Anak Dah Pandai Susun Mainan Ikut Warna Ini Antara Perkembangan Penting Anak 1 5 Tahun


Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan dilihat daripada aspek fizikal dan tingkah-laku mereka. Ia berbeza dari masa ke masa. Secara umumnya, perkembangan yang akan dilalui anak adalah satu proses tumbesaran dan pembelajaran berterusan.

Ia dibahagikan kepada beberapa kategori, seperti:
Kognitif: Berfikir, membuat pertimbangan,menyelesaikan masalah dan memahami
Koordinasi motor: Kemahiran motor kasar / halus, melompat, melempar, menangkap, melukis, menyusun
Interaksi sosial: Memulakan hubungan rakan sebaya, permainan kumpulan
Adaptif: Berpakaian, makan, mencuci
Terdapat perbezaan bagi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ini kerana mereka akan mengikut rentak sendiri. Ada kanak-kanak mungkin melangkau sesuatu tahap pencapaian (milestone), sementara yang lain mungkin memerlukan lebih banyak masa.
Peringkat umur bagi kanak-kanak adalah mereka yang berusia dari setahun hingga 5 tahun. Biasanya anak akan meninggalkan kategori kanak-kanak ini apabila mula melangkah masuk ke alam prasekolah.
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Kemahiran seperti mengambil giliran dan menendang bola disebut sebagai pencapaian perkembangan – developmental milestone. Ia adalah kemahiran yang dikembangkan oleh kebanyakan kanak-kanak mengikut usia tertentu.
Anak akan mencapai pencapaian tertentu melibatkan aspek bagaimana mereka bermain, belajar, bercakap, bertingkah-laku dan bergerak.Ia merangkumi perkara seperti melompat, berlari atau mengimbangi diri. Adalah satu perkara biasa untuk anak mempunyai keinginan berdikari. Disebabkan itu, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada fasa ini sering dianggap sebagai ‘terrible twos’.
Ini kerana dalam tempoh perkembangan sosial anak ketika berusia sekitar 2 tahun sering dikaitkan dengan tingkah laku menentang atau tidak teratur.Pun begitu, fasa ini juga boleh menjadi tempoh menggembirakan bagi ibu bapa dan kanak-kanak.
Umumnya, si kecil anda akan mengalami perubahan berkaitan cara pemikiran, pembelajaran, sosial dan emosi yang besar. Ia penting untuk membantu meneroka dunia baru di sekeliling mereka dan memahaminya.

Pada tahap ini, seorang kanak-kanak harus boleh:
Mengikuti 2-3 arahan Menyusun objek berdasarkan warna dan bentuk Meniru tingkah laku individu dewasa dan rakan sepermainan Mengekspresikan pelbagai emosi Petua
Berikut beberapa perkara mudah boleh dilakukan untuk membantu perkembangan kanak-kanak pada usia ini:
#Beri anak peluang untuk bermain dengan kanak-kanak lain
Bermain bersama individu lain adalah cara terbaik dalam proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Tetapi jangan berharap anak akan bergilir atau berkongsi permainan – ini kerana kanak-kanak masih berfikir semuanya adalah milik mereka.
#Galakkan penggunaan kemahiran harian
Antara kemahiran tersebut seperti menggunakan sudu dan memakai kasut. Ia melibatkan pergerakan otot kecil dan besar serta kemampuan anak untuk memikirkan apa yang patut mereka lakukan.
#Berbual dengan anak
Bercakap mengenai perkara harian – bahagian tubuh, permainan dan peralatan rumah seperti sudu atau kerusi. Secara tidak langsung membantu mengembangkan kemahiran berbahasa anak.
Pada lingkungan usia ini, anda boleh mengajar anak bahawa ‘bola’ boleh menjadi ‘bola besar’, ‘bola biru’, bahkan ‘bola biru besar’.
#Berikan perhatian
Buat anak berasakan diri dihargai. Apabila mereka mengatakan sesuatu, dengar dan berikan respons. Sebagai contoh, jika si kecil mengatakan ‘Mama susu”, berikan ucapan balas seperti “Husna mahu Mama berikan susu, ya?” Mudah, tetapi ia membuatkan anak rasa diri disayangi dan dihargai.
#Membacakan buku cerita
Dorong anak untuk bercakap dan berimaginasi dengan membaca buku, bercerita serta menyanyi bersama-sama.
#Memasak bersama
Ajak anak memasak bersama anda, ini secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak untuk menggemari makanan sihat dan seimbang. Di samping itu, anak juga akan belajar perkataan baharu serta konsep matematik seperti 1 sudu teh atau 20 minit.
Berikan anak tugasan mudah seperti membasuh sayuran atau menyusun sandwich.
Keselamatan
Apabila anak membesar, langkah mereka juga semakin luas dan ini bermaksud banyak bahaya yang menanti. Situasi bahaya boleh berlaku dalam sekelip mata, jadi penting untuk anda sentiasa memantau keadaan si kecil.
Berikut antara tip keselamatan yang boleh diamalkan semasa proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah:
Jangan tinggalkan si kecil di sekitar atau berhampiran kawasan air – tab mandian kolam atau lautan – tanpa pemantauan individu dewasa. Lemas adalah penyebab utama kecederaan dan kematian bagi kanak-kanak dalam peringkat usia ini Galakkan anak untuk duduk ketika makan dan mengunyahnya dengan teliti untuk elak tersedak Sentiasa periksa barang permainan si kecil untuk mengesan bahagian longgar, pecah atau rosak Galakkan si kecil untuk tidak meletakkan pensel atau krayon di dalam mulut ketika mewarna atau melukis Jangan memegang minuman panas semasa anak kecil berada dipangkuan anda. Pergerakan secara tiba-tiba dan mendadak boleh mengakibatkan anak melecur Pastikan anak duduk di dalam kerusi kereta dengan selesa dan dipakaikan tali pinggang keselamatan Kesihatan
Makanan kegemaran si kecil akan berubah setiap hari dan itu keadaan tingkah laku biasa. Sebaiknya galakkan anak untuk mencuba makanan baru setiap hari dengan menawarkan mereka untuk rasa
Jangan meletakkan televisyen di dalam bilik si kecil. Tetapkan had masa skrin untuk anak tidak lebih daripada sejam setiap hari. Galakkan anak untuk bermain dan meneroka dengan bebas. Ini membantu mereka untuk kekal aktif, kuat serta dapat mengembangkan kemahiran motor.
Pastikan anak mendapat jumlah tidur yang mencukupi setiap malam. Untuk kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: 11 hingga 14 jam, manakala yang berusia 3 hingga 5 tahun: 10 hingga 13 jam – termasuk tidur siang
Proses pembelajaran
Bergelar ibu bapa, ia adalah satu proses pembelajaran. Tiada salahnya untuk berasa yakin dengan apa yang anda ketahui. Jangan malu mengakui apabila tidak mengetahui sesuatu perkara untuk meminta pertolongan dan bertanya.
Dalam melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, akan ada masanya anda berasa kecewa, marah dan letih.
Ambil masa untuk bertenang, okay?
Paling penting, tidak kira dalam apa keadaan emosi yang anda lalui, jangan pernah sesekali mengoncang si kecil. Tindakan itu boleh menyebabkan pendarahan dalam otak dan berkemungkinan berlakunya kerosakan otak kekal.
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Dah Pandai Susun Mainan Ikut Warna? Ini Antara Perkembangan Penting Anak 1-5 Tahun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-dah-pandai-susun-mainan-ikut-warna-ini-antara-perkembangan-penting-anak-1-5-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Anak Umur 2 3 Tahun Semak Tahap Kemahiran Ikut List Ini Baru Tahu Anak On Track Atau Tidak

Ada Anak Umur 2 3 Tahun Semak Tahap Kemahiran Ikut List Ini Baru Tahu Anak On Track Atau Tidak

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 437 hits
Bila anak makin meningkat usianya sepatutnya lebih banyak yang perlu mereka kuasai terutama dalam perkembangan kemahiran motor dan juga perkembangan bahasa Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang keliru tentang tahanp tahap perkembangan anak m...
Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit

Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 541 hits
Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit Pernah tak terfikir sebelum beli tudung eh Sesuai tak warna ni dengan aku eh Mungkin kadang kita fikir tapi kebanyakan kita fikir tudung ni masuk tak dengan baju itu eh Tapi apa pun kalau kita pilih ...
Hiburan Kongsi Rezeki Vivy Yusof Belikan Mainan Dan Belanja Makan Buat Anak Anak Yatim

Hiburan Kongsi Rezeki Vivy Yusof Belikan Mainan Dan Belanja Makan Buat Anak Anak Yatim

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 320 hits
Bulan Ramadan yang menghampiri penghujungnya tidak lamai sahaja lagi pastinya ramai yang berlumba lumba mengumpul pahala dengan ibadah ibadah sunat dan bersedekah Tidak melepaskan peluang usawahan wanita dan pengasas Fashion Valet Datin Viv...
Tepuk Tapi Tak Keluar Muka Anak Biru Hampir Meragut Nyawa Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan

Tepuk Tapi Tak Keluar Muka Anak Biru Hampir Meragut Nyawa Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 304 hits
Perkara paling menakutkan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil adalah tercekik Memang lumrah bagi Kanak kanak yang masih kecil memasukan barang kedalam mulut untuk meneroka rasa dan bentuk Kejadian hitam ini berlaku kepada Puan Hanis Sak...
Ya Betul Anwar Bukan Jenis Ikut Nasihat Untuk Bantu Anak Beranak Jadi Kaya Raya Dan Pelingkup Duit Negara

Ya Betul Anwar Bukan Jenis Ikut Nasihat Untuk Bantu Anak Beranak Jadi Kaya Raya Dan Pelingkup Duit Negara

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 436 hits
Panas Mahathir kata Anwar bukan jenis yang ikut nasihatMay 9 2021 Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sukar bagi dirinya untuk kembali menyertai Umno selepas dirosakkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Beliau menyifatkan kep...
Warna Cantik Rasa Pun Sedap Resipi Bubur Sagu Warna Warni Buat Anak Teruja

Warna Cantik Rasa Pun Sedap Resipi Bubur Sagu Warna Warni Buat Anak Teruja

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 384 hits
Bubur sagu sememangnya sudah biasa bagi kita namun bubur sagu yang dibiarkan berderai sebegini buat ia terlihat cukup unik apalagi kala diwarnakan dengan pelbagai warna yang pastinya dapat menarik perhatian anak kecil kita Bukan hanya mudah...
Usia Anak 2 Tahun Dah Didik Solat Cara Ibu Ni Buat Anak Tak Tinggal Solat

Usia Anak 2 Tahun Dah Didik Solat Cara Ibu Ni Buat Anak Tak Tinggal Solat

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 373 hits
Mendidik anak solat sememangnya memerlukan kesabaran namun trik dan pendekatan yang digunakan ibu ini sememangnya berbeza Bukan ketika usia anak lima tahun tetapi sejak usia anaknya berusia dua tahun lagi anak anak sudah didedahkan akan kep...
Awas Kau Budak 2 Tahun Dibentak Oleh Bapa Tiri Kerana Bermain Dengan Anak Kandungnya

Awas Kau Budak 2 Tahun Dibentak Oleh Bapa Tiri Kerana Bermain Dengan Anak Kandungnya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 353 hits
The ReporterSeorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun tergamam dan hilang keceriaan setelah dibentak oleh bapa tirinya Insiden itu berlaku ketika kanak kanak berkenaan sedang bermain dengan adiknya yang masih bayi di pangkuan bapa tir...
Bapa Beri Anak Berusia 2 Tahun Hisap Vape Sambil Dirakam Isterinya Direman 7 Hari

Bapa Beri Anak Berusia 2 Tahun Hisap Vape Sambil Dirakam Isterinya Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 369 hits
Bapa beri anak berusia 2 tahun hisap vape sambil dirakam isterinya direman 7 hariLelaki yang dipercayai bapa kepada kanak kanak berusia dua tahun yang memberi anak kecil itu menghisap rokok elektronik atau vape di mana videonya viral di med...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri