Hadiah Terakhir Isteri Tak Sempat Tatap Anak Bongsu Pergi Selepas Dijangkiti Covid
Walaupun isteri tak sempat lihat anak yang dilahirkannya, seorang bapa reda dengan ketentuan Ilahi apabila isteri meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 ketika sedang mengandungkan anak bongsunya.
Lahirkan bayi ketika kandungan 32 minggu
Mohd Shahril Hakimi Hamdan, 41, berkata selepas dimaklumkan dia sekeluarga menghidap jangkitan virus itu, hanya isteri, Hasmira Hussain, 38, dan anak sulungnya, Nurhasmieda, 20, dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada 4 Ogos lalu kerana ada alahan.
“Pada mulanya saya jangka isteri hanya terkena jangkitan biasa, tetapi pada 7 Ogos lalu doktor memaklumkan dia terpaksa ditidurkan dan anak dikandungnya terpaksa dibedah sehari selepas itu walaupun dalam keadaan pramatang.
“Anak bongsu lahir ketika kandungan isteri 32 minggu dengan berat 1.95 kilogram dan kami tidak sempat membuat apa-apa persiapan kerana disahkan positif COVID-19 ketika itu.
“Saya langsung tidak fikirkan perkara buruk akan berlaku sehingga diberitahu pihak hospital yang isteri disahkan meninggal dunia pada jam 7.26 malam 20 Ogos lalu walaupun arwah ketika itu tidak lagi dijangkiti COVID-19,” katanya selepas menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di rumah ibunya, di Nilai, Negeri Sembilan.
Sempat buat panggilan video dengan arwah isteri
Mohd Shahril berkata, pada 1 September lalu, anak yang dilahirkan itu dibenarkan dibawa pulang tanpa sebarang persiapan kerana ketika dia sekeluarga sedang dikuarantin.
“Saya masih ingat kenangan bersama isteri ketika membuat panggilan video untuk kali terakhir sebelum dia ditidurkan, arwah berpesan saya menjaga anak lelaki tunggal kami yang manja dengannya,” katanya.
Mohd Shahril berkata, dia akan terus menjaga anak bongsunya itu, Nurhasmeyra, yang kini berusia sebulan, walaupun ramai meminta untuk menjaga bayi terbabit yang kehilangan ibu.
“Saya dengan dibantu anak lain akan menjaga Nurhasmeyra kerana dia hadiah terakhir isteri. Saya juga perlu melihat keperluan enam anak yang semakin membesar, Nurhasmieda, Nurhasmieka, 18, Nurhasmieza, 17, Nurhasmiefa, 14; Nuruh Huda Diyana Husna, 10; dan Ajad Aqil Arfa, 5,” katanya.
Kredit: Berita Harian
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Hadiah Terakhir Isteri.” Tak Sempat Tatap Anak Bongsu, Pergi Selepas Dijangkiti Covid appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/hadiah-terakhir-isteri-tak-sempat-tatap-anak-bongsu-pergi-selepas-dijangkiti-covid/