Dia Akan Cari Dan Pegang Kaki Saya Dulu Sebelum Tidur Ibu Mangsa


Nur Shamimi ditenangkan ahli keluarga sebaik melihat jasad anaknya, Muhammad Fayyadh yang ditemui lemas dalam sebuah lombong di Taman Kinta Baru, Gopeng pada Selasa. (Gambar Bernama / PDRM) 'Mama minta maaf, tak jaga Fayyadh baik-baik' Gopeng: "Selalunya nak tidur dia mesti cari dan pegang kaki saya dahulu," kata Nur Shamimi Abdul Malek, 27, ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah, 6, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang hilang dan ditemukan lemas di sebuah lombong berdekatan rumahnya di Taman Kinta Baru di sini, pagi tadi.

Ibu kepada lima anak itu berkata, anak syurganya itu disifatkan paling manja dan diberi perhatian sepanjang masa sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja.


"Selalunya kalau nak tidur dia akan duduk dekat dan pegang kaki saya dahulu baru dia boleh tidur kalau tidak selagi itu dia susah tidur.

Nur Shamimi Abdul Malek, 27, ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah, 6, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang hilang dan ditemukan lemas di sebuah lombong berdekatan rumahnya di Taman Kinta Baru di sini, pagi tadi. FOTO Balqis Jazimah Zahari "Apabila bangun tidur juga dia akan mencari saya dahulu dan kemudian baru dia buat benda lain," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini, hari ini.

Nur Shamimi berkata, ketika kejadian hanya dia bersama anak-anak berada di rumah manakala suaminya berada di tempat kerja.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang mandi dan kedua-dua pintu rumah dan pagar sudah dipasti berkunci.


"Salah seorang anak berada di luar dan semasa saya sedang mandi abang membukakan pintu dan terlupa hendak menutup balik dan terus masuk ke dalam bilik.

"Apabila keluar bilik air saya melihat pintu rumah dan pagar terbuka dan mendapati Muhammad Fayyadh tiada lantas terus menyuruh abangnya pergi mencari tetapi tidak jumpa," katanya.

Katanya, dia selepas itu turut keluar mencari di lokasi di taman berdekatan yang selalu menjadi tempat anaknya itu bermain.

"Saya hanya mencari tempat yang dia selalu pergi bermain dan saya tidak terfikir dia boleh sampai ke lombong itu kerana selalunya dia akan bermain di taman permainan itu sahaja.


"Semalam kami sekeluarga mencarinya sehingga jam 4.30 pagi dan ketika itu kami memang tidak menemui sebarang petunjuk," katanya.

Manakala bapa mangsa, Abdul Wahid Shah, 36, pula berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari kerja terus bergegas pulang ke rumah selepas mendapat tahu berita kehilangan anak keduanya itu.

Terdahulu, mayat kanak-kanak itu ditemukan terapung di tepi lombong yang terletak kira-kira 80 meter dari rumahnya jam 9.45 pagi tadi.

Lokasi jasad Muhammad Fayyadh ditemui dalam keadaan terapung dalam sebuah lombong, kira-kira 80 meter dari rumahnya di Taman Kinta Baru, Gopeng pada Selasa. GOPENG - Ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid, kanak-kanak autisme yang ditemui lemas dalam sebuah lombong di sini pada Selasa tidak dapat menahan pilu dan meratap hiba di sisi jasad anaknya itu.

Nur Shamimi Abdul Malek 27, dilihat berulang kali meluahkan rasa tidak percaya anaknya itu sudah tiada sambil menzahirkan ucapan maaf.

"Mama minta maaf sebab tak jaga Fayyadh baik-baik," katanya sambil mengusap jasad anaknya.


Ketika ditemui pemberita, Nur Shamimi berkata, mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka arwah akan mendekati lombong berkenaan kerana kawasan itu telah berpagar. Katanya, pada kebiasaan, anak kedua daripada lima beradik itu hanya bermain di taman permainan yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mereka di Taman Kinta Baru di sini sambil ditemani adik beradik yang lain.

"Kalau keluar je dari pagar rumah ini, memang ke taman permainanlah dia akan pergi, melompat sambil bermain papan gelongsor.

"Walaupun lombong berada dekat dengan taman permainan ini, dia dan anak-anak saya yang lain tak pernah pergi atau merayau di situ.


"Saya sama sekali tak menjangka dia akan ditemui di situ dalam keadaan tidak bernyawa kerana firasat saya mengatakan anak saya hanya ke taman permainan sahaja," katanya.

Kongsikan artikel ini:

***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/dia-akan-cari-dan-pegang-kaki-saya-dulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Kaki Hampir 200km Bagi Cari Kerja Demi Belikan Telefon Untuk Anak

Jalan Kaki Hampir 200km Bagi Cari Kerja Demi Belikan Telefon Untuk Anak

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh Adlinahani Binti Khalil TANGKAP layar video yang menunjukkan seorang lelaki menulis atas kertas memaklumkan dia ingin membelikan telefon untuk anaknya AGENSIBANDUNG Seorang lelaki sanggup berjalan kaki sejauh hampir 200 kilometer dari ...
7 Kebiasaan Buruk Sebelum Tidur Yang Harus Dihindari Tubuhmu Yang Merugi

7 Kebiasaan Buruk Sebelum Tidur Yang Harus Dihindari Tubuhmu Yang Merugi

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 201 hits
Sayangnya hampir 90 orang melakukan hal hal merugikan ini Jangan jangan kamu juga iya
11 Jenis Susu Yang Ibu Bapa Patut Tahu Sebelum Beri Anak Minum

11 Jenis Susu Yang Ibu Bapa Patut Tahu Sebelum Beri Anak Minum

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 321 hits
11 jenis susu yang ibu bapa patut tahu sebelum beri anak minum Pernah baca beberapa viral di internet pasal susu yang sesuai di pasaran Ada yang kata susu ni banyak gula susu ni banyak perisa Habisnya ibu bapa pening nak pilih susu bagi ana...
Aming Sempat Pesan Ibu Tutup Aurat Sebelum Meninggal Dunia Video

Aming Sempat Pesan Ibu Tutup Aurat Sebelum Meninggal Dunia Video

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 444 hits
Aming Sempat Pesan Ibu Tutup Aurat Sebelum Meninggal Dunia VIDEO KOTA KINABALU Kanak kanak yang pernah tular di media sosial menerusi videonya yang petah berkata kata sambil memberi nasihat dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Tawau...
Anak Anak Masih Cari Arwah Ibu Shuib Hilang Kata Kata Mahu Anak Anak Bergelar Al Hafiz

Anak Anak Masih Cari Arwah Ibu Shuib Hilang Kata Kata Mahu Anak Anak Bergelar Al Hafiz

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 188 hits
Selepas hampir tiga minggu pemergian isteri tercintanya Siti Sarah Shuib berkongsi perkembangan terkini ketiga tiga anaknya yang saban hari merindui ibu mereka Menerusi sesi Live di Instagramnya bersama rakannya Abu Talib Husin dan pendakwa...
Sejuk Hati Tengok Pemuda Ini Betul Betul Ikut Cakap Mak Selawat Minta Izin Nurse Nak Baca Doa Dulu Sebelum Cvcuk V4ks1n

Sejuk Hati Tengok Pemuda Ini Betul Betul Ikut Cakap Mak Selawat Minta Izin Nurse Nak Baca Doa Dulu Sebelum Cvcuk V4ks1n

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 277 hits
Rasa tenang melihat sebuah video yang menunjukkan seorang pemuda berkongsi pengalamannya membacakan doa sebelum menerima svntik4n v4ks1n C0vldl9 Ketenangan itu juga pastinya dirasai seorang petugas yang mengendalikan proses v4ksin4si lelaki...
Rakaman Cemas Buaya Gigit Tangan Wanita Sebelum Rentap Mangsa Masuk Kandang

Rakaman Cemas Buaya Gigit Tangan Wanita Sebelum Rentap Mangsa Masuk Kandang

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 179 hits
Pesta ulang tahun kelima seorang kanak kanak bertukar menjadi insiden ngeri apabila seekor buaya telah menarik penjaganya ke dalam kandang di pusat reptilia Scales Tales di Salt Lake City Utah baru baru ini Tangkap layar buaya membaham tang...
Ibu Hamil Selalu Kejang Kaki Dr Kongsikan Tip Untuk Kurangkannya Bila Tiba Tiba Kena

Ibu Hamil Selalu Kejang Kaki Dr Kongsikan Tip Untuk Kurangkannya Bila Tiba Tiba Kena

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 252 hits
Kejang kaki ketika hamil adalah masalah yang biasa berlaku terutama dalam trimester kedua dan ketiga Antara punca yang mengaitkan kejang kaki adalah kekurangan nutrisi dan ibu hamil digalakkan mengambil makanan tambahan secukupnya terutama ...
Sebelum Bagi Rating Rendah Pada Seller Ini Yang Perlu Anda Tahu Dulu

Sebelum Bagi Rating Rendah Pada Seller Ini Yang Perlu Anda Tahu Dulu

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 346 hits
Dah menjadi gaya hidup masakini membuat pembelian secara atas talian melalui platform seperti shopee lazada dan sebagainya Di tambah lagi waktu pandemik dimana ada keterbatasan pergerakan membuatkan pembelian secara online menjadi semakin p...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues

Sabah Mulls Pufferfish Ban After Recent Poisoning Deaths