Tepuk Tapi Tak Keluar Muka Anak Biru Hampir Meragut Nyawa Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan


Perkara paling menakutkan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil adalah tercekik. Memang lumrah bagi Kanak-kanak yang masih kecil memasukan barang kedalam mulut untuk meneroka rasa dan bentuk.

Kejadian hitam ini berlaku kepada Puan Hanis Sakinah ketika dia sibuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Anaknya yang baru berusia 4 bulan tercekik barang permainan si kakak ketika ditinggalkan sebentar oleh si bapa untuk ke tandas kurang 2 minit. Ikuti perkongsian beliau yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

 
PENGALAMAN ANAK BERUSIA 4 BULAN TERCEKIK LIPSTICK MAINAN YANG HAMPIR MERAGUT NYAWA.
21/4/21
Masih terbayang ² kejadian hitam yang kami alami. Waktu itu hampir berbuka puasa. Setiap Hari, usai mengemas mainan, menyapu dan mop rumah, ummi bentangkan playmat untuk Tajdeed meniarap.

Setelah yakin tiada benda berbahaya disekelilingnya, ummi ke dapur untuk masak dan memberitahu abi untuk memantau Tasneem & Tajdeed. Ini yang kami lakukan jika salah seorang ada urusan, seorang lagi akan memantau anak.
Malang tidak berbau, saat abi pergi ke tandas sekejap, tidak sampai beberapa minit abi menjerit bila terdengar Tajdeed menangis.
Ya, tangisannya tidak seperti kebiasaan. Seolah ada yang menyekat kerongkongnya. Ummi terlangkupkan Tajdeed dan sempat rasa ada sesuatu dalam mulutnya namun tak berjaya dikeluarkan. Kami bergegas ke hospital terdekat. Tika ini Tajdeed dah biru, darah segar mengalir dari hidungya. Tangisannya masih ada namun sangat perlahan.. dengan sepenuh kudrat dia cuba bernafas, Alhamdulillah masih bertahan.

Setibanya di sebuah hospital swasta, kami serahkan Tajdeed pada mereka untuk diselematkan. Dalam masa yg sama, memberitahu keluarga terdekat untuk mendoakan. Tiada yang kuharapkan selain pertolongan dan keajaiban Tuhan.
Tajdeed diperiksa, di x-ray namun tidak terlihat mainannya. 2 kali doktor cuba menyedut objek tersebut namun gagal dikeluarkan. Belakang Tajdeed ditepuk sekuat hati. Saat ini mulut Tajdeed dipenuhi darah akibat tekanan..
Setelah beberapa kali percubaan menyelamatkan, barulah mereka maklumkan bahawa mereka tiada pakar ENT kanak2 disini. Allah.. kenapa baru beritahu setelah semua usaha gagal.
Kemudian Tajdeed di refer ke hospital serdang memandangkan disana ada pakar ENT kanak2. Ketika persiapan ambulan dibuat, kami disuruh menyelesaikan bayaran.
Memandangkan mereka belum dapat jumlah sebenar, mereka meletakkan deposit yang tinggi untuk kami lunaskan. Allah.. nyawa anak kami tak penting kah pada kalian..

 
Berbekalkan oksigen dalam ambulan, kami bergegas ke hospital serdang. Setibanya di zon merah (kritikal), sebuah bilik bedah dibuka khas untuk Tajdeed memandangkan ini kes kecemasan.
Setelah diberi penerangan akan risiko yang bakal dihadapi termasuk pendarahan dan kematian, jam 10 malam Tajdeed dimasukkan dalam Dewan bedah. Saat ini, hanya ummi yang boleh menghantar Tajdeed hinnga ke pintu Dewan bedah. Masih terngiang² ayat doktor pakar tersebut, ” cium anak awak puas2 ya..” Allah, sempat ku bisikkan pada Tajdeed, kuatkan semangatmu sayang..
Tidak sampai sejam dalam Dewan bedah, doktor memaklumkan bahawa objek yang tersangkut dalam saluran pernafasan Tajdeed adalah gincu mainan. Keadaan Tajdeed stabil namun masih bergantung alat pernafasan dan ditempatkan di wad PCICU.

2 malam Tajdeed disana, 2 malam juga ummi tak tidur dan makan mengenangkan penderitaan yang Tajdeed alami. Kuatnya Tajdeed sayang.. polisi di ICU, hanya boleh melawat 15 minit sehari. Tajdeed ditidurkan dengan bantuan ubat memandangkan tiub pernafasan dan tiub susu dipasang padanya. Ini bagi mengehadkan pergerakan dan juga merehatkan Tajdeed.
Setelah 2 malam di PCICU, ummi dapat panggilan hospital yang mengatakan Tajdeed dah stabil dan boleh dipindahkan ke wad kanak2 biasa. Allah.. tak terlafaz rasa syukurku padaMu..
2 malam di wad biasa, keadaan Tajdeed makin baik Alhamdulillah. Tiub susu dan oksigen dicabut, Tajdeed dapat menyusu seperti biasa.
25/4/21
Sempat juga ummi beritahu Tajdeed yang Hari ini merupakan Hari lahir ummi. Jika Tajdeed discaj harini, inilah hadiah birthday terindah buat ummi. Alhamdulillah sekali lagi Allah makbulkan, petang itu kami dapat discaj.

Terima kasih semua kakitangan Hospital Serdang. Layanan dan perkhidmatan yang kami terima sangat baik seperti hotel 5 bintang. Jika dihitung jumlah bintang dilangit, pastinan berkat doa semua, Tajdeed Selamat..


Doakan Tajdeed Alfateh terus kuat dan cepat sihat ya..
Siapa sangka, kejadian yang tak sampai seminit, hampir membawa penyesalan seumur hidup.. Terima kasih Allah atas peluang kedua untuk kami..
Kredit: Hanis Sakinah Hisham
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Tepuk Tapi Tak Keluar, Muka Anak Biru” Hampir Meragut Nyawa, Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tepuk-tapi-tak-keluar-muka-anak-biru-hampir-meragut-nyawa-anak-4-bulan-tercekik-lipstick-mainan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Nak Cubit Je Lesung Pipit Tu Dah 5 Bulan Warganet Teruja Anak Zahirah Aiman Buat Muka Nakal

Rasa Nak Cubit Je Lesung Pipit Tu Dah 5 Bulan Warganet Teruja Anak Zahirah Aiman Buat Muka Nakal

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 738 hits
Diam tak diam anak pasangan pelakon Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson kini sudah pun berusia empat bulan Si comel Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari lalu baru sahaja menyambut hari lahir ke empat bulannya pada 5 Mei lalu Saban...
Buah Yang Lembut Pun Boleh Buat Anak Tercekik Doktor Kongsi Cara Potong Pilih Buah Yang Sesuai

Buah Yang Lembut Pun Boleh Buat Anak Tercekik Doktor Kongsi Cara Potong Pilih Buah Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 300 hits
Buah buahan sangat baik untuk kesihatan anak Rasanya yang manis dan lembut membuatkan buah menjadi antara makanan kegemaran si kecil Namun buah yang lembut juga boleh membahayakan si kecil jika ibu ayah tidak memotongnya dalam saiz yang kec...
Hiburan Kongsi Rezeki Vivy Yusof Belikan Mainan Dan Belanja Makan Buat Anak Anak Yatim

Hiburan Kongsi Rezeki Vivy Yusof Belikan Mainan Dan Belanja Makan Buat Anak Anak Yatim

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 320 hits
Bulan Ramadan yang menghampiri penghujungnya tidak lamai sahaja lagi pastinya ramai yang berlumba lumba mengumpul pahala dengan ibadah ibadah sunat dan bersedekah Tidak melepaskan peluang usawahan wanita dan pengasas Fashion Valet Datin Viv...
Anak Dah Pandai Susun Mainan Ikut Warna Ini Antara Perkembangan Penting Anak 1 5 Tahun

Anak Dah Pandai Susun Mainan Ikut Warna Ini Antara Perkembangan Penting Anak 1 5 Tahun

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 290 hits
Pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak akan dilihat daripada aspek fizikal dan tingkah laku mereka Ia berbeza dari masa ke masa Secara umumnya perkembangan yang akan dilalui anak adalah satu proses tumbesaran dan pembelajaran berterusan I...
Silap Bawa Makanan Delivery Beracun Bapa Terkilan Nyawa Anak Melayang

Silap Bawa Makanan Delivery Beracun Bapa Terkilan Nyawa Anak Melayang

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 273 hits
KANAK KANAK berusia lapan tahun dilaporkan meninggal dunia setelah termakan sate beracun yang dibawa pulang oleh bapanya Kejadian yang berlaku di Jogjakarta Indonesia terjadi apabila kanak kanak itu dikatakan telah menuang kuah dipercayai b...
Hiburan Muka Hampir Sama Jodoh Kuat Ni Peminat Minta Zizan Dan Nadia Brian Bercinta

Hiburan Muka Hampir Sama Jodoh Kuat Ni Peminat Minta Zizan Dan Nadia Brian Bercinta

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 218 hits
Kelihatan serasi bersama tindakan pelakon Nadia Brian memuat naik foto bersama pelakon Zizan Razak mengundang pelbagai usikan nakal di kalangan peminat serta pengikut media sosialnya Nadia Brian yang difahamkan telah digandingkan bersama Zi...
Hiburan Anak Kedua Allah Bagi Ikut Muka Mommy Adil Kan Rita Rudaini Imbau Kenangan Lahirkan Airit Qaqa

Hiburan Anak Kedua Allah Bagi Ikut Muka Mommy Adil Kan Rita Rudaini Imbau Kenangan Lahirkan Airit Qaqa

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 280 hits
Pelakon Rita Rudaini menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya ada memuat naik ucapan ulang tahun kelahiran anak kedua iaitu Airit Qaqa Arjuna Mohamad Aidil Zafuan yang ke 10 tahun Dalam entri tersebut Rita telah memuat naik sebuah vid...
Anak Baru Keluar Penjara Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara Gara Di Tegur

Anak Baru Keluar Penjara Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara Gara Di Tegur

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 387 hits
MARAN Seorang anak yang baru keluar dari penjara atas kesalahan dadah bertindak kejam apabila mencekik sebelum me netak ibunya menggunakan sebilah parang dalam kejadian tragis di sebuah rumah di Kampung Pesagi Chenor di sini awal pagi Khami...
Ni Anak Angkat Ke Dua Anak Saya Albino Tiap Kali Keluar Orang Selalu Tanya

Ni Anak Angkat Ke Dua Anak Saya Albino Tiap Kali Keluar Orang Selalu Tanya

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 406 hits
Setiap kelahiran anak pasti ditunggu tunggu oleh ibu Dalam masa sama perasaan berdebar takut dan risau sentiasa bermain dalam fikiran Bukan hanya memikirkan saat kelahiran sahaja tetapi juga bayi dalam kandungan Selama 9 bulan dalam kandung...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri