Cerita Banjir Perlis 2025 Day 1
Assalamualaikum dan hai semua
Cerita Banjir Perlis 2025 - Day 1 Lepas dengar berita Hatyai banjir teruk, so rakyat-rakyat kena bersedia banjir dari Hatyai akan turun ke negeri Perlis , selalunya macam itulah .. ternyata sangkaan tepat sekali .. last Perlis banjir teruk tahun 2010 , then tahun ni sekali lagi Perlis banjir 2025 .. ada sesetengah kawasan yang teruk tapi banjir kali ni memang banjir memerangkap .. nak tahu sebab apa , stay tune CCL akan cerita day by day sampai hati last banjir surut ..
Hari pertama banjir Perlis memang hujan , hujan lebat tapi alhamdulillah Allah tak kirimkan ribut taufan, kilat guruh ..hanya air hujan sahaja yang jatuh sembah bumi Perlis.. hari ni dah dapat khabar berita kawasan Wang Kelian dah banjir pakej sekali tanah runtuh.ada jalan dah tak boleh lalu, kawasan Gua Kelam, Tasoh ,Arau, Titi Tinggi dan Bintong itu memang kawasan yang tiap kali banjir kawasan ni laa kawasan pertama yang akan kena banjir . Banjir cecah paras pinggang.
Petang tu, CCL keluar dobi baju, lepas dobi topup keperluan dapur siap-siap , selesai semua barulah ronda-ronda kawasan . Time ni kawasan Repoh, Kawasan kangar dah mula naik air di batas liku tepi jalan utama .. kawasan Bintong dan Titi Tinggi pun air dah naik separuh jalan, dalam pekan Kangar pun dah naik sedikit lagi-lagi berdekatan dengan sungai .. kawasan rumah CCL alhamdulillah kawasan tinggi dan bebas banjir .. lepas ronda-ronda kawasan terfikir esok pagi nak pergi kerja macam mana ..

Malam tu keluar meronda lagi, meronda tengok jalan mana dah naik air, mencari jalan nak ke tempat kerja esok ni senang nak redah, singgah rumah sepupu CCL pun memang dah naik air , kawasan rendah..
Balik malam terfikir banjir, nak redah macam mana ke tempat kerja , sebab area kawasan nak masuk ke tempat kerja memang rendah, kereta rendah memang tak boleh masuk . Malam tu kawan-kawan yang masih on duty akan update keadaan paras air di kawasan tempat kerja CCL .. memang tidur tak tenang la dibuatnya ..
Cerita day 2 akan bersambung, nak tahu pagi tu CCL redah banjir pergi kerja macam mana ? Tungguuu tauu .. cerita tak menarik sangat pun tapi saja dedikasikan kat sini sebagai kenang- kenangan akan datang ..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2025/12/cerita-banjir-perlis-2025-day-1.html