Anak Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal Tapi Ada Rahsia Lain Yang Mak Mak Tak Tahu



Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal, keras kepala dan tak dengar cakap. “Ooo.. Patutlah dua pusar!” Bila dengar ada adik-beradik atau saudara mara jenis yang mulut laser kata macam itu dekat anak kita, mulalah hati mudah terasa

Sedihnya, bukan kita yang tentukan pusar anak satu atau dua. Itukan anugerah Allah untuk ibu yang bertuah. Sebab itulah, tak boleh nak hakimi kenakalan anak-anak berdasarkan fizikal mereka, dua pusarlah, lesung pipitlah, kening bertangkuplah.. Rahsia kejadian itu semua di tangan Yang Maha Menciptakan

Cerita ibu yang ada anak dua pusar di kepala, Puan Aminah Hafizah Abu Bakar boleh dijadikan panduan

Anak Dua Pusar Benarkah Lasak & Banyak Akal
Orang tua-tua memang banyak pengalaman, mereka lebih lama makan asam garam kehidupan. Melalui pengalaman itu timbullah petua-petua untuk panduan dalam kehidupan seharian. Meskipun zaman berubah, petua lama masih utuh dipercayai dan diamalkan

Tidak setakat petua. Orang lama juga kaya dengan pengalaman hasil pemerhatian. Maka selalulah kita dengar orang menyebut istilah ‘kata orang-orang tua’

Namun, tidak semua boleh dipercayai. Ada yang terbukti mitos semata-mata. Sebagai umat Islam kita harus memeriksa kesahihah fakta, dan mengetahui hukum agama sebelum menerima bulat-bulat sesuatu kepercayaan atau amalan

Sering kita mendengar orang berkata anak dua pusar kepala sebagai nakal dan lasak. Entah di mana logiknya,  tetapi itulah yang kerap dimomokkan orang


Tersentuh Hati
Apabila ternampak kepala anakku berpusar dua, orang tua-tua terus mengingatkan supaya bersiap sedia dengan karenah anakku itu. Ada yang menyebutnya membesar banyak akal, ada yang melabelnya budak lasak tidak kurang juga yang berani melabelnya budak nakal

Sebagai ibu baru, hati tentu tersentuh apatah lagi anak masih merah. Tetapi aku selalu memujuk hati mengambil yang positif saja. Dan membiarkan kata-kata orang berlalu seperti angin

Apabila anakku semakin membesar,  aku sedari karakter dirinya yang ekstrovert dan aktif. Dia mudah mengekspresikan emosinya.  Dia suka menyanyi dan mempunyai keyakinan diri yang baik untuk kanak-kanak seusia empat tahun

Tetapi memanglah adat kanak-kanak yang banyak ragamnya,  anakku juga tidak terkecuali.  Kadangkala dia menghiburkan tapi ada masanya ragamnya juga menyebabkan kami naik marah

Satu hal yang tidak aku persetujui ialah meletakkan kesalahan kepadanya mengikut tanggapan ciri fizikal dua pusarnya itu

Apabila dia berbuat silap kita segera memarahinya. Jika terlibat dalam perbalahan anak-anak,  cepat saja kita menuding jari kepada si dua pusar tadi. Terkadang tidak sempat dia membela diri, dan belumpun kita selidik duduk letak perkara sebenar. Kita pantas menjustifikasikan situasi dan meletaknya sebagai pesalah

Aku melihat perkembangan ini sebagai tidak sihat untuk pembinaannya sebagai individu yang bersahsiah mulia. Adakah berkepala dua pusar semestinya nakal? Wallahualam

Pernahkah kita terfikir dua pusar di kepala ini ciri fizikal, sama juga seperti lesung pipit dan tahi lalat

Menilik Rahsia Tahi Lalat
Apakah amalan menilik rahsia tahi lalat tidak sama dengan menilik rahsia ciri fizikal tubuh badan yang lainnya. Kening bertangkup, begini. Mata ke dalam begitu

Adalah amalan ini tidak sama dengan memukul rata peribadi  individu melalui zahirnya saja? Lebih sedih jika kita mengaitkan dengan mitos tahayul yang bertentangan dengan ajaran Islam

Tanggapan sebegini menanamkan stigma di dalam kepala individu di sekeliling anak tadi. Ibubapa misalnya terdorong memberi layanan tegas dan keras kepada anak ini semata-mata tidak mahunya menjadi nakal. ‘
Setiap langkah karenah anak sentiasa dibayangi dia dua pusar,  maka akalnya banyak. ‘Dia dua pusar,  maka dia lasak’. Ibu bapa secara tidak langsung telah meletakkan label kepada anaknya. Adakah adil memandang sikap indvidu berdasarkan ciri fizikalnya? Nah, tidakkah ia juga terpakai dalam situasi ini

Anak Dua Pusarku Sama Saja Seperti Anak Lain
Ada waktunya apabila timbul rasa marah terhadap si anak,  aku mengingat diri, dia sama saja seperti anak lain. Akhlak dan adabnya dibentuk oleh aku dan suami. Sikap dan pembawaan karakternya terbentuk oleh persekitarannya membesar

Generalisasi dan kata orang tua-tua tidak membantu perkembangan anak-anak.  Sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita mendidiknya menjadi anak yang baik seperti diidamkan oleh semua

Semoga kita diberikan kesabaran melayani dan mengasuh anak-anak

Sumber: Blog Aminah Hafizah via http://bit.ly/2NnZwCr

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/anak-dua-pusar-di-kepala-bukan-nakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Anak Lasak Kepala Naik Benjol Tapi Selalu Terhantuk Pun Bahaya Juga

Tanda Anak Lasak Kepala Naik Benjol Tapi Selalu Terhantuk Pun Bahaya Juga

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 434 hits
Ketika anak mulai membesar tidak dinafikan yang dia semakin lasak Apatah lagi jika sudah mula boleh berdiri dan berjalan sendiri Jika terjatu tanpa kesan luka adalah normal tetapi sekiranya seseorang anak selalu terjatuh atau terhantuk sehi...
Pengurus Pasukan Johor Anak Maut Dalam Kemalangan Dua Kereta Bertembung

Pengurus Pasukan Johor Anak Maut Dalam Kemalangan Dua Kereta Bertembung

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 726 hits
Pengurus pasukan Johor yang beraksi dalam Kejohanan Sepak Takraw League 2019 dan anak perempuannya terkorban dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Mersing Endau berhampiran Hutan Lipur Gunung Arong petang semalam Mangsa Abdul Mana...
Bila Mak Ayah Tahu Anak Kita Bukan Milik Kita Sayang Tegas Akan Seimbang

Bila Mak Ayah Tahu Anak Kita Bukan Milik Kita Sayang Tegas Akan Seimbang

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 435 hits
Sikap tegas mak ayah bertukar garang sebenarnya kerana emosi Jika diikutkan tegas dan garang sangatlah ketara bezanya Dalam kamus istilah tegas bererti jelas terang dan lantang Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau mar...
Kenali Anak Kucing Dua Muka Yang Sudah Berusia 4 Bulan

Kenali Anak Kucing Dua Muka Yang Sudah Berusia 4 Bulan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 396 hits
Seekor kucing bewarna hitam baru baru ini telah menarik perhatian ramai kerana mempunyai dua wajah di kepalanya Kucing yang dikenali dengan Duo itu telah ditinggalkan oleh ibunya kerana kecacatan yang dialaminya atau lebih dikenali sebagai ...
Kalau Tak Pisah Tempat Tidur Anak Dari Awal Sampai Besarlah Si Kecil Asyik Selinap Masuk Bilik Mak Ayah

Kalau Tak Pisah Tempat Tidur Anak Dari Awal Sampai Besarlah Si Kecil Asyik Selinap Masuk Bilik Mak Ayah

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 515 hits
Anak anak yang masih kecil memang selalunya akan tidur dalam bilik yang sama Bersama ibu dan ayah Persoalannya bilakah waktu yang sesuai untuk mula asingkan tempat tidur anak anak supaya mereka tak manja sangat dan boleh tidur sendiri tanpa...
Karipap Daun Sup Buat Minum Petang Anak Harum Sedapnya Lain Macam

Karipap Daun Sup Buat Minum Petang Anak Harum Sedapnya Lain Macam

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 447 hits
Bukan karipap biasa tetapi karipap yang ditambah dengan daup sup di dalamnya Lebih enak harum dan sedap rasanya Semuanya bagi menaiknya lagi selera anak kecil kita selain khasiat daun sup yang berganda Resipi comel dan cute oleh ini mama pa...
Seorang Lelaki Bergelar Bapa Pasti Akan Rasa Sebak Bila Melihat Anak Dipertanggungjawabkan Kepada Orang Lain

Seorang Lelaki Bergelar Bapa Pasti Akan Rasa Sebak Bila Melihat Anak Dipertanggungjawabkan Kepada Orang Lain

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 622 hits
Ayah kita ni kadang kadang memang dari riak wajah nampak garang dan tak banyak bercakap tapi sebenarnya dalam hati seorang ayah dialah paling pantang anaknya diusik walaupun hanya seekor nyamuk Tetapi biasa juga kita dengar yang anak lelaki...
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Ciri Ciri Cetakan Berkualiti Tinggi Yang Meningkatkan Keyakinan Pelanggan

Tak Terjangka

Catatan Hari Keempat Di Tokyo

Qawiy Aro Sembang Belajar South Africa Ke Tebuk Quran Kahwin Cabaran Kebangkitan

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk