Anak Perkahwinan Campur Kini Diiktiraf Pribumi Di Sarawak
Anak perkahwinan campur kini diiktiraf pribumi di Sarawak
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Tafsiran (Pindaan) 2022 yang antara lain mengemas kini senarai kaum pribumi di negeri itu.
Dibentangkan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali, berkata rang undang-undang itu mendapat sokongan ahli dewan daripada kedua-dua pihak.
Beliau berkata, pindaan itu dilakukan secara asasnya bagi menambah 12 kaum tambahan dalam jadual Ordinan Tafsiran dan akan memberikan kesan kepada kepada pindaan baru-baru ini pada Klausa (6)(a) Artikel 161A Perlembagaan Persekutuan mengenai kaum pribumi Sarawak.
Senarai 12 tambahan kaum termasuk dalam cadangan pindaan adalah Bagatan, Bakong, Bemali, Berawan, Dali, Lakiput, Jatti Miriek, Narom, Sa’ban, Tatau, Tring dan Vaie.
“Juga di bawah cadangan pindaan ini, seorang anak dari perkahwinan campuran mungkin boleh dianggap sebagai pribumi jika hanya salah seorang daripada ibu bapanya adalah pribumi, tertakluk kepada syarat dan keadaan dan keperluan yang akan dikenakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
“Dengan pindaan ini, seorang anak akan dianggap sebagai pribumi selagi salah seorang dari ibu bapanya seorang pribumi. Tiada lagi keperluan kedua-dua ibu bapa perlu seorang pribumi Sarawak, seperti sebelum ini,” katanya.
Baru Bian (PSB-Ba’Kelalan) yang membahaskan Rang Undang-Undang itu, berkata pindaan bagi mengemas kini senarai kaum pribumi ke Sarawak adalah tempat masa dan dialu-alukan oleh semua rakyat Sarawak, terutamanya mereka yang datang daripada komuniti pribumi yang tidak termasuk dalam senarai lama.
“Saya percaya, seperti juga semua anak negeri Sarawak yang lain, semua anak hasil perkahwinan campur antara pribumi dan bukan pribumi harus diiktiraf sebagai anak pribumi. Jika ini tidak dilakukan, ramai rakyat Sarawak akan kehilangan status pribumi mereka. Lama-kelamaan, tiada lagi pribumi tinggal di Sarawak,” katanya.
Sementara itu, Gerawat Gala (GPS-Mulu), berkata pindaan itu dapat menangani rungutan dan memberi laluan kepada anak-anak hasil perkahwinan campur untuk diiktiraf sebagai pribumi Sarawak.
Pindaan ini dialu-alukan oleh anak-anak hasil perkahwinan campur yang merasa kehilangan warisan asli mereka. Ramai anak-anak hasil perkahwinan campur berbangga dan sangat menghargai warisan, adat resam, tradisi dan keturunan mereka dan mereka diterima sebagai pribumi oleh masyarakat mereka,” tambahnya.
Persidangan Dewan Undangan Negeri ditangguhkan ke esok. FMT
Anak perkahwinan campur kini diiktiraf pribumi di Sarawak
Baca Artikel Menarik:
Belajarlah dari Nik Abduh – Armand
Lelaki terjaga koma terkejut isteri kahwin lain
Muller dikecam jual mani kuda
Bakar al-Quran, lelaki direjam hingga mati dan mayat digantung pada pokok
Dah Kenapa Orang Batu Pahat Perambat Bang Non!!!
Itu Zakar Dia La – Mesej Aaron Aziz Kepada Isteri
Kem Sri Banding, Gerik diceroboh
Najib menghadap TMJ, isteri
Adik Anwar dihalau Karpal Singh ketiak mahu buat bayaran guaman Anwar
Puteri Balqis dedah ayahnya sudah lama menghilang
Meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha
Valentino Rossi beli nasi goreng di warung
UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah
The post Anak perkahwinan campur kini diiktiraf pribumi di Sarawak appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/15/anak-perkahwinan-campur-kini-diiktiraf-pribumi-di-sarawak/