Anak Anak Jadi Penenang Dan Hilangkan Stress Saya Nubhan Teruja Beraya Dengan Ahli Baru


Bintang Akademi Fantasia 6, Ahmad Nubhan Ahamad, 33 tahun, mungkin makin menyepi daripada dunia hiburan namun anak jati kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini cukup aktif di instagramnya. Malah ayah kepada dua anak ini cukup aktif berbisnes dan produk Juwita Divine yang diterajuinya sejak 4 tahun lalu ternyata mendapat sambutan yang cukup hangat daripada pengikutnya.
Mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 bersama doktor gigi, Dr. Afifah Hidayah Taufek, 29 tahun, kini pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan dua orang cahayamata pelengkap kasih mereka.

Bapa kepada Aafiya Kamilia, 2 tahun dan Ahmad Aaffan, 5 bulan ini cukup peramah dan senang didekati. Malah sifat kelakarnya membuatkan sesi fotografi berlangsung meriah. Paling teruja melihat gelagat Aafiya yang cukup rapat dengan abahnya.
Kata Nubhan, dia dan isterinya Dr. Afifah Hidayah Taufek, 29 tahun, sebenarnya merancang untuk punya anak ramai kerana sukakan pada kanak-kanak.

Anak Jadi Penenang
Baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada 19 Januari lalu, Nubhan mengakui hidupnya terasa sempurna diberikan rezeki anak perempuan dan lelaki. Malah bapa dua anak ini tak sabar menunggu sambutan Aidil Fitri tahun ini.
“Cukup lengkap sepasang,” katanya memulakan bicara.
“Bergelar ayah pada dua orang anak ini memang buat saya teruja. Saya tak ada masalah nak jaga anak malah saya selalu bawa Aafiya ke pejabat setiap hari. Saya rasa lebih tenang bila nampak dia depan mata. Malah idea lebih datang mencurah-curah bila Aafiya ikut saya ke pejabat.

Orang kata rimas bila anak-anak menangis, buat perangai dan mengamuk tapi bagi saya semua itu tak pernah jadi masalah. Kalau anak menangis, kena ada caranya nak handle mereka. Bagi saya anak-anak ini sebagai penenang dan penghapus tekanan.
Perkara yang paling seronok sangat bagi saya bila tiap kali kita balik ke rumah, anak sambut dengan jeritan dan meronta-ronta dekat kaki. Seronok sangat saya rasa. Hilang semua masalah,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu ini lagi.

Tidak mahu mengejar jumlah anak sebaliknya pasangan bergelar abah dan ibu ini mahu membesarkan Aafiya dan Aaffan terlebih dahulu.
“Mulanya dulu memang kami rancang nak anak 4 atau 5 orang tetapi setakat ini cukup dua dahulu bagi melihat mereka membesar dengan didikan yang berkualiti. Saya mahu mereka membesar dahulu. Dalam masa yang sama bolehlah memberikan tumpuan pada bisnes saya dan kerjaya isteri yang bakal membuka klinik giginya sendiri sedikit masa lagi,” kata Nubhan lagi merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik ini lagi.

Selesa Beraya Sedondon
Sambutan Aidil Fitri tahun ini pastinya lebih membahagiakan pasangan ini kerana sudah punya dua orang anak. Teruja untuk menyediakan kelengkapan sedondon buat kedua-duanya. Dalam hal ini, Dr Afifahlah orang yang paling sibuk menyediakan segala kelengkapan buat suami dan anak-anak.
“Kalau balik kampung, walaupun jaraknya tak jauh dari rumah kami di Seremban ke Kuala Pilah, saya akan persiapkan segalanya untuk kami pulang ke kampung. Awal-awal lagi saya dah persiapkan beg dan kelengkapan-kelengkapan lain. Perkakasan anak-anak terutamanya stok susu, tisu basah, pampers dan sebagainya mesti ada lebihan stok ketika beraya.

Bagi saya bergaya sedondon di pagi raya tidaklah wajib tapi teruja juga untuk pakai sedondon. Rasa macam satu team! Kalau pergi beraya orang dah tahu satu keluarga.
Paling seronok pastinya beraya di kampung kami di Kuala Pilah. Kalau beraya di rumah mentua memang meriah kerana adik beradik ramai. Malah menu paling istimewa air tangan mak mentua saya adalah Sup Gearbox yang sedapnya tak terkata. Kira tak sah kalau tak merasa sup ini di hari raya.
Raya kedua pula barulah kami berkonvoi menziarah sanak saudara, baik di sebelah keluarga mentua dan juga keluarga saya,” katanya lagi mengimbau rutin beraya setiap tahun.
The post “Anak-Anak Jadi Penenang Dan Hilangkan Stress Saya”, Nubhan Teruja Beraya Dengan Ahli Baru! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-anak-jadi-penenang-dan-hilangkan-stress-saya-nubhan-teruja-beraya-dengan-ahli-baru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tetap Bagi Duit Pada Ain Anak Abu Teruja Sambut Raya Dengan Isteri Baru Di Rumah Baru

Saya Tetap Bagi Duit Pada Ain Anak Abu Teruja Sambut Raya Dengan Isteri Baru Di Rumah Baru

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 649 hits
Pencetus Ummah Abu Sufyan tidak sabar dan gembira dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini bersama isteri barunya di rumah baru mereka Abu dan isteri baru Hana Kisah Rumah tangga Abu pernah viral bulan lepas ekoran menceraikan bekas is...
Nak Anak Cerdik Pastikan Tidur Cukup Barulah Segar Terokai Ilmu Baru

Nak Anak Cerdik Pastikan Tidur Cukup Barulah Segar Terokai Ilmu Baru

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 426 hits
Kurang tidur boleh menejaskan perkembangan anak Perkara ini penting dan tidak boleh dianggap remeh Bayi dan kanak kanak tidur lebih lama dan memerlukan tidur siang hari Sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal tidur amat mustahak...
Malu Nak Pergi Beraya Sebab Takde Baju Raya Baru

Malu Nak Pergi Beraya Sebab Takde Baju Raya Baru

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 532 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Bagaimana dengan persiapan raya Sudah buatkah Atau masih tercari cari kedai yang kena dengan bajet Malu nak pergi beraya sebab takde ...
Goodbye Tidur Straight 8 Jam Jadi Ayah Hidup Dr Say Berubah Hari Ke 25 Baru Faham Tangisan Anak

Goodbye Tidur Straight 8 Jam Jadi Ayah Hidup Dr Say Berubah Hari Ke 25 Baru Faham Tangisan Anak

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 531 hits
Tidak dinafikan selepas menjadi ibu dan bapa masa diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan sitiuasi baru Dr Say Shazril akui ia memang memerlukan kesabaran Rutin lama sebelum kehadiran cahaya mata tidak boleh diteruskan malah tidur straigh...
Syok Beraya Bersama 4 Isteri 14 Anak

Syok Beraya Bersama 4 Isteri 14 Anak

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 526 hits
KUALA TERENGGANU Memang seronok dapat beraya dengan empat isteri dan 14 anak dan saya menganggap ia rezeki diberikan Allah SWT Mohd Fazil Mohd Dali 44 bersyukur menyambut Aidilfitri bersama empat isteri iaitu Harlinda Suparman 44 Suhana Mok...
Pesan 7 Nasihat Bermanfaat Ini Kepada Anak Anak Sebelum Pergi Beraya Di Rumah Orang

Pesan 7 Nasihat Bermanfaat Ini Kepada Anak Anak Sebelum Pergi Beraya Di Rumah Orang

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 402 hits
Sambutan perayaan Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi setelah sebulan seluruh umat Islam menahan lapar dan dahaga Sempena sambutan yang akan berlangsung dalam masa beberapa hari sahaja lagi pasti anda semua telah melakukan segala pers...
Anak Baru 5 Tahun Gigi Berlubang Kena Cabut Ke Tampal Ini Penjelasan Doktor

Anak Baru 5 Tahun Gigi Berlubang Kena Cabut Ke Tampal Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 696 hits
Bila gigi anak anak bermasalah pasti ibu bapa kebuntuan Perlukah dicabut ataupun dibiarkan Persoalan ini selalu timbul Bagi ibu bapa yang tidak tahu apa harus dilakukan baca artikel penuh ini Doktor gigi anak saya berlubang baru 5 tahun ken...
Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 768 hits
Pastinya ramai yang dah pulang ke kampung halaman untuk beraya Bagi yang masih lagi dalam proses mengemaskan barang anak anak pastikan barangan penting anak tidak tertinggal Bukan saja baju dan kelengkapan raya tetapi paling penting adalah ...
Jangan Tanya Benda Sensitif Tentang Anak Orang Lain Bila Pergi Beraya Nanti Jaga Silaturrahim Kita

Jangan Tanya Benda Sensitif Tentang Anak Orang Lain Bila Pergi Beraya Nanti Jaga Silaturrahim Kita

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 476 hits
Adat kunjung mengunjung di bulan raya nanti pastinya menambahkan keakraban dan silaturrahim diantara kita Namun jangan keruhkan keadaan dengan soalan soalan yang sensitif dan kurang sedap di dengar Lebih lebih lagi jika ada ibu yang sedang ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching