan bagi attention deficit hyperactivity disorder. Ia merupakan satu keadaan perubatan yang sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak, di mana mereka mempunyai perbezaan dalam perkembangan dan aktiviti otak berbanding kanak-kanak lain. Mereka sering mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan, duduk diam, dan kawalan diri. Sebab itulah mengapa anda kadangkala boleh melihat, sesetengah kanak-kanak ini menjadi sangat hiperaktif berbanding kanak-kanak lain. ADHD turut berkembang walaupun seseorang individu itu telah meningkat dewasa.
Mitos berkaitan ADHD
Terdapat beberapa tanggapan buruk atau mitos yang sering berlegar berkenaan kanak-kanak yang mengalami ADHD. Mitos-mitos ini berkemungkinan wujud akibat ketidakpedulian, atau perasaan mudah untuk membuat kesimpulan awal tanpa memahami apakah keadaan sebenar ADHD tersebut. Berikut merupakan antara mitos yang sering diperkatakan berkenaan kanak-kanak ADHD.
Mitos 1: Kaedah keibubapaan yang lemah penyebab ADHD
Ramai yang menganggap bahawa kanak-kanak yang hiperaktif ini sebagai seorang yang kurang sopan dan tidak berdisiplin. Ini sekali gus memberi tanggapan bahawa ibu bapanya tidak mendidiknya dengan baik. Ini ternyata tidak benar kerana mereka tidak menyedari bahawa kelakuan tersebut merupakan tanda-tanda yang berkaitan dengan masalah perubatan, bukannya disebabkan asuhan yang teruk.
Mitos 2: Kanak-kanak penghidap ADHD adalah seorang yang malas
Untuk pengetahuan anda, kanak-kanak atau individu penghidap ADHD sebenarnya ingin menyelesaikan sesuatu tugasan. Akan tetapi, mereka perlu bergelut untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang mungkin kelihatan mudah pada pandangan orang lain. Mereka perlu dibimbing dan sentiasa diberi peringatan bagi menyelesaikan kerja terutamanya bagi tugasan yang memerlukan usaha mental yang berterusan.
Memandangkan penghidap ADHD akan sentiasa bergelut dengan keadaan seperti mudah hilang minat, tidak teratur, kurang bermotivasi dan mudah hilang fokus, ini yang menjadikan mereka kelihatan dan disalah anggap seperti seorang yang malas.
Mitos 3: ADHD bukanlah satu masalah yang serius
Mitos atau tanggapan seperti ini bukan sahaja menyelubungi penghidap ADHD, malah ia turut memberikan tanggapan negatif terhadap individu yang mengalami kemurungan, keresahan dan pelbagai masalah berkaitan kesejahteraan mental yang lain. Untuk pengetahuan anda, penghidap ADHD cenderung untuk mengalami keresahan dan keadaan seperti ini boleh memberikan kesan yang serius terhadap kualiti keseluruhan kehidupan seseorang individu.
Kajian turut menyokong bahawa bahagian otak penghidap ADHD memberikan kesan yang berbeza terhadap “fungsi eksekutif” otak seperti merancang, mengatur, atau memulakan tugasan berbanding bukan penghidap ADHD. Kajian juga telah menunjukkan bahawa ADHD adalah sejenis masalah atau penyakit keturunan dengan 1 daripada 4 individu yang menghidap ADHD, memiliki ibu atau bapa yang turut menghidap ADHD.
Mitos 4: Hanya kanak-kanak lelaki yang menghidap ADHD
Walaupun kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai kelaziman melebihi dua kali ganda untuk menghidap ADHD berbanding budak perempuan, ini tidak bermakna bahawa kanak-kanak perempuan tidak berpotensi menghidap ADHD. Budak perempuan yang menghidap ADHD mungkin tidak kelihatan terlalu aktif atau menunjukkan kelakuan yang kurang senang berbanding kanak-kanak lelaki. Mereka lebih gemar untuk mengelamun atau berangan-angan, dan oleh sebab itu mereka cenderung untuk diabaikan dan kekal tidak didiagnosis.
Kanak-kanak atau individu yang mempunyai ADHD sering disalah anggap dengan pelbagai tanggapan negatif. Masalah yang mereka alami cenderung untuk diabaikan disebabkan ramai yang menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak serius untuk diberikan tumpuan. Lebih malang lagi jika tanggapan-tanggapan tersebut akhirnya menyebabkan seseorang kanak-kanak itu hilang keyakinan diri.
Bagi ibu bapa, penjaga, atau guru, pastikan anda mengenal pasti dengan lebih jelas terlebih dahulu apa yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu bertindak sedikit berbeza berbanding kanak-kanak lain. Kanak-kanak seperti Amirul juga berhak untuk menikmati kehidupannya tanpa terkesan dengan tanggapan negatif di sekeliling.
Sumber: Hello Doktor
The post Jangan Cepat Pandang Negatif Anak Orang Suka Melompat Sana-Sini, Mungkin Dia Ada ADHD appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-cepat-pandang-negatif-anak-orang-suka-melompat-sana-sini-mungkin-dia-ada-adhd/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Anak Memang Suka Tanya Kenapa Itu Ini Jangan Tipu Dia Akan Ingat

Anak Anak Memang Suka Tanya Kenapa Itu Ini Jangan Tipu Dia Akan Ingat

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 222 hits
Adat anak anak yang sedang membesar tentu sekali banyak persoalan yang bermain di minda mereka Ada sahaja soalan yang pelik pelik ditanya Itu menandakan otak mereka sedang berfikir dengan pantas Bertanya memang sesuatu yang bagus dan disara...
Tumbesaran Anak Berbeza Beza Menyusu Badan Berat Naik Sikit Jangan Pula Bagi Susu Formula

Tumbesaran Anak Berbeza Beza Menyusu Badan Berat Naik Sikit Jangan Pula Bagi Susu Formula

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 341 hits
Sebaik sahaja bayi mencecah usia enam bulan dia sudah mula diperkenalkan dengan makanan Selain susu ibu atau susu formula ibu sudah boleh memperkenalkan puri buah atau sayur mahupun bubur kosong untuk melatih deria rasanya Ketika bayi sudah...
Kalau Tidak Mahu Cikgu Marah Anak Jangan Hantar Sekolah

Kalau Tidak Mahu Cikgu Marah Anak Jangan Hantar Sekolah

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 361 hits
Kalau Tidak Mahu Cikgu Marah Anak Jangan Hantar Sekolah Baik Hantar Ke Kelab Malam Murid Bodoh Saya Boleh Tahan Mak Ayah Biadap Sila Ajar Anak SendiriKeberkatan ilmu itu letaknya pada seorang guru Jika tiada adab kepada guru di mana datangn...
Anak Suka Tarik Rambut Sendiri Bila Menangis Ada Sebab

Anak Suka Tarik Rambut Sendiri Bila Menangis Ada Sebab

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 425 hits
Adakah anda mendapati si manja anda gemar menarik rambutnya sendiri Melihatkan tabiat yang mungkin berlarutan dalam bayi anda ini mungkin merisaukan anda Anda mungkin khuatir ada masalah di sebalik tabiatnya itu tetapi sebenarnya menarik ra...
Kaki Ayam Asing Siap Siap Jangan Buang Buatkan Chicken Feet Stok Untuk Imun Anak Makin Kuat

Kaki Ayam Asing Siap Siap Jangan Buang Buatkan Chicken Feet Stok Untuk Imun Anak Makin Kuat

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 458 hits
Ibulah orang yang paling risau bila anak mula demam dan kerap sakit sakit Sesekali demam tidak mengapa Namun jika anak kerap demam hinggakan setiap bulan pastinya menunjukkan bahawa imun anak tidak kuat Selain memberikan anak ubat ubatan ya...
Baju Mengandung Tak Sendat Sana Sini Pandai Suami Dia Didik

Baju Mengandung Tak Sendat Sana Sini Pandai Suami Dia Didik

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 253 hits
Usia kandungan mencecah lapan bulan dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi ramai yang tidak sabar menantikan kelahiran anak sulung pasangan Elfira The post appeared first on
Next Time Bila Anak Cranky Restless Overwhelmed Jangan Terus Bagi Gajet Cuba Dulu Teknik Ini

Next Time Bila Anak Cranky Restless Overwhelmed Jangan Terus Bagi Gajet Cuba Dulu Teknik Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 323 hits
Apabila melangkah sahaja ke alam keibubapaan anda pasti tahu setiap dilema yang dihadapi ibu bapa daripada pemilihan susu sekolah makanan dan pelbagai lagi keputusan yang perlu dibuat Membuat keputusan mengenai si kecil anda bukanlah mudah ...
Jangan Siap Siap Cakap Nak Dua Je Anak Jika Kita Positif Semua Anak Menjadi

Jangan Siap Siap Cakap Nak Dua Je Anak Jika Kita Positif Semua Anak Menjadi

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 372 hits
Siapa tak mahu jadi ibu bapa ohsem buat anak anak Maksudnya kita adalah sempurna di mata mereka Mungkin sebelum ini ada yang dah anggap caranya dah betul mendidik anak Tak kurang juga yang rasa gagal sebab anak anak susah nak dengar kata Me...
Jangan Suka Suka Urut Orang Nanti Ada Benda Masuk Badan

Jangan Suka Suka Urut Orang Nanti Ada Benda Masuk Badan

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 1277 hits
jangan suka suka urut orang nanti ada benda masuk badan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa kat sini yang pandai urut orang Suka massage orang Siapa pula yang suka diurut Eh ada ke orang yang tak suka diurut Ada Tapi bukan nak...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage