Anak Menangis Ada Alasannya Mak Ayah Kena Kenal Keperluan Perkembangan Si Kecil Orang Keliling Jangan Mudah Melabel


Bila anak mula menangis terutamanya ditempat umum, emosi mak ayah mulalah terganggu. Nak dimarah nanti makin kuat pula menangis, nak dibiarkan apa pula kata orang ramai yang lalu lalang. Serba tak kena dibuatnya.
Apa yang ibu ayah perlu buat adalah kenal keperluan dan perkembangan anak-anak yang sememangnya berbeza. Menurut Puan Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist, perkara pertama yang perlu ibu ayah buat adalah abaikan kata-kata orang lain. Paling penting kita tahu kenapa si kecil tiba-tiba menangis.
Ikuti perkongsian yang bermanfaat untuk semua!
ANAK MENANGIS 
Anak menangis?
Semua mak ayah akan menghadapi situasi ini cuma yang membezakan macam mana kita menyelesaikannya. Ada banyak sangat pendapat terutamanya di media sosial. Ada yang kata:
“Biarkan je anak menangis, biar dia belajar mengawal emosi sendiri dan bagus untuk paru-paru”
“Jangan biar anak menangis sebab akan menyebabkan masalah perkembangan di masa akan datang”
“Anak menangis terus angkat, mak ayah spoil anak”
Setiap kali Kelas Merangsang Perkembangan Anak, mesti akan ada soalan tentang anak menangis. Jadi, disini saya nak kongsikan tentang topik anak menangis.

ABAIKAN “ORANG KATA” Benda pertama adalah mindset mak ayah, kalau kita serabut bila anak menangis. Anak lagilah serabut.
Anak yang selalu menangis tak semestinya disebabkan mak ayah “tak pandai jaga anak” kerana setiap keperluan dan perkembangan berbeza. Terutamanya anak yang umur 3 tahun ke bawah yang tak mahir sangat untuk luahkan perasaan mereka. Saya pasti semua mak ayah inginkan apa yang terbaik untuk anak. Kadang-kadang, kita terlalu sangat fikirkan apa orang kata sehinggakan kita dah lukakan perasaan anak kita.
Jangan takut orang kata apa, tetapi lebihkan fokus kepada keadaan yang sedang berlaku.
KENALPASTI UMUR DAN TAHAP PERKEMBANGAN ANAK  Cara mengatasi dan memujuk anak adalah sangat berbeza mengikut umur dan tahap perkembangan. Sebab itu, sangat penting untuk mak ayah kenal anak dan memahami betul-betul tahap perkembangan anak.
UMUR 0-6 BULAN 
– Tak reti manipulasi mak ayah.
– Meluahkan perasaan dan “bercakap” dengan cara menangis.
– Menangis apabila keperluannya tak tercapai.
– Tak akan berhenti menangis selagi tidak di layan.
– Berhenti disebabkan sudah penat menangis.
Ada kajian menunjukkan 1 daripada 10 bayi menangis lebih 3 jam sehari. Bayi pula ada banyak kategori, bayi kategori “high need” akan lebih banyak menangis dalam sehari. Selagi tak capai keperluannya, selagi itu dia akan menangis. Keperluan bayi pula bukan sahaja kenyang, sihat dan kering tetapi keperluan nak peluk dan dodoi pun termasuk juga. Ada bayi yang letak sahaja boleh tertidur sendiri, ada bayi yang dah dodoi pun susah tidur.
foto: pexels.com Menurut Paediatrician Dr. Armeet Singh, semasa anak 4-6 bulan adalah waktu kritikal untuk mak ayah dapatkan “special bonding” dengan bayi. Maka, mak ayah WAJIB elakkan bayi menangis lama kerana waktu ini anak sedang belajar sayang dengan orang yang selalu “tolong” semasa mereka menangis. Semakin anak percaya mak ayah, semakin kurang dia menangis. Anak yang kerap dibiarkan menangis semasa ini mungkin mempunyai masalah untuk mempunyai “bonding” dengan mak ayah di masa akan datang.
(Artikel tentang Jangan Biarkan Mereka Menangis: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1383185041735052&id=100001307091103)
UMUR 6 – 18 BULAN 
– Dah mula belajar memanipulasi mak ayah dengan menggunakan tangisan.
– Mempunyai masalah “separation anxiety” iaitu resah apabila terpisah.
– Menangis apabila berjauhan.
– Rasa tidak selamat dengan tempat, barang atau orang yang tidak dikenali.
Waktu ini memang fasa anak sedang belajar untuk hidup dan mengenalpasti yang mana selamat dan tidak selamat. Banyak menangis disebabkan takut dengan benda baru atau sebab berjauhan dengan mak ayah. Anak ingat yang mak ayah akan hilang selamanya jika dia tak nampak disebabkan masalah dengan”object permanence” terutamanya semasa bawah 8 bulan.
foto: pexels.com Sewaktu ini mak ayah dah boleh tinggalkan anak menangis sebentar untuk mengajar anak yang kita tak hilang pun jika kita pergi ke tandas sekejap. Kemahiran “object permanence” ini akan mula develop semasa 4-7 bulan dan akan betul-betul ada apabila bayi umur 8 atau 9 bulan.
(Artikel tentang Biarkan Mereka Menangis : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1380112795375610&id=100001307091103)
ANAK UMUR 18 BULAN – 3 TAHUN 
– Keliru dengan emosi sendiri.
– Fasa autonomi, perasaan konfiden untuk melakukan sesuatu dengan sendiri dan kebolehan buat sesuatu atau fikir tentang diri sendiri.
– Sedang belajar mengurus emosi yang pelbagai, (marah, sedih, cemburu, malu, kecewa dll).
Ini adalah waktu yang paling mencabar dan kritikal untuk anak belajar mengurus emosi sendiri. Anak yang mengalami masalah lewat perkembangan bahasa selalunya akan mempunyai masalah tingkahlaku. Masalah tingkahlaku menyebabkan anak lagi kerap menangis. Semakin anak membesar, semakin mereka kurang menangis kerana dapat meluahkan perasaan dengan kata-kata.
(Artikel tentang Masalah Tingkahlaku: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1560808937342025&id=1421685234587730)
KENALPASTI PENYEBAB – Lapar?
– Haus?
– Sakit?
– Diaper basah?
– Baju tak selesa?
– Sejuk/panas?
– Bising?
– Silau?
Periksa dan analisa satu persatu, jika semua tak ada masalah. Cuba peluk dan dukung anak, kalau anak diam dari menangis bermakna mereka perlukan pelukan dan perhatian mak ayah kerana pelukan juga salah satu keperluan sensori anak terutamanya semasa bawah 3 tahun.
Kalau dah buat semua benda tapi anak tetap menangis, mungkin ada perkara yang mereka sendiri tak tahu atau melibatkan kecelaruan emosi mereka sendiri.
KECELARUAN EMOSI Ingat kita sahaja ada masalah emosi, anak juga ada terutamanya semasa 18 bulan – 3 tahun. Ada masa yang kita buat semua cara untuk pujuk anak menangis tetapi semua tak jalan. Makin kita pujuk, makin teruk anak menangis sambil tutup mata.
Jika mak ayah menghadapi waktu ini, cara yang terbaik adalah tinggalkan anak menangis sekejap sambil kita pun tenangkan emosi sambil fikir dan analisa punca anak menangis teruk. Bila anak dah mula menangis perlahan dan mula buka mata serta pandang sekeliling barulah mak ayah datang kepada anak dan peluk.
Mengatasi anak mengamuk waktu ini sangat memerlukan kemahiran menganalisa mak ayah. Sama ada anak menangis disebabkan oleh perkara yang boleh diatasi atau yang tidak dapat diatasi:
A) Boleh diterima dan diatasi – Nak urus diri sendiri (pakai baju, buka seluar, makan minum sendiri)
– Nak pergi ke tempat yang boleh diterima dan selamat.
– Main mainan yang susah.
– Nak memanjat atau main di tanggga.

B) Tidak boleh diatasi – Makan atau minum makanan yang tidak sesuai (air bikarbonat, sup pedas, air panas, ubat mak ayah).
– Pergi tempat yang bahaya atau tak sesuai (naik tangga rumah orang lain, jalan raya)
Jika anak menangis disebab A, cara terbaik adalah mak ayah latih skil-skil penting anak sambil beri sokongan pada anak. Semakin cepat anak pandai buat sendiri, semakin kurang episod menangis anak. Kalau anak menangis disebabkan nak memanjat, banyakkan bawa anak pergi memanjat di taman.
Jika anak menangis disebabkan B, tak ada cara lain selain alihkan perhatian anak atau tinggalkan anak menangis sebentar sambil terangkan kenapa anak tak boleh pergi atau makan apa yang dia nak.
Jangan sesekali, anak menangis kita marah mereka menangis sebab menangis tak salah. Inilah satu-satunya cara anak untuk lepaskan perasaan mereka. Anggaplah anak seperti diri kita sendiri yang terperangkap di dalam badan budak kecil yang tersesat di planet lain dan bahasa lain.
Bila kita letakkan mindset sebegini, pasti kita kurang stress bila mengurus anak menangis. Emosi mak ayah sangat memainkan peranan terhadap perkembangan emosi anak. Kalau kita mahu anak belajar mengurus emosi sendiri, pastikan kita pandai dahulu uruskan emosi.

TEKNIK “CRY IT ALL”
Jika mak ayah dah baca sampai habis, agak-agak berapa lama jangka masa kita biarkan anak menangis?
– 1 minit, 5 minit, 10 minit, 30 minit?
Tak ada 
Semuanya bergantung kepada perkembangan anak dan kenapa anak menangis. Setiap personaliti anak berbeza sejak mereka 4 bulan lagi. Berdasarkan pengalaman menterapikan beribu kanak-kanak, saya setuju dengan kenyataan ini kerana memang ada anak yang memang “tahan menangis” sehingga berjam-jam.
Teknik “cry it out” tak berkesan untuk semua anak. Tak kiralah nak ajar anak tidur sendiri, nak bercerai susu ataupun mengasingkan tempat tidur.
Saya sendiri pernah cuba lakukan teknik ini kepada anak saya sendiri kononnya untuk “mengajar” anak saya tidur sendiri dan saya menyesal. Hasilnya anak saya tetap tak dapat tidur, tahan menangis 1 jam dan emosinya terganggu serta dia jadi sangat sensitif disebabkan emosinya tercedera. Ambil masa lebih kurang seminggu untuk pulihkan emosinya.
Ada masa yang kita mak ayah sendiri tahu adakah anak kita bersedia atau tidak. Jangan terlampau terikutkan orang. Tenunglah mata anak dan tataplah muka anak, adakah anak bersedia?
Jika anak kerap sangat menangis dan mak ayah pernah terfikir untuk cederakan anak, sila dapatkan bantuan profesional. Saya percaya tak semua orang mampu mendengar tangisan anak kerana deria auditori setiap orang berbeza. Jangan malu-malu untuk minta tolong pasangan, keluarga atau profesional untuk membantu
Maryam Jamadi 
Pediatric Occupational Therapist
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
 
The post Anak Menangis Ada Alasannya, Mak Ayah Kena Kenal Keperluan & Perkembangan Si Kecil. Orang Keliling Jangan Mudah Melabel! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-menangis-ada-alasannya-mak-ayah-kena-kenal-keperluan-perkembangan-si-kecil-orang-keliling-jangan-mudah-melabel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tangguh Kalau Anak Ada 10 Tanda Ini Lepas Jatuh Mak Ayah Kena Segera Bawa Jumpa Doktor

Jangan Tangguh Kalau Anak Ada 10 Tanda Ini Lepas Jatuh Mak Ayah Kena Segera Bawa Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 413 hits
Kanak kanak yang nak membesar lasak diaorang memang lain macam Tak terkawal dibuatnya Kadang ada yang jatuh elok bangun main balik tapi sebenarnya ibu ayah kena hati hati jika kecederaan tersebut melibatkan kepala Seperti yang dikongsikan o...
Anak Buat Perangai Mak Ayah Jangan Berkeras Berlembut Sangat Biar Sedang Sedang

Anak Buat Perangai Mak Ayah Jangan Berkeras Berlembut Sangat Biar Sedang Sedang

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 273 hits
Perasan tak bila anak mula buat drama kita sebagai ibu bapa seolah hilang kesabaran Cepat je rasa nak marah atau naik tangan dengan niat nak ajar anak Tapi adakah kita terfikir tindakan ini betul atau salah Selalu mak ayah akan tanya nak be...
Punca Anak Tak Takut Bila Ibu Ayah Marah Sebab 7 Kesilapan Ni Jangan Kita Menyesal

Punca Anak Tak Takut Bila Ibu Ayah Marah Sebab 7 Kesilapan Ni Jangan Kita Menyesal

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 327 hits
Sebagai ibu bapa kita pun ada kesilapan dalam mendidik anak Cuma kita tak sedar dan asyik nampak hanya kesilapan anak sahaja Ingat didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan Anak anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yan...
Ganjaran Bawa Anak Ambil Vaksin Pneumokokal Influenza Mak Ayah Terima Pelepasan Cukai

Ganjaran Bawa Anak Ambil Vaksin Pneumokokal Influenza Mak Ayah Terima Pelepasan Cukai

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 326 hits
Belanjawan 2021 yang baru dibentangkan sebentar tadi pastinya memberi banyak kelebihan kepada kita sebagai rakyat Malaysia Bukan hanya beberapa faedah dan ganjaran yang diumumkan bahkan turut memberi pulangan berbaloi kepada rakyat terutama...
Tak Perlu Tinggi Suara Kalau Mak Ayah Rajin Kemas Rumah Anak Akan Contohi

Tak Perlu Tinggi Suara Kalau Mak Ayah Rajin Kemas Rumah Anak Akan Contohi

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 388 hits
Anak anak yang manja biasanya adalah paling sukar untuk anda minta pertolongan darinya sehingga kena tinggikan suara Namun kalau nak meluntur buluh biarlah dari rebungnya Kalau nak anak jadi rajin kenalah dilatih dari awal Jadi bagaimana ca...
Anak Kecil Selalu Meragam Bila Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap Ini Hasil Kajian Yang Ramai Tak Tahu

Anak Kecil Selalu Meragam Bila Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap Ini Hasil Kajian Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 384 hits
Tadi masa mama belum balik kerja elok je dia tak meragam Bila nampak mama macam macam perangai dia tunjuk ya komen papa pada si kecilnya yang mula merengek minta didukung bila nampak kelibat mama Situasi macam ini mesti biasa anda hadapi Ke...
Ada Anak Kecil Port Ni Paling Mereka Suka Biar Kita Tegas Daripada Menangis Kemudian

Ada Anak Kecil Port Ni Paling Mereka Suka Biar Kita Tegas Daripada Menangis Kemudian

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 436 hits
Bila ada anak kecil ibu ayah mesti pastikan rumah adalah tempat paling selamat untuk mereka Bukan apa anak anak kecil ni mereka ada satu sifat ingin tahu tetapi tak sedar itu boleh membahayakannya Jadi segala gerak geri anak ibu bapa kena a...
Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi Rupanya Alergi Alat Solek Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat

Bibir Anak Bengkak Ingat Ada Masalah Gigi Rupanya Alergi Alat Solek Doktor Pesan Mak Ayah Kena Beringat

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 408 hits
Kalau tengok anak anak perempuan yang masih kecil bermain dengan alat solek ada yang rasakan itu perkara comel dan lucu Tambah pula bila habis satu muka diconteng dengan bahan kosmetik yang lazimnya digunakan oleh ibu atau orang yang lebih ...
Boleh Jadi Anak Yang Kita Geram Marah Masa Kecil Bila Besar Kebanggaan Ibu Ayah

Boleh Jadi Anak Yang Kita Geram Marah Masa Kecil Bila Besar Kebanggaan Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 341 hits
Setiap kelahiran anak tak kiralah anak lelaki atau perempuan mereka sememangnya mempunyai kelebihan Cumanya ia belum terserlah sewaktu usianya masih kecil Jika kita rasa penat dengan pelbagai cabaran sepanjang mereka nak membesar ingatlah i...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur