Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Cadang Mantan Tim Menteri Kewangan


Amiruddin juga berpandangan pengeluaran Akaun 2 KWSP sebanyak RM500 sebulan tidak praktikal kerana ia adalah simpanan hari tua pekerja itu


Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 26, 2020 7:29 amMenjelang pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang lebih menyeluruh esok, bekas Timbalan Menteri Kewangan mencadangkan agar kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan kakitangan awam bagi mengurangkan kesan Covid-19.Datuk Wira Amiruddin Hamzah dalam satu suratnya kepada Perdana Menteri berkata, penangguhan ini wajar dipanjangkan kepada sektor penjawat awam yang berkhidmat di barisan hadapan (frontliners) termasuklah doKtor-doktor, jururawat-jururawat, askar-askar dan semua kakitangan/personel yang termasuk di bawah kategori barisan hadapan ini.Surat Amiruddin ini dibuat menjelang Jumaat esok di mana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan mengumumkan satu pakej ransangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh bagi mengekang kesan ekonomi kepada rakyat ekoran penularan wabak Covid-19.Di samping itu, Amiruddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu itu membuat tiga lagi cadangan untuk dipertimbangkan oleh Muhyiddin.Pertama, beliau mencadangkan agar penangguhan pembayaran (moratorium) ke atas pinjaman-pinjaman selama enam (6) bulan yang diumumkan sebelum ini diikuti dengan penggantungan faedah ke atas pinjaman-pinjaman tersebut.Katanya, ia lebih berkesan berbanding faedah (keuntungan bagi pinjaman-pinjaman perbankan Islam) berterusan dan terakru ke atas pinjaman-pinjaman di bawah penangguhan pembayaran (moratorium) tersebut.“Ini bermakna bayaran balik pinjaman yang akan dibayar selepas tempoh enam (6) bulan tersebut tidak akan bertambah dengan jumlah faedah terakru. Manfaat yang sama juga adalah terpakai bagi pinjaman perbankan Islam,” katanya.Yang kedua, adalah berkenaan pengeluaran I-Lestari di mana pencarum KWSP di bawah umur 55 tahun boleh mengeluarkan wang simpanan dalam Akaun 2 maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan dan pengurangan kadar caruman pekerja sebanyak 4%, yang mana kedua-duanya berkuatkuasa bulan April 2020.“Saya berpandangan yang bentuk bantuan ini adalah tidak praktikal untuk masa depan pencarum-pencarum tersebut,” katanya.Ini adalah kerana wang simpanan KWSP adalah untuk simpanan dan kegunaan hari tua mereka, katanya.Bagi beliau, golongan yang terkesan adalah termasuk kelompok nelayan, pekebun kecil, pekerja bergaji harian dan penjual burger.Katanya, majoriti daripada pencarum-pencarum tersebut tidak mempunyai wang yang mencukupi di dalam Akaun 2 mereka untuk membuat pengeluaran maksima RM 500 sebulan selama 12 bulan tersebut.“Ini akan menjadikan mereka senang yang hanya sementara dan terpaksa akhirnya menanggung kesusahan di masa depan. Justeru, adalah wajar untuk bantuan jenis lain diberikan kepada mereka,” katanya.Yang ketiga, beliau berpandangan yang Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) (“OPR”) sedia ada pada kadar 2.5% diturunkan kepada 1.0% hingga 1.5%.“Apabila OPR diturunkan, pembayaran bulanan pinjaman mereka juga akan berkurangan. Semestinya ini dapat meringankan beban ekonomi sektor korporat dan individu negara kita terutamanya dalam masa-masa yang mencabar ini,” katanya.Katanya, dalam keadaan yang luar biasa dan terkecuali seperti yang dihadapi negara sekarang ini, pendekatan yang wajar diambil juga perlu lebih luar biasa dan istimewa.Peraturan-peraturan dan langkah-langkah berhemah yang diterapkan dalam sistem asasi perbankan selama ini, yang mana telahpun menyumbang kepada kestabilan dan keuntungan sistem tersebut semenjak Krisis Kewangan Asia tiga (3) dekad yang lalu, adalah semestinya berperanan untuk digunakan sebagai satu pendekatan yang fleksibel dalam keadaan semasa ini.“Saya berharap agar pandangan saya ini dapat dipertimbangkan oleh YAB Perdana Menteri dalam merealisasikan pakej ransangan ekonomi prihatin rakyat tersebut,” katanya dalam surat tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/tangguh-bayaran-balik-pinjaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ptptn Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Selama 3 Bulan

Ptptn Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Selama 3 Bulan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 356 hits
PETALING JAYA Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menangguhkan bayaran balik pinjaman pendidikan yang perlu dibayar secara bulanan selama 3 bulan mulai hari ini sehingga 30 Jun Penangguhan akibat penularan Covid 19 itu dijangka mem...
Pemimpin Umno Gesa Bank Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Akibat Covid 19

Pemimpin Umno Gesa Bank Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 454 hits
Sharkar Shamsuddin berharap Bank Negara akan mengarahkan bank tampil dengan skim penangguhan bayaran balik pinjaman untuk menangani ketakutan dan kebimbangan rakyat akibat Covid 19 PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno Pahang menggesa sektor ...
Aeon Credit Setuju Peminjam Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Selama Sebulan Bermula 1 April 2020

Aeon Credit Setuju Peminjam Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Selama Sebulan Bermula 1 April 2020

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 436 hits
Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini kita semua sedia maklum bahawa Bank Negara Malaysia telah membenarkan pelanggan perbankan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada dalam tempoh enam bulan secara automatik Tidak lepa...
Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Babitkan Rm100 Bilion

Tangguh Bayaran Pinjaman Bank Babitkan Rm100 Bilion

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 331 hits
Moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan pinjaman bank penyusunan semula baki kad kredit dan pinjam korporat membabitkan jumlah R100 bilion kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Beliau berkata keputusan itu dibuat selep...
Bnm Arah Bank Tangguh 6 Bulan Bayaran Balik Hutang Peminjam

Bnm Arah Bank Tangguh 6 Bulan Bayaran Balik Hutang Peminjam

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 362 hits
PELANGGAN tiga institusi kewangan atau pinjaman wang di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang terkesan akibat Covid 19 dibenar menangguhkan bayaran pembiayaan selama enam bulan berkuat kuasa semalam Menteri Pembangunan Us...
Ptptn Tangguh Bayaran Pinjaman 3 Bulan Berkuatkuasa Serta Merta Hingga 30 Jun

Ptptn Tangguh Bayaran Pinjaman 3 Bulan Berkuatkuasa Serta Merta Hingga 30 Jun

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 799 hits
Mengambil kira keadaan negara yang disebabkan penularan wabak COVID 19 dan sebagai tanda keprihatinan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan Menerusi satu kenyataan...
Cara Tangguh Bayaran Pinjaman Loan Kereta Rumah Personal

Cara Tangguh Bayaran Pinjaman Loan Kereta Rumah Personal

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 528 hits
Tahukah anda terdapat 17 bank yang menawarkan PAYMENT HOLIDAY bagi ansuran loan rumah dan kereta sehingga 6 bulan untuk mengurangkan beban bagi mereka yang terkesan dengan Covid 19 Dapatlah anda bernafas selama 6 bulan ini Anda boleh rujuk ...
Tangguh Bayar Balik Pinjaman Bnm Ini 25 Persoalan

Tangguh Bayar Balik Pinjaman Bnm Ini 25 Persoalan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 321 hits
25 Soalan Berkenaan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Oleh BNMBaru baru ini Perdana Menteri kita telah mengumumkan pakej penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korpo...
Tangguh Bayaran Balik Ptptn 1 5 Juta Peminjam Dapat Manfaat

Tangguh Bayaran Balik Ptptn 1 5 Juta Peminjam Dapat Manfaat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR 19 MAC Kerajaan bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun ini PTPTN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pe...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai