Tanda Anak Lasak Kepala Naik Benjol Tapi Selalu Terhantuk Pun Bahaya Juga


Ketika anak mulai membesar, tidak dinafikan yang dia semakin lasak. Apatah lagi jika sudah mula boleh berdiri dan berjalan sendiri. Jika terjatu tanpa kesan luka adalah normal, tetapi sekiranya seseorang anak selalu terjatuh atau terhantuk sehingga ada benjol, adakah ia memberi kesan kepada anak?

Siapa yang tidak risau apabila anak terjatuh dan menangis kesakitan. Lagi bimbang bila kesan terjatuh meninggalkan benjol atau mengakibatkan kecederaan sampai berdarah.
Tetapi sebelum itu ibu ayah perlu faham mengenai kesan-kesan hentakan kepala supaya dapat membuat perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius supaya langkah-langkah rawatan yang betul dapat diambil.
Artikel Menarik: [Badan Anak Naik Ruam Lepas Diberi Ubat Demam Yang Disimpan Lama Dalam Peti]

1. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.
2. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius.
3. Selain luka ada juga kecederaan kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia bermakna pendarahan itu berada di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.
4. Benjol di kepala yang disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa hingga 1-2 minggu.
5. Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecederaan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit.

6. Jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan, bukan bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.
7. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang berlaku sangat kuat dan ada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.
8. Kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana bahagian dalam otak.
Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak:
 
– Pengsan selepas trauma.
– Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua anggota badan tidak boleh bergerak.
– Amnesia/hilang ingatan.
– Keliru.
– Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya.

– Sawan.
– Muntah lebih dari sekali.
– Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah.
– Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga.
– Mata hitam tidak sama saiz.
– Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu.
Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa anak ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas.
Artikel Menarik: [Doktor Kongsi Tip Jaga Gigi Seawal Usia Bayi 6 Bulan Untuk Elak Karies]
Sekiranya anak anda tidak ada tanda simptom tersebut, kemungkinan berlaku pendarahan dalam otak sangat tipis tetapi proses pemulihan daripada hentakan tersebut mengambil masa yang lama sehingga berminggu bahkan ada yang berbulan.
Bagaimanapun mangsa tidak akan mengalami sebarang kesan jangka panjang walaupun proses pemulihan mengambil masa yang lama.
Rawatan segera
 
a. Jika berlaku pendarahan akibat luka anak terjatuh, anda perlu segera menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.
Artikel Menarik: [Alergi Pada Kanak-Kanak, Kenal Pasti Punca Baru Mak Ayah Boleh Rawat Dengan Berkesan]
b. Benjolan yang berlaku selepas terjatuh akan meninggalkan rasa sakit dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang.‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang.

c. Memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit. Tidak disarankan untuk memberi ubat dari kategori NSAID (‘Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs’) seperti Ibuprofen (Brufen, Bifen, Buprol-B, Ibufac, Nurofen) atau Diclofenac (Cataflam, Voren).
Sumber: Doktorbudak.com
The post Tanda Anak Lasak, Kepala Naik Benjol Tapi Selalu Terhantuk Pun Bahaya Juga appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tanda-anak-lasak-kepala-naik-benjol-tapi-selalu-terhantuk-pun-bahaya-juga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal Tapi Ada Rahsia Lain Yang Mak Mak Tak Tahu

Anak Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal Tapi Ada Rahsia Lain Yang Mak Mak Tak Tahu

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 573 hits
Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal keras kepala dan tak dengar cakap Ooo Patutlah dua pusar Bila dengar ada adik beradik atau saudara mara jenis yang mulut laser kata macam itu dekat anak kita mulal...
Anak Teman Berniaga Wanita Oku Naik Kerusi Roda Jual Kuih Tepung Pelita

Anak Teman Berniaga Wanita Oku Naik Kerusi Roda Jual Kuih Tepung Pelita

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 353 hits
Kekurangan fizikal tidak membataskan keupayaan seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Ina bagi menjalankan perniagaan kuih tepung pelita di sekitar kawasan Wangsa Maju Kuala Lumpur Lebih kagum apabila wanita itu menaiki kerusi roda sambil...
Cerewet Makan Tapi Anak Obes Pakar Ini Bagi Tip Nak Galak Anak Makan Lebih Sihat Bukan Makanan Tinggi Kalori

Cerewet Makan Tapi Anak Obes Pakar Ini Bagi Tip Nak Galak Anak Makan Lebih Sihat Bukan Makanan Tinggi Kalori

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 329 hits
Bila ada anak anak yang mengalami masalah berlebihan berat badan tentu ramai yang ingat mereka makan tak memilih Tapi mungkin juga terlalu memilih makanan membuatkan mereka menjadi overweight atau obese Melalui perkongsian pakar pemakanan N...
Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 679 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Anak Lelaki Belajar Sambil Main Yang Perempuan Tekun Tengok Buku Tak Sama Tapi Tetap Pandai

Anak Lelaki Belajar Sambil Main Yang Perempuan Tekun Tengok Buku Tak Sama Tapi Tetap Pandai

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 391 hits
Jika seorang ibu itu ada rezeki dikurniakan anak perempuan dan anak lelaki pasti anda akan sedar akan perbezaan kedua dua mereka Untuk mendidik anak perempuan tidak sama seperti mahu mengajar anak lelaki Pendekatan perlu berbeza tidak boleh...
Cemburu Kekasih Selalu Dicium Anak Kandungnya Lelaki Ini Cekik Budak 4 Tahun Sampai Mati

Cemburu Kekasih Selalu Dicium Anak Kandungnya Lelaki Ini Cekik Budak 4 Tahun Sampai Mati

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 505 hits
Seorang lelaki tergamak membunuh anak kandung teman wanitanya yang berusia empat tahun sehingga mati kerana cemburu yang melampau nbsp Suspek Alisaba Nazara 41 membunuh mangsa pada Khamis 21 November 2019 di rumah di Dusun II Desa Ujung Lab...
Anak Selalu Jatuh Katil Sofa Boleh Efek Tulang Anak

Anak Selalu Jatuh Katil Sofa Boleh Efek Tulang Anak

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 409 hits
Ortopedik merupakan kepakaran dalam bidang pembedahan tulang belakang pembedahan trauma pembedahan kanak kanak pembedahan athroplasti pembedahan tangan pembedahan kaki rawatan kecederaan sukan rehabilitasi ortopedik dan onkologi Untuk anak ...
Lumpuh Otak Tapi Hafal 30 Juzuk Al Quran Video Anak Ini Buat Ramai Menangis

Lumpuh Otak Tapi Hafal 30 Juzuk Al Quran Video Anak Ini Buat Ramai Menangis

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 276 hits
JIKA diceritakan kepada kumpulan doktor mereka tentu menganggapnya sesuatu yang mustahil Namun itulah keistimewaan yang dimiliki seorang anak yang menderita penyakit lumpuh otak tetapi mampu menghafaz 30 juzuk Al Quran tanpa gagal Ketika or...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus