Bapa Menangis Anak 7 Tahun Minta Masuk Tahfiz Sebab Nak Beri Syafaat Pada Keluarga Kini Dah Boleh Belanja Banyak Surah


VIDEO memaparkan seorang kanak-kanak lelaki mengalunkan bacaan surah Al-Mulk meraih pujian ramai di media sosial.
Kanak-kanak tersebut, Muhammad Aniq Wafiy Abdul Basir, 9, sudah setahun menjalani pengajian di Maahad Darul Furqan, Pendang, Kedah dan turut memasang impian bergelar Al-Hafiz atau penghafal al-Quran suatu hari nanti.
Menurut bapanya, Abdul Basir Ahmad, 36, dia sebak apabila mengenangkan minat anak ketiganya itu yang bercambah secara semulajadi pada usia yang cukup muda.
“Saya mula nampak kelebihan Wafiy masa dia berumur setahun lapan bulan. Saya biasanya akan berzikir dalam kereta, ajar dia Sifat 20. Pada usia itu, dia boleh ingat walaupun sebutan tak berapa betul.
     View this post on Instagram           A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Ketika umur empat tahun, dia mengaji di tadika Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam). Dia jadi wakil pertandingan azan dan bacaan surah pendek. Saya boleh nampak minatnya.
“Ketika umur tujuh tahun, Wafiy cakap pada saya dia nak masuk tahfiz. Dia nak hafal al-Quran supaya boleh bagi syafaat untuk keluarga di akhirat kelak. Saya menangis dengar dia cakap macam tu,” ujarnya.
Menurut Abdul Basir yang juga bapa kepada enam cahaya mata, Wafiy didaftarkan ke Maahad Darul Furqan pada 14 Januari tahun lepas.

Abdul Basir bersama anak-anaknya.
Biarpun masih kecil, Abdul Basir yakin dengan keputusan itu memandangkan Wafiy cukup bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengejar impiannya.
“Kiranya sekarang dah setahun dia belajar di sana. Dia pelajar yang paling muda. Awalnya saya risau juga, nanti kena cuci baju sendiri, semua buat sendiri…tapi saya kata tak apa, bagi dia cuba dulu.
Saya mengalir air mata baca doa netizen. Harapnya ia boleh jadi asbab kebaikan untuk semua.ABDUL BASIR“Ketika dia pergi belajar di sana, Alhamdulillah Allah buka jalan dan dipermudahkan segala urusan. Saya tanya Wafiy, dia kata baik-baik semuanya. Ustaz pun kata dia OK. Wafiy cuma minta saya doakan dia,” ujar Abdul Wasir yang menetap di Pendang bersama keluarganya.
Mengulas video tular yang memaparkan anaknya sedang membaca alunan ayat suci al-Quran, Abdul Basir berkata ia dirakam ke kedai makan miliknya pada tahun lepas.
Menurut pengusaha Bihun Sup Barokah itu, dia terkejut apabila video berkenaan dihujani pujian netizen dan meraih sehingga lebih 200,000 tontonan.

Wafiy (jubah putih) merupakan anak ketiga daripada enam beradik.
“Wafiy cuti lama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas. Jadi dia rajin datang tolong saya di kedai. Sambil dia buat kerja, dia hafal Quran. Jadi saya rakam video.
“Saya kata kat Wafiy, boleh ke ‘belanja’ baba bacaan surah Al-Mulk? Saya rakam nak buat kenangan. Saya pun ada sembang dengan isteri, saya kata kena cari hard disk untuk simpan semua video Wafiy.
“Lepas tu saya kongsi di TikTok, nak simpan dalam Tiktok sebab takut video hilang dalam telefon. Tak sangka pula jadi viral. Saya mengalir air mata baca doa netizen. Harapnya ia boleh jadi asbab kebaikan untuk semua,” ujarnya.
Tambah Basir, dia tidak kisah apa jua impian anak-anaknya, namun berharap agar mereka menjadi insan yang berguna buat agama.

Kedai makan yang diusahakan Abdul Basir.
“Saya selalu pesan pada anak-anak. Kalau kerja hebat macam mana pun, baba paling bahagia jika baba dah tak perlu kejut anak-anak bangun solat Subuh, sebaliknya masing-masing pandai jaga solat sendiri.
“Saya pesan, kita ni orang susah. Setiap orang ada rezeki atas usaha masing-masing. Kalau kita kerja, sudah tentu dapat duit. Tapi bab agama, kita tak akan dapat kalau tak belajar,” ujarnya lagi.
Mengenai dirinya, Abdul Basir mula mengusahakan perniagaan Bihun Sup Barokah yang terletak berdekatan rumahnya sejak tahun 2018.

Antara menu yang ditawarkan di Bihun Sup Barokah.
Menawarkan menu seperti bihun sup perut, gearbox, daging, nasi ayam, sate dan burger, kedai tersebut beroperasi setiap hari kecuali Selasa bermula 1.30 tengah hari sehingga 10 malam.
Dalam temubual sama, Abdul Basir turut berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan terhadap Wafiy selepas videonya tular di TikTok.
Malah, Abdul Basir turut mengalu-alukan orang ramai untuk hadir mencuba menu di kedai yang diusahakan bersama keluarganya itu.
Komen Netizen:


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/02/bapa-menangis-anak-7-tahun-minta-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 4 Tahun Terpisah Gara Gara C0vldl9 Anak Kena Minta Persetujuan Ibu Nak Salam Bapa Baru Pulang Dari Australia

Selepas 4 Tahun Terpisah Gara Gara C0vldl9 Anak Kena Minta Persetujuan Ibu Nak Salam Bapa Baru Pulang Dari Australia

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 231 hits
SEJAK kerajaan membuka pintu sempadan negara secara selamat penghujung tahun lalu kita dapat menyaksikan perkongsian warganet mengenai momen pertemuan mereka dengan insan tersayang yang terpisah gara gara C0vldl9 Begitu juga pasangan ini ya...
Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas Nak Mudah Ajarlah Awal

Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas Nak Mudah Ajarlah Awal

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 210 hits
Ibu bapa yang ada anak bakal masuk Tahun 1 tak lama lagi dah boleh mula ajar beberapa perkara penting terutama aspek pengurusan diri ketika berada di sekolah Ini untuk pastikan anak dah bersedia berdepan cabaran ketika di alam persekolahan ...
Hiburan Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

Hiburan Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 211 hits
Baru baru ini tular di aplikasi video memaparkan seorang anak perempuan yang menangis meraung ketika bapa kesayangan ingin kembali bertugas pulang ke pangkalan Video yang telah dimuat naik oleh ibu kepada anak anak tersebut telah berjaya me...
Hiburan Beza Umur Mak Dengan Bapa Tiri 15 Tahun Anak Terima Biarpun Pernah Satu Sekolah Rendah

Hiburan Beza Umur Mak Dengan Bapa Tiri 15 Tahun Anak Terima Biarpun Pernah Satu Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 217 hits
Untuk anak anak melalui fasa dimana mereka melihat rumah tangga ibu bapa runtuh ataupun kehilangan ibu bapa itu bukanlah satu perkara yang mudah Apatah lagi mahu menerima susuk tubuh baharu di dalam keluarga sebagai pasangan baru buat ibu a...
Fasa Manjakan Anak Tamat Usia 6 Tahun Lepas Tu Kena Ajar Nak Sesuatu Usaha

Fasa Manjakan Anak Tamat Usia 6 Tahun Lepas Tu Kena Ajar Nak Sesuatu Usaha

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 160 hits
Tempoh usia 0 hingga 6 tahun adalah fasa penting bagi anak Pada masa ini perkembangan peribadi tingkah laku dan ekspresi emosi anak sedang dalam proses penyesuaian Peranan ibu bapa dalam tempoh ini adalah untuk beri perhatian dan mengajar a...
Nak Anak Cepat Bercakap Mesti Elak Dedahkan Gajet Pada Anak Seawal Usia 2 Tahun

Nak Anak Cepat Bercakap Mesti Elak Dedahkan Gajet Pada Anak Seawal Usia 2 Tahun

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 193 hits
Sekarang memang ramai je budak bijak bermain game dan apps dalam tablet serta tahu membuka aplikasi YouTube dan video kartun Diorang fasih ABC sampai Z 123 sampai 10 tapi malangnya budak budak ni kurang menguasai perkataan perkataan yang be...
Susahnya Anak Nak Makan Sosej Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak Bantu Anak Makan Cara Sihat

Susahnya Anak Nak Makan Sosej Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak Bantu Anak Makan Cara Sihat

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 183 hits
Memang susah bila anak tak mahu makan tapi tak semestinya kita cari makanan paling mudah dan senang sedia setiap hari untuk anak Sosej nugget dan sebagainya amatlah tidak sihat untuk anak kita Mengapa Ini yang dikongsikan oleh Berpada pada ...
Vaksin Kanak Kanak Anak Saya Umur Enam Tahun Akan Divaksin Khairy Jamaluddin

Vaksin Kanak Kanak Anak Saya Umur Enam Tahun Akan Divaksin Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 209 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan mengenai pelaksanaan vaksin COVID 19 untuk kanak kanak baru baru ini Terkini menerusi sidang media KKM Khairy memaklumkan bahawa dia sendiri telah menempah satu slot untuk anaknya mendapatkan...
Hanya 2 Tahun Allah Bagi Pinjam Fayyad Anak Maut Dipatuk Ular Ketika Bermain

Hanya 2 Tahun Allah Bagi Pinjam Fayyad Anak Maut Dipatuk Ular Ketika Bermain

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 207 hits
Siapa sangka percutian seorang kanak kanak lelaki di rumah datuknya berakhir tragedi apabila meninggal dunia dipercayai dipatuk ular ketika bermain di luar rumah Ahad lalu sekitar jam 5 petang Kisah yang meruntun hati menimpa adik Afeef Fay...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life