Kalau Mama Terlebih Minum Susu Bahaya Juga Ini Cadangan Hidangan Yang Mama Boleh Ambil


Susu merupakan sejenis minuman yang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, semua itu merupakan sesuatu yang selalu kita dengar menerusi iklan yang ditayangkan di kaca televisyen. Hakikatnya, sejauh manakah kebenaran tentang faedah minum susu? Adakah ia boleh mengelakkan penyakit osteoporosis atau tulang rapuh?

Semua orang tahu, susu mengandungi kalsium yang dapat mengekalkan kekuatan tulang. Oleh sebab itu, secara logiknya, minum susu sudah pastilah dapat mengelakkan penyakit osteoporosis.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Walau bagaimanapun, menurut sebuah kajian pada tahun 2014 oleh Michaëlsson, et al., minum terlalu banyak susu sebenarnya boleh membawa mudarat kepada kesihatan!
Berapa banyak susu yang boleh saya minum?
Menurut kajian tersebut, terlalu banyak minum susu (lebih daripada 3 gelas sehari) bukan sahaja dapat meningkatkan risiko kematian, ia juga membuatkan tulang anda lebih mudah untuk mengalami keretakan.
Malah, wanita yang dilaporkan minum lebih daripada 3 gelas susu sehari juga mempunyai risiko kematian sebanyak 2 kali ganda berbanding wanita yang hanya minum segelas susu.
Walau bagaimanapun, kaum Adam tidak terkesan dengan perkara ini seperti kaum Hawa. Namun, lelaki yang gemar minum susu yang banyak juga menunjukkan peningkatan dalam kes kematian.

Tapi, bukankah minum susu baik untuk kesihatan tulang?
Perkara ini mungkin tidak benar jika anda mengambil terlalu banyak susu. Malah, faedahnya juga akan hilang dan ia tidak mampu lagi untuk melindungi pengamalnya daripada menghidap tulang rapuh ataupun keretakan tulang.
Susu merupakan sumber utama sejenis gula yang dikenali dengan nama D-galactose. Menurut beberapa eksperimen yang dijalankan terhadap haiwan, pendedahan terhadap terlalu banyak D-galactose adalah berbahaya kepada kesihatan.
Malah, dos D-galactose yang rendah juga menunjukkan kesan yang seakan-akan penuaan di dalam kalangan haiwan, termasuklah jangka hayat yang lebih pendek, inflamasi kronik dan juga degenerasi neuron.
Bersederhana ketika minum susu
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam British Medical Journal, keretakan tulang pinggul paling banyak berlaku di negara yang mempunyai pengambilan kalsium yang tertinggi.
Malah, wanita yang minum 3 gelas susu ke atas setiap hari mempunyai penambahan risiko sebanyak 60% untuk menghidap keretakan tulang pada masa hadapan.
Oleh sebab itu, mengapa kita diberitahu sejak kecil untuk minum susu sebagai sesuatu yang sihat?
Sebenarnya, jika diambil secara sederhana, susu dapat melindungi kita daripada penyakit kronik. Malah, pengambilan secawan susu sehari sudah cukup untuk memenuhi rekomendasi nutrisi harian.
Menurut Cleaveland Clinic, jika anda inginkan tulang yang sihat, elakkan minum susu lebih daripada 1 gelas sehari.
Jika anda seorang penggemar susu, sudah tentulah anda akan rasa risau tentang penemuan ini. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Michaëlsson, et al. masih mempunyai beberapa kelemahannya yang tersendiri.
Disebabkan kajian ini memerlukan pesertanya untuk melakukan anggaran jumlah susu yang diminum dalam masa setahun, dapatannya mungkin tidaklah setepat yang disangka. Malah, bukti yang sedia ada juga belum cukup untuk melakukan sebarang kesimpulan.
Kepentingan vitamin D dalam diet seharian
Untuk mendapatkan tulang yang sihat, anda perlulah mengambil diet yang kaya dengan vitamin D dan kalsium.
Kalsium sudah lama dikaitkan dengan kesihatan tulang. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai kebaikan vitamin D yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium.
Vitamin D – yang turut dikenali sebagai sunshine vitamin dihasilkan selepas badan terdedah kepada pancaran matahari. Vitamin ini penting untuk pembinaan tulang yang kuat dan sihat serta meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus di dalam badan.
Tanpa vitamin D yang mencukupi, tulang boleh menjadi rapuh dan halus. Malah, pembentukan tulang baharu juga akan terhenti. Vitamin D juga dapat melindungi warga emas daripada penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.
Selain minum susu, ada banyak lagi makanan yang kaya dengan kalsium.
Sebagai contoh, keju, yogurt, soya, brokoli, buah oren, sardin dan salmon. Semua makanan ini boleh menjadi pengganti susu jika anda risau mengenai pengambilan susu yang berlebihan.
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, tidak ada masalah jika anda ingin meneruskan pengambilan susu. Walau bagaimanapun, mungkin faedah minum susu tidaklah sebesar yang anda harapkan.
Selain susu, ada banyak lagi cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan osteoporosis dan menguatkan tulang. Sebagai contoh, bersenam, mengambil vitamin D yang mencukupi dan makan secara sihat dapat membantu pembentukan tulang yang kuat.
Baca: Ibu Menyusu Nak Anak Lebih Bijak Boleh Amalkan Pemakanan Ini!
Ingin mengambil suplemen vitamin D? Tidak ada masalah. Walau bagaimanapun, pastikan anda melakukan konsultasi bersama doktor atau ahli farmasi yang bertugas jika anda ingin mencuba suplemen baharu.
Kredit: Hello Doktor
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kalau Mama Terlebih Minum Susu Bahaya Juga! Ini Cadangan Hidangan Yang Mama Boleh Ambil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-mama-terlebih-minum-susu-bahaya-juga-ini-cadangan-hidangan-yang-mama-boleh-ambil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Noah Anak Yang Betul Betul Suka Susu Ibu Siang Hari Saja Boleh Minum 33 Auns Susu Ika

Noah Anak Yang Betul Betul Suka Susu Ibu Siang Hari Saja Boleh Minum 33 Auns Susu Ika

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 336 hits
Perjalanan menyusukan bayi bukan sesuatu yang mudah melainkan dalam diri dah bertekad untuk memberikan yang terbaik buat bayi Begitu juga kisah yang penuh inspirasi oleh pelakon Ika Nabella yang sangat komited memberi susu ibu buat anak lel...
Lelaki Perempuan Boleh Rawat Kulit Bermasalah Dengan Minum Crystal Drink

Lelaki Perempuan Boleh Rawat Kulit Bermasalah Dengan Minum Crystal Drink

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 417 hits
Kulit gelap kusam dan tidak bermaya boleh menjadikan kita kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang lain dan menonjolkan diri di hadapan orang ramai Oleh sebab yang demikian juga pegerakan dan aktiviti kita juga bakal terbantut dan ...
Lepas 2 Tahun Anak Dibiasakan Minum Susu Segar Dr Kongsi Kebaikan Berbanding Susu Lain

Lepas 2 Tahun Anak Dibiasakan Minum Susu Segar Dr Kongsi Kebaikan Berbanding Susu Lain

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 304 hits
Selepas anak berumur dua tahun ibu ibu masih keliru sama ada untuk beri susu formula atau susu segar dalam kotak Ada juga yang menganggap tak apalah anak tak menyusu sebab dah besar Disebabkan ibu bapa masih ragu ragu lagi dalam hal ini keb...
Bahaya Pembakaran Asap Rokok Boleh Menyebabkan Barah Paru Paru

Bahaya Pembakaran Asap Rokok Boleh Menyebabkan Barah Paru Paru

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 454 hits
Bahaya Pembakaran Asap Rokok Boleh Menyebabkan Barah Paru Paru Assalamualaikum umum mengetahui bahawa rokok sememangnya amat bahaya pada kesihatan Seorang penghisap rokok yang sedang merokok bukan sahaja boleh memudaratkan diri tetapi juga ...
Dr Nasihat Lebih Baik Minum Segelas Susu Bila Lapar Waktu Malam Daripada Makan Jajan

Dr Nasihat Lebih Baik Minum Segelas Susu Bila Lapar Waktu Malam Daripada Makan Jajan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 208 hits
Susu antara sumber kalsium dan vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang Setiap orang dewasa tetap memerlukan susu untuk kesihatan yang optimum Sebenarnya susu bukan sahaja untuk kanak kanak Tapi masyarakat kita dimomokkan dengan mengangga...
Minum Susu Kambing Setiap Hari Susu Pekat Banyak Dua Dua Anak Tak Hisap Botol

Minum Susu Kambing Setiap Hari Susu Pekat Banyak Dua Dua Anak Tak Hisap Botol

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 315 hits
Menyusukan anak kita perlu enjoy Ini antara tip yang dipegang oleh ibu muda yang juga seorang influencer Shazwanie Yazip yang berjaya menyusukan anak sulungnya sehingga dua tahun secara eksklusif dan kini sedang menyusu pula anak kedua beru...
Normal Anak Minum Susu Ibu Mula Makan Akan Kurang Menyusu Ibu Tak Perlu Risau

Normal Anak Minum Susu Ibu Mula Makan Akan Kurang Menyusu Ibu Tak Perlu Risau

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 542 hits
Ibu ibu yang ada bayi berusia 6 bulan ke atas dan mula makan situasi anak susah makan atau kurang minum susu sentiasa buatkan ibu risau Bukan apa risau berat akan turun mendadak lagi lagi anak dalam fasa aktif meneroka Namun menurut Dietiti...
Buat Apa Saja Asalkan Susu Cukup Hanya Minum Air Pam Berkala Dr Halina Kongsi Tip Susukan Anak Kembar

Buat Apa Saja Asalkan Susu Cukup Hanya Minum Air Pam Berkala Dr Halina Kongsi Tip Susukan Anak Kembar

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 327 hits
Menyusukan seorang anak pun sudah terasa kepenatannya inikan pula menyusukan anak kembar Kegigihan dan kecekalan hati isteri Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina Yunos menyusu dua anak kembarnya sememangnya amat dikag...
11 Jenis Susu Yang Ibu Bapa Patut Tahu Sebelum Beri Anak Minum

11 Jenis Susu Yang Ibu Bapa Patut Tahu Sebelum Beri Anak Minum

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 311 hits
11 jenis susu yang ibu bapa patut tahu sebelum beri anak minum Pernah baca beberapa viral di internet pasal susu yang sesuai di pasaran Ada yang kata susu ni banyak gula susu ni banyak perisa Habisnya ibu bapa pening nak pilih susu bagi ana...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin