Boleh Survive Ke Kerja Sorang Berkat Sabar Demi Anak Allah Gantikan Rezeki Melimpah


Membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membiarkan suami menanggung segala perbelanjaan bukanlah hal yang mudah. Banyak keperluan anak-anak kecil yang sedang membesar, yang sememangnya amat-amat diperlukan.
Namun rezeki Allah sentiasa ada jika kita tahu menguruskannya dengan cara yang lebih baik. Hidup bersederhana dalam semua perkara malah tak perlu terikut ikut dengan cara hidup orang lain. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Firdaus Shakirin.

Dulu kami struggle. Laki bini keje shif 12 jam seminggu siang, seminggu malam. Tidur 2,3 jam je sehari, pastu pergi keje pulak. Tak tahu bila anak sulung tu kami jaga, sedar-sedar dah nak dapat adik pulak.
Orang nampak, kami beruntung. Ayat yang selalu dengar adalah,
“Untunglah laki bini dua-dua kerje, duit banyak.” Walhal orang tak tahu, setiap bulan kena combine gaji bayar hutang. Duit lebih, bahagi dua, kadang-kadang dapat la sorang RM300. Kadang-kadang isteri tak ambik bahagian dia, dia suruh kita guna ja.
Masuk anak 2, lagi struggle. Gaji sama, tapi anak 2. Saya pun decide untuk tukar tempat kerje, cari keje yang gaji tinggi sikit. Dulu duit mengasuh 300, sekarang 600. Dulu duit pampers dengan susu 200, sekarang 400. RM1000 tu, memang khas untuk anak ja.

Bila dah tukar tempat kerje, automatik jadi susah jumpa bini. Jadual kerja tak sama, sorang kerja pagi, sorang kerja malam. Masa ni dah mula bincang dengan isteri tentang tajuk,
“Jadi surirumah sepenuh masa jelah yang, senang sikit nak manage anak-anak”
Usul ni ditolak isteri atas alasan kerja sorang tak mampu untuk bayar hutang. Dia risau yang saya tak boleh tanggung seisi keluarga kami. Dia still nak kerja lagi dan tgok lagi keadaan. Saya decide untuk tukar kerja lagi.
Tapi kali ni sebab nak kerja dalam normal shif Isnin – Jumaat, 8 pagi – 5 petang. Senang nak jaga anak-anak, senang nak ambik dan hantar anak-anak, senang nak jumpa isteri sendiri. Alhamdulillah, dapat keje normal.
Bila dapat kerja normal, anak-anak saya yang jaga, saya yang uruskan. Isteri fokus kerja siang malam dia tu je. Bila anak-anak ikut jadual saya, saya pulak jadi struggle.

Pagi-pagi bangun seawal 5 pagi, siapkan diri sendiri, siapkan anak-anak pukul 6, 6.30 keluar rumah hantar anak-anak. Malam pukul 7 baru smpai rumah pengasuh walaupun keluar ofis pukul 5.30pm.
Otw balik rumah, dah call kedai tomyam untuk bungkuskan makanan, jap lagi lalu ambik. Sampai rumah, setel anak-anak, bagi diorang makan, bagi diorang main, agak nampak macam ok, lari p mandi, lari p makan. Setahun lebih macam ni, dapat pulak berita isteri mengandung anak ketiga.
Sekali lagi usul untuk jadi SURI RUMAH SEPENUH MASA dibincangkan. Lepas ni kalau hantar pengasuh, 3 anak dah jadi 900. Tak campur susu & pampers lagi. Dikira, ditolak, dibahagi. Wife nak cuba dulu, tengok macam mana pasni.
Lepas pantang, hantar pengasuh sempat bayar 900 untuk 2 bulan, then tiba-tiba pengasuh pulak tak boleh nak mengasuh sebab dia mengandung. Wife ambik cuti dan ketika cuti tu dia decide untuk jadi SURI RUMAH.

Struggle lagi sebab 2 punca pendapatan, jadi satu…hutang sama, komitmen sama, perbelanjaan sama, tapi 1 gaji yang kena tanggung bayar semua. Tawakal illAllah…
Terus maju ke hadapan, ini adalah pilihan yang terbaik ketika ini, waktu ini untuk kami sebagai pasangan.
Alhamdulillah, setelah sekian lama struggle, kini kerja sorang pun dah mampu untuk tanggung perbelanjaan seisi keluarga. Allah ganti rezeki yang hilang tu sedikit demi sedikit, tahun demi tahun sehinggalah ke hari ini Allah masih ganti lagi.
Sekarang bila saya dengar soalan, “Boleh survive ke kerja sorang…?” Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab,
“Boleh asalkan tahu untuk kawal perbelanjaan, bersederhana dalam semua perkara. Tak perlu terikut ikut dengan cara hidup org lain…”
Asal ada nawaitu untuk keluarga, untuk isteri dan anak-anak, selebihnya Allah permudahkan.
Menarik:Nak Pahala Free Rajin-Rajinlah Cium Pasangan, Kening Point Terbaik

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Boleh Survive Ke Kerja Sorang?” Berkat Sabar Demi Anak, Allah Gantikan Rezeki Melimpah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/boleh-survive-ke-kerja-sorang-berkat-sabar-demi-anak-allah-gantikan-rezeki-melimpah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Menangis Anak 7 Tahun Minta Masuk Tahfiz Sebab Nak Beri Syafaat Pada Keluarga Kini Dah Boleh Belanja Banyak Surah

Bapa Menangis Anak 7 Tahun Minta Masuk Tahfiz Sebab Nak Beri Syafaat Pada Keluarga Kini Dah Boleh Belanja Banyak Surah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 205 hits
VIDEO memaparkan seorang kanak kanak lelaki mengalunkan bacaan surah Al Mulk meraih pujian ramai di media sosial Kanak kanak tersebut Muhammad Aniq Wafiy Abdul Basir 9 sudah setahun menjalani pengajian di Maahad Darul Furqan Pendang Kedah d...
Jangan Larang Anak Koyakkan Kertas Boleh Rangsang Motor Anak Biarkan

Jangan Larang Anak Koyakkan Kertas Boleh Rangsang Motor Anak Biarkan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 182 hits
Stresnya bila anak mula koyakkan kertas dan sepahkan mainan dan barang barang dalam rumah Rasa rimas melihat semua barang bertaburan sana sini Ditambah dengan kertas kertas yang disepahkan anak anak Nak mengemas bukan mudah perlukan masa un...
Orang Ingat Aku Takut Bini Tapi Anak Yg Minta Boleh Tak Jangan Sentuh Perempuan Ketika Berlakon

Orang Ingat Aku Takut Bini Tapi Anak Yg Minta Boleh Tak Jangan Sentuh Perempuan Ketika Berlakon

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 200 hits
Sebak mendengar pengakuan ikhlas pelawak bernama Joey ini Jujur mengakui ketika sibuk dengan melawak dia terlalai sehingga terlupa akan tanggung jawabnya
Tak Ada Rezeki Susukan Anak Macam Ibu Lain Tak Perlu Judge Asal Anak Sihat Membesar

Tak Ada Rezeki Susukan Anak Macam Ibu Lain Tak Perlu Judge Asal Anak Sihat Membesar

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 181 hits
Benar rezeki kita tak sama Ada ibu yang direzekikan untuk dapat menyusukan anaknya hingga usia enam bulan dan hingga dua tahun Namun ada pula yang tidak dapat menyusukan anak di awal kelahiran lagi Semuanya atas pelbagai alasan Jangan judge...
Nama Anak Kena Tanya Merekalah Ibu Harris Alif Gembira Dapat Cucu Baharu Tak Sabar Tunggu Kemeriahan Raya

Nama Anak Kena Tanya Merekalah Ibu Harris Alif Gembira Dapat Cucu Baharu Tak Sabar Tunggu Kemeriahan Raya

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 330 hits
Perasaan ibu mana yang tidak gembira apabila anak kesayangan telah bergelar bapa Mungkin itulah perasaan yang dikecapi oleh ibu Harris Alif Khalizah Abdul Khalid saat mendapat perkhabaran Harris telah menimang puteri sulungnya pada 31 Janua...
Jaga Anak Lelaki Kena Sabar Maklumlah Hero Geram Tapi Sayang

Jaga Anak Lelaki Kena Sabar Maklumlah Hero Geram Tapi Sayang

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 179 hits
Bila ada anak lelaki memang pening Dia punya lasak tu macam macam perangai dia buat Akal pun panjang ada saja idea Anak lelaki ada kebaikan mereka tersendiri biarpun kuat bermain tapi mereka cukup prihatin dan peka dengan perasaan orang ter...
Pilu 3 Beradik Anak Yatim Piatu Terpaksa Berjuang Sendiri Demi Untuk Bertahan Hidup

Pilu 3 Beradik Anak Yatim Piatu Terpaksa Berjuang Sendiri Demi Untuk Bertahan Hidup

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 147 hits
January 29 2022 Ya Allah mereka membuat penyapu lidi untuk dijual dengan hrga RM0 30 sen satu ikat penyapu lidi supaya mereka dapat membeli makanan Tidak mempumyai Ayah dan Ibu 3 anak ini terpaksa berjuang sendiri demi untuk terus bertahan ...
Bapa Curi Telefon Bimbit Demi Anak Belajar Online Dibebas Polis

Bapa Curi Telefon Bimbit Demi Anak Belajar Online Dibebas Polis

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 184 hits
RC dilihat menangis dan melakukan sujud syukur selepas Pendakwaraya Negeri Pangkalpinang menggugurkan kesnya Istimewa JAKARTA Seorang lelaki di Bangka Belitung yang ditangkap kerana mencuri sebuah telefon bimbit akhirnya dibebaskan selepas ...
Gadis India Baca Doa Sebelum Makan Tarik Perhatian Ramai Kawan Aku Siap Boleh Baca Al Fatihah 99 Nama Allah

Gadis India Baca Doa Sebelum Makan Tarik Perhatian Ramai Kawan Aku Siap Boleh Baca Al Fatihah 99 Nama Allah

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 335 hits
Mempunyai kawan berlainan bangsa sememangnya seronok memandangkan kita boleh mempelajari budaya dan cara hidup mereka
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran