Ambil Moratorium Untung Ke Tidak Wanita Ini Tunjuk Cara Uruskan Bayaran Pinjaman Yang Ditangguh


Sejak wabak pandemik Covid-19 ini merebak ke Malaysia, ramai yang terjejas dan kehilangan punca pendapatan mereka terutama keluarga yang bergaji harian seperti berniaga. Wabak ini merupakan satu cabaran terbesar kepada pemimpin dan penduduk di Malaysia.
Bukan itu sahaja, ramai yang tidak dapat keluar mencari rezeki untuk menampung keperluan asas keluarga kerana mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Malah, itu tidak dikira lagi dengan pinjaman bank yang dilakukan sebelum ini.
Bagaimanapun bagi meringankan beban masyarakat, Bank Negara Malaysia mengeluarkan satu penawaran moratorium sehingga enam bulan. Bahasa mudahnya, pihak bank melakukan penangguhan bayaran pinjaman.
Ambil moratorium, Untung ke tidak? Bagi menjawab isu ini, seorang perancang ekonomi, Ross Yasim berkongsi pendapat dan penjelasan tentang moratorium yang dikeluarkan oleh bank memberi manfaat kepada kita atau tidak. Ikuti penjelasannya dan berharap ia dapat memberi manfaat kepada anda semua.
*Moratorium adalah penangguhan pembayaran pembiayaan atau hutang yang diberi oleh pihak yang berautoriti.
Untung ataupun tidak, ia bergantung kepada kebijaksanaan dan tahap disiplin individu.
Contoh keuntungan kepada individu yang mempunyai baki hutang yang rendah. Ilustrasi di bawah adalah merujuk kepada individu yang bergaji penuh.
Contoh Abu:
1. Pembiayaan rumah 1: RM780
2. Pembiayaan rumah 2: RM600
3. Pembiayaan rumah 3: RM600
4. Pembiayaan peribadi: RM300 (baki RM17 000, tempoh hutang 9 tahun)
5. Pembiayaan ASB: RM995
Ini menjadikan jumlah penangguhan bulanan yang Abu dapat sebanyak RM3275 sebulan.
Abu ada hutang baik dan hutang jahat.
Hutang baik:
Rumah, profit rate 4%
Pembiayaan ASB, profit rate 4.5%
*Jenis pembiayaan adalah “reducing balance”*.
Hutang jahat:
Pembiayaan peribadi, 7%
Jenis pembiayaan adalah flat rate.
Abu ambil moratorium dan kumpulkan wang yang diperolehi setiap bulan di ASB. Jumlah terkumpul yang Abu dapat selama 6 bulan ialah RM3275 x 6 = RM19,650.00
Dengan wang yang terkumpul ini Abu guna untuk langsaikan hutang jahat iaitu pembiayaan peribadi yang mempunyai baki hutang sebanyak RM17,000.
Dengan penyelesaian hutang pembiayaan peribadi, Abu masih lagi mempunyai baki
RM19,650 – RM17,000 = RM2650. Abu memilih untuk mengekalkan baki dalam ASB.
Setelah habis tempoh moratorium, komitmen bulanan Abu berkurang sebanyak RM300 hasil penyelesaian pembiayaan peribadi yang sepatutnya perlu dibayar dalam tempoh lagi 9 tahun, Abu dapat selesaikan dalam masa 6 bulan sahaja.
Sekarang Abu ada “cashflow” RM300 setiap bulan. Dengan “cashflow” yang baharu itu Abu bayar RM50 tambahan bagi setiap hutang rumah dan ASB. Baki “cashflow” yang tinggal sekarang menjadi RM100 setiap bulan.
Dengan tambahan RM50 ke atas setiap bayaran bulanan rumah dan pembiayaan ASB,
Abu dapat selesaikan beberapa tahun lebih awal hutang rumah dan ASB-nya.
Nampak tak?
Kalau Abu ambil moratorium,
Abu dapat selesaikan pembiayaan peribadinya selepas tempoh 6 bulan moratorium. Pembiayaan rumah dan ASB dapat diselesaikan beberapa tahun lebih awal. Punyai “cashflow” tambahan RM100 setiap bulan. Punyai wang lebihan di ASB sebanyak RM2650.
Kalau Abu tak ambil?
Abu bayarlah macam biasa sampai habis kesemua “loan” dia tadi..haha
Pembiayaan peribadi bayar sampai 9 tahun. Pembiayaan rumah tak boleh langsai awal.
Tiada tambahan “cashflow” . Duit lebihan di ASB sebanyak RM2650 pun tiada..
Jadi untung ke rugi ambil moratorium ni? Untung kalau yang ambil tu bijak mengurus. Rugi kalau ambil tapi tidak pandai guna pakai..hehe
 
Sumber: Ross Yasim
The post “Ambil Moratorium, Untung Ke Tidak,” Wanita Ini Tunjuk Cara Uruskan Bayaran Pinjaman Yang Ditangguh appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/03/ambil-moratorium-untung-ke-tidak-wanita-ini-tunjuk-cara-uruskan-bayaran-pinjaman-yang-ditangguh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Nak Mohon Moratorium Bayaran Ansuran Hutang Akibat Covid 19

Cara Nak Mohon Moratorium Bayaran Ansuran Hutang Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 1179 hits
MORATORIUM PEMBIAYAAN BANK SEMPENA WABAK COVIDApa itu moratorium Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar a...
Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Cadang Mantan Tim Menteri Kewangan

Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Cadang Mantan Tim Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 268 hits
Amiruddin juga berpandangan pengeluaran Akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan tidak praktikal kerana ia adalah simpanan hari tua pekerja itu Menjelang pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang lebih menyeluruh esok bekas Timbalan Menteri Kewan...
Jangan Tertipu Bnm Tak Lantik Pihak Ketiga Urus Bayaran Balik Pinjaman

Jangan Tertipu Bnm Tak Lantik Pihak Ketiga Urus Bayaran Balik Pinjaman

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 214 hits
Jangan Tertipu Maklum mengetahui yang sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bank Negara Malaysia telah memutuskan untuk membenarkan penangguhan bayaran balik selama 6 bulan kepada rakyat Malaysia bagi menghadapi Perintah ...
Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Babitkan Rm100 Bilion

Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Babitkan Rm100 Bilion

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 318 hits
Moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan pinjaman bank penyusunan semula baki kad kredit dan pinjam korporat membabitkan jumlah R100 bilion kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Beliau berkata keputusan itu dibuat selep...
Wanita Kongsi Cara Unik Didik Anak Ketika Pkp Bagi Gaji Jika Jalankan Kerja

Wanita Kongsi Cara Unik Didik Anak Ketika Pkp Bagi Gaji Jika Jalankan Kerja

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 530 hits
Para ibu bapa pasti tidak mahu anak anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran Pembelajaran amat penting untuk kanak kanak bagi memastikan mereka menjadi insan yang berilmu serta berjaya di masa hadapan Walaupun masih dalam tempoh Perintah ...
Hotel Di Kuching Tunjuk Solidariti Dengan Cara Kreatif

Hotel Di Kuching Tunjuk Solidariti Dengan Cara Kreatif

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 188 hits
Beberapa hotel di Bandaraya Kuching bertindak menyampaikan pesanan bersolidariti secara kreatif dengan menyalakan lampu bilik dan membentuknya dengan tujuan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergeraka...
Tips Cara Jaga Kulit Muka Untuk Wanita 30an Ke Atas

Tips Cara Jaga Kulit Muka Untuk Wanita 30an Ke Atas

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 502 hits
Dah menginjak ke angka 30 an ramai wanita malas nak ambil kisah penjagaan kulit muka ni tambah yang dah kahwin Anak dah berderet Penat uruskan rumahtangga berkerja lagi Memang part penjagaan muka dah jadi perkara paling akhir sekali dalam s...
Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank 6 Bulan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 1105 hits
COVID19 di Malaysia semakin membimbangkan di mana terdapat peningkatan kes dari semasa ke semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan adalah langkah tepat bagi membendung bagi membendung penularan wabak Covid 19 Pastinya ada yang terk...
Aeon Credit Setuju Peminjam Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Selama Sebulan Bermula 1 April 2020

Aeon Credit Setuju Peminjam Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Selama Sebulan Bermula 1 April 2020

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 422 hits
Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini kita semua sedia maklum bahawa Bank Negara Malaysia telah membenarkan pelanggan perbankan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada dalam tempoh enam bulan secara automatik Tidak lepa...
Software Supply Chain Attacks Strategies To Detect And Mitigate Risks

Drama Cinta Bukan Milik Kita Lakonan

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Selamat M Sia Dari Politik Celaru Hiburan Celaru

Club James A Contemporary Evolution Of An Iconic Architectural Legacy

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Ketibaan Sejuta Pelancong India Lakar Rekod Baharu

Pekerja Kilang Terbabas Maut Dilanggar Motosikal Lain