Ng999 Penggunaan Sistem Panggilan Kecemasan Negara


Orang ramai kini boleh menggunakan Next Generation Emergency Services (NG999) yang mula beroperasi pada 16 November 2025 bagi mendapatkan bantuan kecemasan yang diperlukan bagi menggantikan MERS999 atau https://999.gov.my/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai sistem panggilan kecemasan ini.
Apa Itu NG999? NG999 atau Next Generation Emergency Services merupakan sistem digital strategik bersepadu yang meningkatkan perkongsian sumber dan data antara pusat panggilan kecemasan dan agensi berkaitan, sekali gus mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kecemasan.
Ianya merupakan sistem yang diwujudkan dengan kerjasama antara Kerajaan dan Telekom Malaysia Berhad (TM).
Sistem ini akan menggantikan Malaysian Emergency Responses 999 atau MERS999 dengan ciri-ciri yang lebih inklusif.
Sistem baharu ini menyepadukan peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi pintar mudah alih untuk pengendalian insiden kecemasan yang lebih cekap di seluruh negara.
Menariknya, sistem ini diperluaskan kepada lebih 800 lokasi seluruh negara, iaitu dua kali ganda berbanding jumlah lokasi di bawah MERS999 sebelum ini.
Tujuan NG999 Antara tujuan utama sistem ini diwujudkan adalah untuk:
Menyediakan bantuan perkhidmatan kecemasan yang berkesan kepada orang awam. Mewujudkan budaya keselamatan awam melalui konsep 1 nombor dalam perkhidmatan kecemasan. Ciri-Ciri NG999 Antara ciri-ciri bahru sistem ini adalah seperti berikut:
Aplikasi mudah alih SAVEME 999 yang dipertingkatkan- Akses terus kepada operator 999 melalui panggilan video, teks, dan amaran kecemasan berasaskan multimedia. Geolokasi pemanggil lebih tepat. Kebolehcapaian digital kepada OKU. Mengintegrasikan analitik menerusi AI. Agensi Terlibat Agensi yang terlibat dalam bertindak bagi panggilan kecemasan ini adalah seperti berikut:
POLIS – Bertanggungjawab dalam kecemasan jenayah serta kes yang melibatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar. BOMBA – Bertanggungjawab dalam kecemasan kebakaran dan kemalangan atau insiden berkaitan bencana alam, binatang liar dan bahan kimia/beracun (HAZMAT). KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA – Bertanggungjawab terhadap kecemasan (kemalangan dan masalah kesihatan) yang memerlukan bantuan perubatan. PERTAHANAN AWAM – Menggalas tanggungjawab terhadap kecemasan berkaitan nyawa, harta benda, alam sekitar dan bantuan kemanusiaan. MARITIM MALAYSIA – Berkuatkuasa dalam kecemasan berkaitan jenayah serta kes yang melibatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar dalam kawasan perairan negara (Zon Maritim Malaysia) Cara Penggunaan Jika berlakunya kecemasan dan ingin menggunakan sistem ini, anda boleh memuat turun aplikasi SaveME999 di AppStore atau Google Play Store.
Menerusi aplikasi ini, orang ramai boleh menghubungi pihak berkuasa melalui panggilan, video atau teks untuk mendapatkan bantuan.
Untuk mengetahui cara penggunaan aplikasi ini, sila ikuti cara penggunaan menerusi video di bawah:
Menerusi aplikasi ini, pengguna akan menerima maklumat kecemasan yang dihantar dengan pantas dan tepat melalui mesej teks (SMS). 
Bagi mereka yang ingin menggunakan talian 999, talian ini masih boleh digunakan seperti biasa.
Hukuman Penyalahgunaan Nombor 999 Setakat September 2025 sahaja, sebanyak 169,015 panggilan palsu MERS999 telah direkodkan di seluruh negara.
Bagi mereka yang menyalahgunakan nombor 999, pesalah akan didakwa di bawah Subseksyen 233(2) AKM 1998 yang memperuntukkan bahawa:
“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen 233(1) adalah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya. Jika kesalahan itu berterusan selepas pensabitan, pesalah boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari kesalahan itu diteruskan.”
Oleh itu, orang ramai diminta menggunakan talian kecemasan ini dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan pihak berkuasa dapat bertindak ke lokasi kejadian yang memerlukan bantuan segera.
Soalan Lazim Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan kecemasan menerusi aplikasi SaveME 999? Orang ramai boleh memuat turun di AppStore atau Google Play Store dan memasang aplikasi ni di telefon pintar masing-masing.
Adakah terdapat bayaran untuk memuat turun aplikasi SaveME 999? Tidak. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma oleh orang ramai.
Adakah pengenalan NG999 akan menyebabkan talian 999 tidak lagi boleh digunakan? Tidak. Talian 999 masih boleh digunakan seperti biasa.
Apakah pembaharuan yang diperkenalkan menerusi NG999? Sistem ini dipertingkatkan dengan menggabungkan teknologi seperti peta digital, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi, dan aplikasi mudah alih bagi tindakan yang lebih cepat dan tepat.
Sumber: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/sistem-panggilan-kecemasan-baharu-negara-ng999-beroperasi-mulai-hari-ini
Baca juga: Check Scammer Online Di Malaysia (Portal semakmule PDRM)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ng999/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ng999

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Panggilan Kecemasan Baharu Negara Ng999 Beroperasi Mulai Hari Ini

Sistem Panggilan Kecemasan Baharu Negara Ng999 Beroperasi Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 204 hits
Sistem Panggilan Kecemasan Baharu Negara NG999 Beroperasi Mulai Hari Ini KUALA LUMPUR 16 Nov Sistem panggilan kecemasan baharu negara Next Generation Emergency Services mula beroperasi hari ini menggantikan sistem Malaysian Emergency Respon...
Sistem Ng Mers 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia

Sistem Ng Mers 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 164 hits
Sistem NG MERS 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia KUALA LUMPUR Nov 16 Infrastruktur komunikasi kecemasan negara memasuki fasa baharu hari ini menerusi pengoperasian Next Generation Emergency Response Services 999 sistem di...
Kerjasama Erat Pelbagai Pihak Cerminan Prestasi Positif Negara Pm Anwar

Kerjasama Erat Pelbagai Pihak Cerminan Prestasi Positif Negara Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 165 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025 di Putrajaya pada 12 November 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimPUTRAJAYA 12 Nov Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prestasi neg...
Baru Dok Kira Kira Jadi Mb Sambung Lagi Boleh Pakai Roll Royce Duit Dah Banyak Dapat Negeri Hasil Top 5 Dalam Negara

Baru Dok Kira Kira Jadi Mb Sambung Lagi Boleh Pakai Roll Royce Duit Dah Banyak Dapat Negeri Hasil Top 5 Dalam Negara

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 189 hits
Che IbrahimAduhhhh ambo baru dok khayal nak merasa Padang Kota bawah pentadbiran Pas jambatan Pulau Pinang bertukar nama jadi Jambatan Kedah
Kerjasama Antarabangsa Siasatan Terhadap Prince Holding Group Oleh As Uk Dan Negara Asia Tengah

Kerjasama Antarabangsa Siasatan Terhadap Prince Holding Group Oleh As Uk Dan Negara Asia Tengah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 252 hits
Kerajaan Amerika Syarikat United Kingdom dan beberapa negara Asia kini menyiasat Prince Holding Group dari Kemboja selepas mereka menyita aset bernilai lebih dari USD15 bilion yang dikaitkan dengan tuduhan jenayah siber antarabangsa Pengasa...
Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara Aneh

Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara Aneh

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 190 hits
Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara Aneh Sebagai rakyat Malaysia kadang kadang kita terlupa betapa bertuahnya kita tinggal di sebuah negara yang aman dan indah dengan pelbagai kemudahan dikongsi bersama Apa yang kita anggap biasa r...
Kkm Tak Tolak Usaha Ambil Jururawat Dari Luar Negara

Kkm Tak Tolak Usaha Ambil Jururawat Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 125 hits
KKM Tak Tolak Usaha Ambil Jururawat Dari Luar Negara Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa pihaknya terbuka untuk mengambil jururawat dari luar negara berikutan isu kekurangan jururawat yang berlaku di kebanyakan hospital tempat...
Pengasas Ehati Pasangan Lari Ke Luar Negara Lokasi Dikenal Pasti

Pengasas Ehati Pasangan Lari Ke Luar Negara Lokasi Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 201 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myShah Alam Polis mengesahkan suami isteri termasuk pengasas program motivasi rumah tangga eHati yang berdepan pendakwaan di mahkamah dipercayai melarikan diri ke luar negara Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli K...
Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Lazada S Christmas Promotion

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Easy Beef Gravy Recipe Flour

Hari Konsultasi Fasa 2 Di Smk

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Lirik Lagu Ayuh Pulang Aina Abdul Amir Jahari

Pulang Bukan Bererti Kalah Tapi Menyelamatkan Diri