Sop Ketat Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak Anak Di Taska Selamat Mak Ayah Jangan Bimbang


Keputusan kerajaan untuk membuka semula Taska demi memastikan ibu bapa dapat kembali bekerja sepenuhnya bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan. Namun demi memastikan ibu bapa dapat bekerja dengan tenang tanpa memikirkan keselamatan anak-anak dan bimbangkan risiko terdedah kepada wabak yang melanda negara kita, SOP lengkap dikeluarkan untuk panduan pemilik taska dan tadika.
Namun kerisauan pastinya masih tetap ada bagi semua ibu bapa. Begitu juga dengan pengusaha taska yang mengambil satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan hal ini berjalan lancar. Menurut kata Puan Liyana Nazli, pemilik Atfal Jannah Kuantan & Kemaman – Pusat Intervensi Awal Kanak-Kanak, membuka semula Taska bukanlah satu tindakan yang mudah.
Bukan hanya dengan SOP yang ketat bahkan ia tanggungjawab bersama dalam memastikan anak-anak selamat di samping ibu bapa juga dapat kembali bekerja dengan tenang tanpa memikirkan anak-anak. Sebagai pengusaha Taska, ini yang dikongsikan oleh beliau demi memastikan anak-anak di Taska bebas risiko.

Done with AJ Kuantan today!
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha pusat jagaan ialah meminimakan peralatan dan perabot yang digunakan sepanjang operasi. Untuk mengurangkan risiko pencemaran serta memudahkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi harian.
Dalam SOP semua permukaan perabot dan lantai perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua kali sehari (pertukaran sesi pagi ke petang dan sebelum pulang). Jadi semua peralatan yang sukar untuk disanitasi teacher simpan dahulu buat sementara waktu, antaranya seperti:
– ball pool
– karpet
– floor mats

Peralatan lain yang digunakan berkala disimpan dalam almari tertutup dan berkunci. Teacher minta terapis rekod peralatan pembelajaran yang digunakan oleh individu pelajar setiap hari, sanitasi selepas digunakan dan disimpan di tempatnya semula. Aktiviti seperti permainan yang melibatkan kumpulan tidak dijalankan buat sementara waktu.
Perabot pun diminimakan. Hanya yang betul-betul digunakan saja ada di ruang aktiviti dan dilabelkan dengan nama pelajar yang menggunakannya.

Ha, bukan mudah nak buka semula pusat jagaan selepas tempoh PKP… InsyaAllah moga selamat semuanya. Faiza azamta fatawakkal ‘alallah!
Kebimbangan Tetap Ada
Pa&Ma sempat bertanyakan kebimbangan serta pematuhan SOP yang seharusnya dipatuhi Taska demi memastikan anak-anak terjamin keselamatan mereka. Sesungguhnya banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pihak Taska demi memastikan semua ini berjalan dengan baik. Malah ia juga menjadi tanggungjawab bersama, baik pihak Taska begitu juga dengan ibu bapa dalam memastikan anak-anak selamat.

Bagaimana kebimbangan dan kesediaan pihak taska untuk membuka semula taska?
Sebagai pihak taska memang ada rasa bimbang sebab pematuhan SOP ini melibatkan semua pihak. Bukan sahaja daripada pihak TASKA. Kami sangat berharap ibu bapa juga dapat mematuhi SOP seperti yang ditetapkan supaya keselamatan semua orang terjaga. Tetapi melihatkan SOP yang ketat dan terperinci, sepatutnya memang selamat saja untuk TASKA yang mengikuti SOP untuk menerima pelajar. Mungkin ada sesetengah TASKA yang akan menghadapi masalah untuk mematuhi kerana kekangan ruang dan tenaga kerja.

Sejauh mana Taska memastikan SOP berjalan lancar?
Dalam pematuhan SOP sebagai pemilik TASKA, perlu pastikan kakitangan faham prosedur dan mengapa langkah-langkah tersebut perlu dijalankan. Kakitangan perlu dilatih supaya segala prosedur berjalan lancar. Selain daripada itu memang perlu terangkan kepada ibu bapa mengapa setiap langkah dalam SOP itu perlu dipatuhi untuk keselamatan semua yang terlibat.
Tak boleh ambil mudah. Kedua-dua pihak kakitangan TASKA dan ibu bapa kedua-duanya perlu tandatangan borang akuan pengisytiharan kesihatan untuk declare bebas risiko Covid. Sebarang ketidaktepatan maklumat boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Bagaimana meyakinkan semula ibu bapa untuk hantar anak?
Memang susah nak yakinkan ibu bapa. Jika mereka ada pilihan untuk menjaga anak sendiri di rumah, tak ada masalah. Kita tak paksa ibu bapa untuk hantar anak, malah lebih bagus sekiranya ada sebahagian daripada ibu bapa yang ada alternatif jagaan yang lain untuk memberi peluang kepada yang benar-benar memerlukan khidmat jagaan daripada TASKA. Apabila jumlah kanak-kanak berkurang, pematuhan SOP tu lebih baik.

Tambah di peringkat awal ni masing-masing baru nak biasakan diri dengan norma baru, perlukan latihan dan peringatan. Secara berperingkat, kita boleh buka operasi dengan kapasiti kanak-kanak seperti biasa apabila semuanya telah terlatih dengan norma baru. Sebagai pemilik TASKA kita kena tunjukkan komitmen kita untuk pematuhan SOP untuk meyakinkan ibu bapa.

Pesanan saya, dalam menghalang penularan wabak Covid memang tanggungjawab semua orang. Masing-masing ada peranan masing-masing, jadi perlu beri kerjasama yang sepenuhnya. InsyaAllah moga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan dijauhi dari wabak Covid 19.
The post “SOP Ketat, Kami Jaga Sebaiknya Demi Pastikan Anak-Anak Di Taska Selamat”, Mak Ayah Jangan Bimbang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sop-ketat-kami-jaga-sebaiknya-demi-pastikan-anak-anak-di-taska-selamat-mak-ayah-jangan-bimbang-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Pesan Mak Ayah Kena Selalu Peka Awasi Objek Yang Masuk Dalam Mulut Anak Jangan Sampai Ada Yang Cedera

Doktor Pesan Mak Ayah Kena Selalu Peka Awasi Objek Yang Masuk Dalam Mulut Anak Jangan Sampai Ada Yang Cedera

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 350 hits
Anak anak yang tengah nak membesar memang suka memasukkan objek ke dalam mulut Maklum sahaja mereka bukan tahu benda yang dimasukkan itu merbahaya atau tidak Jadi sebagai ibu bapa menjadi tugas kita untuk memantau setiap gerak geri anak sup...
Anak Tiada Siapa Jaga Bapa Tunggal Terpaksa Berhenti Kerja Amp Mengemis Demi Sesuap Nasi

Anak Tiada Siapa Jaga Bapa Tunggal Terpaksa Berhenti Kerja Amp Mengemis Demi Sesuap Nasi

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 945 hits
Disaat kita merasakan diri kita susah hakikatnya di luar sana masih ramai lagi yang terpaksa mengikat perut dan mencari rezeki siang malam hanya untuk sesuap nasi Baru baru ini di Facebook seorang pengusaha spa kecantikkan menerusi Facebook...
Lost Generation Anak Anak Kita Makin Ketinggalan Dalam Pelajaran Mak Ayah Perlu Usaha Lebih

Lost Generation Anak Anak Kita Makin Ketinggalan Dalam Pelajaran Mak Ayah Perlu Usaha Lebih

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 301 hits
Melihat anak anak yang masih bersantai di rumah sambil menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru melalui atas talian terselit rasa bimbang dalam hati Di manakah nasib masa depan anak anak kita kelak Bagaimana kelak mereka boleh berd...
Sop Buka Taska Dibincangkan Hari Ini Kkm Akan Hadkan Pergaulan Guru Anak Anak

Sop Buka Taska Dibincangkan Hari Ini Kkm Akan Hadkan Pergaulan Guru Anak Anak

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 293 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia akan membentangkan cadangan prosedur operasi standard mengenai pembukaan taska kepada Majlis Keselamatan Negara pada Selasa Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah antara aspek penting y...
Anak Kalau Dengan Mak Mulalah Dia Buat Perangai Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita

Anak Kalau Dengan Mak Mulalah Dia Buat Perangai Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 392 hits
Tak senang duduk jadinya bila anak mula buat perangai berkepit 24 dengan ibu sampai ibu langsung tak boleh uruskan hal lain Belum lagi dikira ibu hal hal lain Anak kita sebenarnya memerlukan masa dalam segala hal Mereka harus memahami menga...
Nak Tanya Anak Tak Pandai Bercakap Macam Mana Nak Pastikan Mereka Cukup Menyusu

Nak Tanya Anak Tak Pandai Bercakap Macam Mana Nak Pastikan Mereka Cukup Menyusu

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 492 hits
Menjadi kerisauan para ibu ketika menyusu badan pada bayi adakah mereka cukup minum Takut pula masih tak cukup tapi sesi penyusuan dah dihentikan Bukan apa nak ditanya anak masih tak boleh nak beritahu Lagi lagi kalau bayi tertidur semasa d...
Emosi Karena Hp Hilang Ayah Di Temanggung Tega Bakar Anak Sendiri

Emosi Karena Hp Hilang Ayah Di Temanggung Tega Bakar Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 402 hits
Seorang anak AF warga Dusun Tempuran Desa Losari Tlogomulyo Kabupaten Temanggung Jawa Tengah menderita luka bakar cukup parah di sebagian tubuhnya setelah disiram bensin kemudian disulut api oleh ayahnya AF Berdasarkan informasi dari lokasi...
Mak Mertua Buang Juadah Raya Diberi Menantu Bimbang Terkirim Sekali Covid 19

Mak Mertua Buang Juadah Raya Diberi Menantu Bimbang Terkirim Sekali Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 337 hits
Seorang insan yang bergelar menantu sudah pasti menginginkan hubungan yang baik bersama mertua terutamanya jika sudah lama mendirikan rumah tangga Hubungan yang baik haruslah dijaga kerana ibu atau ayah mertua harus dianggap seperti ibu dan...
Maut Dilanggar Pemabuk 5 Beradik Hiba Sambut Syawal Tanpa Mak Ayah Disisi

Maut Dilanggar Pemabuk 5 Beradik Hiba Sambut Syawal Tanpa Mak Ayah Disisi

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 391 hits
Pada 9 Februari lalu sepasang suami isteri dilaporkan maut ditempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi mereka dilanggar pemandu dipercayai mabuk di Lebuhraya Utara Selatan menghala utara dekat susur keluar Perai Si isteri Zuriana H...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp