Seminggu Lahirkan Anak Bongsu Suami Pergi Hingga Kini Anak Anak Cakap Rindu


Jodoh, ajal, rezeki anak semuanya rahsia Allah. Andai kata salah seorang pasangan kita pergi dulu, tentunya pemergian itu sangat dirasai.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh Nur Rieziyana Md Zamri ibu kepada empat cahaya mata yang perlu membesarkan amanah ditinggalkan arwah suami.

Tinggalkan 4 anak kecil
Menurut Rieziyana, 31, suaminya, Ahmad Amirul Shaqim Abd Rahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 7 Jun tahun lalu, seminggu selepas dia melahirkan anak bongsunya.
“Arwah suami menghidap masalah injap jantung. Dia pernah jalani pembedahan pada usia 17 tahun. Pada Mac tahun lalu, dia jalani pembedahan tukar injap jantung sekali.
@rieziyanaAirmata Seorang Suami.. 7/6/2021 tak sangka Allah jemput dia.. tinggalkan 3 putera & 1 puteri yg masih kecil 😢😢 Selamanya akan merindumu ayah..♬ Ya Allah – Wali “Selepas pembedahan, berlaku jangkitan. Dalam dua ke tiga bulan juga dia di hospital sehinggalah arwah dibenarkan discaj sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Memang teruja sampai dia nak kemas beg pakaian sendiri pada waktu itu.
“Ketika raya, sempatlah bawa dia jumpa mak ayah dan ahli keluarga yang lain. Rasanya dia sihat dalam lima hari saja. Kemudian dia terus demam selama dua minggu. Tapi dia tak mahu ke hospital, arwah kata dia dah penat masuk hospital. Jadi dia hanya ke klinik dan bergantung kepada ubat macam biasa,” kongsinya.
Suami tunjuk sikap pelik sebelum pergi 
Menurut wanita yang mesra disapa Rieziyana itu, suaminya juga turut menunjukkan perubahan sikap selain tidak mempunyai selera makan kerana apa saja yang dijamah berasa pahit.

“Dia juga tak boleh dengar apa yang saya cakap dan ketika itu juga dia mula tanya soalan-soalan pelik.
“Contohnya dia tanya sekarang pukul berapa? Apa warna cat bilik kami? Dia kata nampak warna hijau sedangkan bilik kami warna putih. Kadang-kadang dia nampak semua benda jadi kecil.
“Pada 30 Mei dia masuk ICU balik. Ketika sampai ke unit kecemasan, doktor kata keadaan suami dah 50-50. Doktor minta saya bersabar. Tapi saya macam tak percaya, tak jangka jadi macam tu,” katanya.
Seminggu selepas lahirkan bayi, suami meninggal 
Kata Rieziyana, pada waktu itu dia dilanda kesedihan melampau memandangkan dirinya sedang sarat hamil dan menanti hari untuk melahirkan cahaya mata keempatnya.
Imbas Rieziyana, dia akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Banngi, Selangor pada 1 Jun 2021.

Hanya beberapa hari selepas melahirkan bayinya, dia diuji lagi dan kali ini lebih berat dugaannya apabila suami disahkan meninggal dunia di IJN 7 Jun.
“Ketika hamil, dia macam dah bagi hint. Dia tanya sama ada saya dah maklumkan pada ibu untuk teman saya bersalin? Saya rasa pelik pada waktu itu, kenapa ibu nak teman, sedangkan dia ada.
“Tapi arwah kata dia risau dia tak larat, sebab tu dia pesan supaya saya minta pertolongan ibu saya. Ketika saya bersalin, dia masih dalam ICU. Saya ada hantar mesej tapi dia tak sempat baca. Saya mesej maklumkan yang adik dah keluar (dilahirkan),” ujarnya lagi.
Berniaga kecil-kecilan
Menurut Rieziyana yang menetap di Banting, dia perlu mencari kekuatan diri untuk membesarkan empat anaknya termasuklah si bongsu yang kini berusia lapan bulan.
Bercerita mengenai situasi semasa, Rieziyana berkata dia kini berniaga pewangi kereta dan pewangi rumah serta benih ikan talapia untuk menyara kehidupan.
“Selepas bersalin anak kedua dulu, suami cakap dia tak nak saya kerja. Dia mahu saya jaga anak. Suami dulu kerja dengan syarikat oil and gas, tapi dia dah berhenti atas faktor kesihatan, kemudian dia banyak uruskan infaq ke rumah anak-anak yatim.
“Bila suami dah tak ada, saya pun tak ada pendapatan. Saya teruskan hidup dengan simpanan yang suami tinggalkan sikit. Tapi tetaplah saya kena buat sesuatu, jadi saya berniaga pewangi kereta dan rumah secara online.

“Tambahan pula anak sulung saya baru bersekolah. Dulu semua suami uruskan, dari sekecil-kecil hal baju atau susu, suami yang banyak buat keputusan. Sekarang saya kena buat sendiri, saya bagaikan budak baru belajar. Saya kuat sebab sokongan keluarga,” ujarnya.
Anak-anak rindu ayah
@rieziyanaBye2 ayah buat selamanya😢😢 ♬ Mimpi – Haqiem Rusli
 Tambah Rieziyana lagi, dia juga sebak apabila anak sulungnya meluahkan rasa rindu untuk pergi bercuti dengan arwah suaminya.
“Kali terakhir kami bercuti ke Melaka pada awal Januari 2021. Sekarang musim cuti, bila tengok keluarga orang lain, memang akan terasa. Sebab arwah dulu kaki jalan-jalan.
“Saya dengar anak sulung saya cakap, dah lama tak jalan-jalan. Ada suatu hari, dia pandang tingkap dan baca Al-Fatihah untuk arwah. Dia kata sedih memikirkan ayahnya dalam kubur,” kongsinya.

Rieziyana dan suaminya mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Aqiel Zafri, Ayra Zafira, Arieq Zareef dan Arasy Ziqri.
Kredit: Mstar & TikTok Rieziyana

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Seminggu Lahirkan Anak Bongsu, Suami Pergi. Hingga Kini Anak-Anak Cakap Rindu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/seminggu-lahirkan-anak-bongsu-suami-pergi-hingga-kini-anak-anak-cakap-rindu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ingat Dia Akan Baik Baik Saja Ibu Tinggal Anak Berseorangan Seminggu Pergi Bercuti Dengan Bf

Hiburan Ingat Dia Akan Baik Baik Saja Ibu Tinggal Anak Berseorangan Seminggu Pergi Bercuti Dengan Bf

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 248 hits
Mahkamah Daerah Tokyo menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun terhadap seorang wanita selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia Menurut kejadian itu berlaku di Jepun pada tahun 2020 yang lalu di m...
Baru Kematian Ibu Suami Pula Pergi Selamanya Enam Anak Yatim Sekelip Mata

Baru Kematian Ibu Suami Pula Pergi Selamanya Enam Anak Yatim Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 257 hits
Belum habis meratap pilu atas pemergian arwah ibu minggu lalu sekali lagi saya diuji apabila suami dijemput Ilahi dalam nahas jalan raya kata Wan Norsalasiah Wan Noh Wan Norsalasiah 40 berkata dia bagai tidak percaya apabila suaminya Mohd R...
Suruh 12 Anak Kutip Sedekah Pasangan Suami Isteri Raih Pendapatan Lumayan Hampir Rm9k Sebulan

Suruh 12 Anak Kutip Sedekah Pasangan Suami Isteri Raih Pendapatan Lumayan Hampir Rm9k Sebulan

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 279 hits
Pasangan suami isteri di Sampit Kotawaringin Timur Indonesia didakwa memperoleh wang dengan cara yang mudah dengan hanya menyuruh 12 anak mereka mengutip sedekah Hasil keuntungan yang diperolehi dikatakan lumayan sehingga mereka mampu membe...
Bapa Menangis Anak 7 Tahun Minta Masuk Tahfiz Sebab Nak Beri Syafaat Pada Keluarga Kini Dah Boleh Belanja Banyak Surah

Bapa Menangis Anak 7 Tahun Minta Masuk Tahfiz Sebab Nak Beri Syafaat Pada Keluarga Kini Dah Boleh Belanja Banyak Surah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 265 hits
VIDEO memaparkan seorang kanak kanak lelaki mengalunkan bacaan surah Al Mulk meraih pujian ramai di media sosial Kanak kanak tersebut Muhammad Aniq Wafiy Abdul Basir 9 sudah setahun menjalani pengajian di Maahad Darul Furqan Pendang Kedah d...
Tya Arifin Terkejvt Anak Bongsu Tak Kenal Datuk Nenek Selepas 2 Tahun Tak Balik Indonesia

Tya Arifin Terkejvt Anak Bongsu Tak Kenal Datuk Nenek Selepas 2 Tahun Tak Balik Indonesia

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 331 hits
Pelakon dan usahawan Tya Arifin menzahirkan rasa gembira apabila hajatnya untuk pulang ke kampung halaman di Palembang Indonesia kini tercapai selepas lebih dua tahun tidak bersua muka dengan ahli keluarganya Bawa anak anakTya memutuskan un...
Hiburan Ibu Tertumpah Gam 3 Saat Atas Muka Anak Kelopak Mata Melekat Hingga Terpaksa Buat Pembedahan

Hiburan Ibu Tertumpah Gam 3 Saat Atas Muka Anak Kelopak Mata Melekat Hingga Terpaksa Buat Pembedahan

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 286 hits
Malang tidak berbau apabila seorang ibu menghadapi detik cemas setelah anaknya yang berusia dua tahun telah tertumpah gam 3 saat di seluruh wajahnya Tragedi tersebut dikongsi oleh Pegawai Perubatan Oftalmologi Dr Syaz menerusi sebuah hantar...
Dapat Mulut Cakap Tak Berhenti Momen Indah Mak Mak Sembang Dengan Anak

Dapat Mulut Cakap Tak Berhenti Momen Indah Mak Mak Sembang Dengan Anak

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 198 hits
Seronok bila ada anak kecil ni meriah dibuatnya bila dah pandai bercakap Macam macam yang dia tanya Semua benda dia tanya kenapa Sampai tak larat kita nak menjawab Bila anak banyak bertanya ni bagus itu tandanya dia sedang mencapai perkemba...
Pernah Dikatakan Tak Subvr Akhirnya Bella Isteri Kepada Alief Irfan Kini Sah H4mil Anak Pertama

Pernah Dikatakan Tak Subvr Akhirnya Bella Isteri Kepada Alief Irfan Kini Sah H4mil Anak Pertama

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 330 hits
Setiap pasangan yang berumahtangga pasti menginginkan untuk dikurniakan zuriat sebagai penyeri keluarga dan penyambung keturunan Namun rezeki setiap pasangan tidak sama ada yang tidak perlu menunggu lama namun ada pula yang terpaksa bersaba...
5 Potret Zalina Anak Raisa Yang Kini Menginjak Usia 3 Tahun Lucu Dan Gemas

5 Potret Zalina Anak Raisa Yang Kini Menginjak Usia 3 Tahun Lucu Dan Gemas

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 365 hits
Penyanyi Raisa sedang menikmati kehidupan rumah tangganya dengan Hamish Kebahagiaan semakin bertambah setelah hadirnya sang buah hati Zalina Raine Wyllie yang kini menginjak usia 3 tahun Meski tak memperlihatkan wajahnya foto Zalina selalu ...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Latihan Bola Jaring Antara Semangat Dan Realiti Usia 40 An


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

Bayam Merah

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan

Emas Sukan Dunia Hadiah Sempena Hari Kebangsaan Cheong Min

Bot Ronda Filipina Aibkan Tentera Laut China Yang Berlanggar Sesama Sendiri Semasa Mengusirnya