Ada Anak Umur 2 3 Tahun Semak Tahap Kemahiran Ikut List Ini Baru Tahu Anak On Track Atau Tidak
Bila anak makin meningkat usianya, sepatutnya lebih banyak yang perlu mereka kuasai terutama dalam perkembangan kemahiran motor dan juga perkembangan bahasa.
Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang keliru tentang tahanp-tahap perkembangan anak mengikut usia. Mama dan papa boleh periksa perkembangan anak seperti list di bawah.
Ada mak ayah yang ada anak umur 2-3 Tahun? Jom semak tahap kemahiran anak kita. Nak check anak on track ke tak tengok list kat bawah
1. Kemahiran Motor kasar/ Gross motor skill:
Naik & turun tangga dengan sendiri
Menendang bola ke depan
Melompat ke atas
Membaling bola ke depan. Skil ni nak masuk 3 tahun baru check ye.
2. Kemahiran Motor halus/ Fine motor skil:
Membina tower menggunakan 4 blok kiub
Membina tower menggunakan 6 blok kiub
3. Kemahiran Personal-sosial/ Independent skil :
Memakai baju dan seluar sendiri. Tapi its normal ye kalau terbalik luar dalam. Belakang dan depan. Sebab visual persepsi anak belum matang lagi.
Pastikan anak dah lepas buka baju, kasut & seluar sendiri dulu. Itu skil bawah 2 tahun.
Gosok gigi dengan bantuan
4. Kemahiran Komunikasi & bahasa:
Mula menggabungkan dua perkataan. Contoh “nak makan”, “tutup pintu”, “nak air”, “nak main”
Faham arahan mudah
Bila nak makan atau nak sesuatu dah boleh minta dan cakap bukan tunjuk je semata-mata. Contoh “nak roti”, “nak pisang”, “nak biskut” sambil tunjuk.
Boleh namakan anggota badan seperti hidung, mulut, mata, telinga, tangan dan kaki. Tahu lebih tu bonus sebab ramai mak ayah gigih ajar anak kat rumah
5. Emosi:
Anak dah faham bila kita marah atau sedih. Nak tau anak faham ke tidak. Cuba buat2 nangis. Anak datang pujuk tak atau tolong lap air mata. Anak saya akan datang pujuk dan cakap “dah dah”
bila saya pura-pura nangis
6. Kemahiran bermain/ Play skill:
Permainan olok-olok/ Pretend play. Umur 2 tahun anak mula bermain olok-olok. Contoh, dia akan main anak patung. Suap, dodoikan, selimutkan dan tidurkan teddy bear.
Atau mainan olok-olok yang lain.
Nanti kongsi kat ruang komen anak korang suka main apa okay?
Semoga bermanfaat!
Disclaimer: Perkongsian ini adalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja
Kredit: OT Khairunnisa Nawi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat
JOM JOIN CABARAN RM10 SSPN X PA&MA
The post Ada Anak Umur 2-3 Tahun? Semak Tahap Kemahiran Ikut List Ini, Baru Tahu Anak ‘On Track’ Atau Tidak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ada-anak-umur-2-3-tahun-semak-tahap-kemahiran-ikut-list-ini-baru-tahu-anak-on-track-atau-tidak/