Anak Rindu Tidur Pegang Gambar Ibu Dijemput Ilahi Selepas 2 Minggu Lahirkan Anak Ke 2


“Sekarang setiap pagi sebelum ke tempat kerja, pusara arwah isteri tempat saya dan anak-anak melepaskan rindu. Inilah tempat persinggahan sejak isteri meninggalkan kami sekeluarga,”Itu luahan bapa kepada dua anak, Ahmad Mu’arif Ahmad Khairuddin, 30, yang masih sukar menerima hakikat isterinya sudah meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.
Meninggal selepas 2 minggu lahirkan anak
Menerusi laporan BH, Ahmad Mu’arif yang kini terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada dua anak mereka yang masih kecil berkata isterinya, Fitryayumi Jamaris, 29, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Selayang pada 23 Ogos lalu, dua minggu selepas melahirkan anak kedua mereka.

“Arwah isteri saya dijangkiti COVID-19 ketika usia kandungan hampir mencecah lapan bulan, saya sendiri tidak pasti dari mana dia dapat virus itu.
“Kami bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan premis itu ditutup, kami tidak dapat bekerja dan banyak duduk di rumah.
“Isteri saya kemudiannya dimasukkan ke Hospital Selayang dan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada 8 Ogos lalu,” katanya yang memberitahu, selepas itu arwah ditidurkan kerana kadar oksigen menurun, bahkan tidak sempat melihat dan menyentuh bayi dilahirkannya.
“Minggu pertama ditidurkan, keadaan isteri saya nampak semakin baik dengan kadar oksigen stabil. Namun, pada minggu kedua, oksigen mula menurun dan terus merosot sehinggalah dia dijemput Ilahi pada pagi, 23 Ogos lalu,” katanya.
Anak sulung kerap bertanya, tidur pegang gambar ibu 
Selepas isteri tiada, terasa dunia saya gelap dan tidak tahu bagaimana nak teruskan hidup. Apa yang saya boleh lakukan sekarang, setiap hari singgah ke pusaranya, bacakan doa dan turut bercerita kepadanya hari-hari yang saya lalui tanpanya bersama anak-anak.
“Itulah kekuatan saya, bila mengunjungi pusara arwah isteri. Tidak kira hujan ribut pun saya redah, ada ketika saya bawa anak sulung yang berumur tiga tahun kerana dia masih setiap hari kerap bertanya mengenai ibunya, bahkan tidur pun memegang gambar arwah,” katanya.
Kisah pemergian Fitryayumi turut dikongsikan di laman web ‘Memorial COVID-19 Malaysia’ yang dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat pandemik itu di negara ini.

Ibu tolong jaga anak-anak buat sementara waktu
Ahmad Mu’arif berkata, kehidupannya turut berubah sepenuhnya kerana perlu memberi perhatian kepada dua anak iaitu Ahmad Qhutbie Zayyan, 3 dan Ahmad Qhutbie Zaffran, yang baru berusia sebulan.
“Buat masa ini, anak-anak dijaga oleh ibu saya yang bekerja di sekolah sebagai pekerja pembersihan, memandangkan sekolah ditutup, jadi dia menjaga sementara.
“Saya mungkin terpaksa berhenti kerja dan mencari pekerjaan lebih fleksibel selepas ini apabila ibu sudah mula bekerja semula kerana perlu menjaga anak-anak,” katanya yang bekerja sebagai jurujual pakaian.
Harap dipermudahkan urusan membesarkan anak
Ahmad Mu’arif berkata, pendapatannya yang sedia terjejas kerana pandemik COVID-19 semakin membebankan selepas isterinya meninggal dunia.
“Dulu boleh berkongsi dengan isteri untuk bayar rumah sewa dan uruskan keperluan anak, tetapi semuanya kini terletak di bahu saya seorang.

“Bayangkan, untuk uruskan jenazah isteri pun saya hanya ada RM500 wang simpanan dan mujur duit itu cukup untuk mengupah khidmat pengurusan jenazah swasta,” katanya.
Beliau turut berharap pihak berkuasa memudahkan pengurusan COVID-19 khususnya bagi membuat tuntutan dan bantuan seperti zakat.
“Saya harap kerajaan pertimbangkan peruntukan untuk anak-anak kepada mangsa COVID-19, mudahkan juga urusan bantuan zakat kerana contohnya sekarang, saya tidak boleh memohon (zakat) kerana perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan lagi untuk dokumen lengkap perubatan dikeluarkan pihak hospital,” katanya.
Mu’arif turut berharap golongan bapa tunggal turut dibantu, dengan bantuan sewajarnya diberikan untuk kebajikan anak-anak yang masih kecil terutama berkaitan penjagaan dan asuhan.
Kredit: BH Online & Ahmad Muarif
Dapatkan barangan keperluan bayi pada harga berbaloi di sini

Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post “Anak Rindu, Tidur Pegang Gambar Ibu..” Dijemput Ilahi Selepas 2 Minggu Lahirkan Anak Ke-2 appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-rindu-tidur-pegang-gambar-ibu-dijemput-ilahi-selepas-2-minggu-lahirkan-anak-ke-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindu Masakan Ibu Genap 30 Hari Pemergian Arwah Sarah Shuib Anak Terus Kuat

Rindu Masakan Ibu Genap 30 Hari Pemergian Arwah Sarah Shuib Anak Terus Kuat

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 303 hits
Sekejap je dah genap 30 hari pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin Kehilangannya sungguh dirasai seluruh rakyat Malaysia baru baru ini Siapa sangka kematiannya sangat dicemburui kerana ramai yang mendoakan dan menceritakan kebai...
Dapat Tengok Gambar Di Poster Telefon Terbaru Sudah Memadai Untuk Mengubat Rindu Zainol Macwilson Pada Anak Cucu

Dapat Tengok Gambar Di Poster Telefon Terbaru Sudah Memadai Untuk Mengubat Rindu Zainol Macwilson Pada Anak Cucu

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 259 hits
Seorang pelakon Zainol Macwilson menyatakan bahawa dia merindui anak perempuannya aktor Zahirah Macwilson Melalui Instagram miliknya Zainol 36 yang kini menetap di Perlis meluahkan rasa rindu terhadap Zahirah yang tinggal di kKuala Lumpur P...
Dia Akan Cari Dan Pegang Kaki Saya Dulu Sebelum Tidur Ibu Mangsa

Dia Akan Cari Dan Pegang Kaki Saya Dulu Sebelum Tidur Ibu Mangsa

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 200 hits
Nur Shamimi ditenangkan ahli keluarga sebaik melihat jasad anaknya Muhammad Fayyadh yang ditemui lemas dalam sebuah lombong di Taman Kinta Baru Gopeng pada Selasa Mama minta maaf tak jaga Fayyadh baik baik Gopeng Selalunya nak tidur dia mes...
Hadiah Terakhir Isteri Tak Sempat Tatap Anak Bongsu Pergi Selepas Dijangkiti Covid

Hadiah Terakhir Isteri Tak Sempat Tatap Anak Bongsu Pergi Selepas Dijangkiti Covid

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 282 hits
Walaupun isteri tak sempat lihat anak yang dilahirkannya seorang bapa reda dengan ketentuan Ilahi apabila isteri meninggal dunia akibat jangkitan COVID 19 ketika sedang mengandungkan anak bongsunya Lahirkan bayi ketika kandungan 32 minggu M...
Anak Susah Tidur Sebelum 10 Malam Biasakan Pijak Tanah Atau Rumput Waktu Petang

Anak Susah Tidur Sebelum 10 Malam Biasakan Pijak Tanah Atau Rumput Waktu Petang

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 353 hits
Cuba ajak anak jijak tanah atau rumput waktu petang kalau mereka susah sangat nak tidur sebelum 10 malam Kaki tangan yang bersentuhan dengan tanah atau rumput kita namakan grounding atau earthing Menurut Dr Mazliana Mazlan anak anak yang di...
Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni

Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 305 hits
Selepas Perdana Menteri mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara baru baru ini kebanyakan ibu bapa telah mula membawa anak anak keluar beriadah dan berkelah di kawasan air terjun pantai taman rekreasi dan beberapa l...
Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka

Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 306 hits
Intoleransi makanan adalah berkaitan dengan tindak balas makanan harian yang diambil dan langsung tidak berkaitan dengan alahan Intoleransi makanan Intoleransi melibatkan reaksi terhadap makanan harian yang anak ambil Tindak balas tak toler...
Jangan Ada Susu Formula Di Rumah Tip Mudah Ibu Ini Bf Semua Anak Hingga Berjaya

Jangan Ada Susu Formula Di Rumah Tip Mudah Ibu Ini Bf Semua Anak Hingga Berjaya

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 337 hits
Sebelum mengandung dah niatkan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu Tak sangka setelah disahkan hamil dan kini mempunyai empat orang anak termasuk anak kembar perjalanan penyusuan dipermudahkan Itu yang dikongsikan oleh seorang ibu Puan Is...
Setiap Malam Anak Anak Tatap Gambar Ummi Mereka Badrol Shah

Setiap Malam Anak Anak Tatap Gambar Ummi Mereka Badrol Shah

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 597 hits
Pelakon Badrol Shah atau Bad mengakui memikul tanggungjawab besar sebagai bapa dan ibu terhadap empat anaknya selepas kem4tian isteri Allahy4rham Farah Shila Mazlan pada 26 Ogos lalu Bad 39 yang popular menerusi filem Busut Bonang ketika di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi