Ramai Tak Tahu Rupanya Zon Waktu Malaysia Pernah Berubah Sebanyak 6 Kali


Ramai Tak Tahu, Rupanya Zon Waktu Malaysia Pernah Berubah Sebanyak 6 Kali
Waktu merupakan benda paling penting dalam kehidupan manusia. Setiap perkara atau aktiviti yang kita lakukan semuanya bergantung padanya.
Tanpanya, aktiviti manusia akan jadi huru-hara, dari jadual kereta api hingga urusan perniagaan antarabangsa.
Namun, ramai yang tidak tahu waktu yang digunakan hari ini telah berubah sebanyak enam kali mengikut perkembangan dunia, keputusan pemerinta, situasi politik dan keperluan masyarakat.
Kali ini, SK akan kongsikan bagaimana perubahan zon waktu boleh berlaku sebanyak enam kali, menurut portal Seasia.
Sejarah zon waktu
Menurut portal Seasia, sebelum wujudnya konsep zon waktu, setiap bandar menetapkan waktu sendiri berdasarkan kedudukan matahari. Apabila matahari berada tepat di atas kepala, itu dianggap tengah hari.
Pada abad ke-19, rangkaian kereta api dan komunikasi jarak jauh berkembang dengan cepat. Ini menyebabkan perbezaan waktu antara bandar mula jadi masalah, terutama bagi jadual perjalanan dan urusan komunikasi antarabangsa.
Masalah ini akhirnya diselesaikan oleh seorang jurutera dari Kanada yang digelar “Bapa Waktu Piawai” yang bernama Sandford Fleming.
Difahamkan, beliau mencadangkan supaya bumi dibahagikan kepada 24 zon waktu, masing-masing meliputi 15 darjah longitud.
Cadangannya diterima dalam International Meridian Conference pada tahun 1879 yang menetapkan Greenwich, England sebagai Meridien Utama (GMT 0).
Zon waktu pertama dan kedua
Di Asia Tenggara, konsep zon waktu mula dibentuk pada awal abad ke-20 ketika Tanah Melayu berada di bawah pemerintahan British.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, termasuk Singapura telah menggunakan Singapore Mean Time yang bersamaan dengan GMT +6.55 pada tahun 1901.
Empat tahun kemudian, British memutuskan untuk menyelaraskan waktu tempatan dengan meridian 105° timur, iaitu GMT +7.00, supaya selarasa dengan sistem waktu antarabangsa yang baru diperkenalkan.
Menurut portal Seasia, inilah perubahan zon waktu pertama dan kedua dalam sejarah Malaysia.
Zon waktu ketiga, keempat & kelima
Perubahan zon waktu kali ketiga berlaku pada tahun 1932, apabila pihak British memperkenalkan Daylight Saving Time (DST).
Seasia melaporkan dasar ini menggerakkan jam ke hadapan sebanyak 20 minit supaya orang ramai dapat memanfaatkan cahaya matahari pada lewat petang.
Pada mulanya, ia dirancang sebagai percubaan selama setahun, tetapi akhirnya DST dijadikan kekal pada tahun 1936.
Segalanya berubah dengan ketara pada tahun 1942 apabila Jepun menduduki Tanah Melayu. Pentadbiran tentera Jepun memaksa semua wilayah di bawah kawalannya menggunakan Tokyo Standard Time (GMT+9).
Dalam satu malam saja, waktu di Tanah Melayu dilajukan 1 jam 30 minit. Ini menjadi perubahan zon waktu yang keempat.
Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, British kembali dan menukar semula waktu kepada GMT +7.30, menandakan perubahan kelima. Zon waktu ini kekal digunakan untuk tempoh yang lama, termasuk selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
Zon waktu keenam
Walaupun Malaysia merdeka pada tahun 1957, perbezaan waktu masih menjadi isu negara. Pada masa itu, Sabah dan Sarawak berada 30 minit lebih awal berbanding Semenanjung Malaysia.
Jurang masa yang nampak kecil ini sebenarnya menyukarkan urusan pentadbiran dan penyelarasan antara wilayah.
Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau melihat keperluan untuk menyatukan zon waktu negara bagi meningkatkan kecekapan serta mengukuhkan identiti nasional.
Melalui Akta Waktu Piawai Malaysia 1981, beliau memutuskan untuk melaraskan waktu Semenanjung Malaysia dengan memajukannya 30 minit supaya selaras dengan Sabah dan Sarawak.
Tepat jam 11.30 malam pada 31 Disember 1981, rakyat di seluruh negara memajukan jam mereka setengah jam. Tahun baru 1982 pun tiba sedikit awal, menandakan perubahan zon waktu keenam dan terakhir dalam sejarah Malaysia.
Tidak lama kemudian, Singapura turut menyesuaikan waktunya, mengikut Malaysia. Hari ini, kedua-dua negara berkongsi zon waktu yang sama iaitu GMT +8.
Mengapa tidak kembali kepada waktu asal?
Dari segi geografi, Semenanjung Malaysia sebenarnya lebih sesuai berada dalam zon GMT +7, sama seperti Thailand dan Vietnam. Inilah sebab matahari di Malaysia terbit lebih lewat kira-kira satu jam berbanding negara jiran.
Menurut portal Seasia, ada yang berpendapat jika kita kembali kepada zon waktu asal, rutin harian akan lebih selaras dengan kitaran cahaya semula jadi. Ini mungkin membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti tidur.
Namun dari sudut ekonomi, GMT +8 memberi banyak kelebihan kerana waktu bekerja Malaysia kini sepadan dengan pasaran besar seperti Hong Kong, Beijing dan Perth, menjadikan urusan perdagangan serta koordinasi perniagaan antarabangsa lebih mudah dan lebih efisien.
BACA: Kenapa Kita Suka Tengok Cerita Seram Walau Takut? Ini Penjelasan Saintifik
Sumber: Seasia
The post Ramai Tak Tahu, Rupanya Zon Waktu Malaysia Pernah Berubah Sebanyak 6 Kali appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/18/ramai-tak-tahu-rupanya-zon-waktu-malaysia-pernah-berubah-sebanyak-6-kali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tajuk Nasihat Kerajaan Malaysia Elakkan Perjalanan Waktu Malam Demi Keselamatan Rakyat

Tajuk Nasihat Kerajaan Malaysia Elakkan Perjalanan Waktu Malam Demi Keselamatan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 194 hits
Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan nasihat kepada rakyat agar menghindari perjalanan malam di tiga kawasan selatan Thailand iaitu Yala Narathiwat dan Pattani berikutan peningkatan kes keganasan di kawasan tersebut Ahmad Fahmi Konsul Malay...
Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 264 hits
MACC dan NCS China sepakat untuk memperluas kerjasama dalam memerangi rasuah berkongsi teknik penyiasatan dan meneroka kerjasama dalam Belt and Road PUTRAJAYA Malaysia dan China telah bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama strategik dalam us...
Dua Lori Tangki Berisi Bahan Bakar Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia Terbakar Di Pangkalan Udara Kuantan

Dua Lori Tangki Berisi Bahan Bakar Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia Terbakar Di Pangkalan Udara Kuantan

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 233 hits
KUANTAN Dua lori tangki berisi bahan bakar untuk pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia terbakar di Pangkalan Udara Kuantan di sini hari ini Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata kejadian berlaku ja...
Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 279 hits
Anda sudah bersedia untuk berpesta Sertai kami untuk menikmati seni sastera muzik dan puisi dari pagi hingga ke malam Jumpa nanti di Pesta Rona Kata pada Ahad 9 November 2025 Are you ready to get festive Join us to enjoy art literature musi...
Malaysia Denies Ex Thai Army Officer S Claims On Anwar Over Peace Accord

Malaysia Denies Ex Thai Army Officer S Claims On Anwar Over Peace Accord

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 197 hits
Malaysia has dismissed the baseless allegations by retired Thai armed forces officer Rangsi Kitiyansap that Malaysia and Anwar Ibrahim were a hidden hand or an enemy within in the Thailand Cambodia peace process Chief of Defence Force Nizam...
Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026

Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 208 hits
Seni Silat Melayu Berpotensi Jadi Tarikan Utama Tahun Melawat Malaysia 2026 KUALA LUMPUR 9 Nov Seni silat Melayu berpotensi besar untuk diangkat sebagai satu daripada produk pelancongan negara khususnya sebagai tarikan istimewa bersempena d...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Gobind Death In Custody Probe Delays Unacceptable

Kejadian Di Hadapan Rumah

Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai

Syurga Saya Anna Jobling Amp Ibu Berpelukan Hubungan Kembali Jernih

Resepi Telur Bungkus Spesial Sedap Dan Mudah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Ahli Sumud Flotilla Tapi Pakai Iphone 17

Ai Team Subscribers Disember 14 2025

Penantian 10 Tahun Berakhir Pearly Thinaah Hadiahkan Emas Pertama Buat Malaysia

Hiburan Remaja Viral Kehilangan 6 Ahli Keluarga Kini Bergelar Suami Orang Di Usia 21 Tahun

Menyantuni Pakcik Dan Makcik Makan Tengahari Di Rumah