Amanah Gelojoh Tamak Tidak Hormati Sensitiviti Waris Bidas Pemuda Umno Johor



Pemuda UMNO Johor menyifatkan tindakan AMANAH menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diumumkan tidak lama lagi sebagai gelojoh dan tamak.
(Berita Harian) – Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambrose, berkata AMANAH juga dilihat tidak menghormati sensitiviti keluarga dan waris Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, yang baharu meninggal dunia.
Katanya, sikap gelojoh dan tamak pimpinan AMANAH Kluang hanya menzahirkan kiblat kuasa, tanpa meletakkan sempadan nilai simpati dalam amalan berpolitik.
“Seharusnya pimpinan AMANAH menunjukkan contoh dengan menghormati sensitiviti keluarga dan waris Allahyarhamah dengan tidak secara terbuka membuat desakan secara tergopoh-gapah.
“Sikap sebegini bukanlah nilai-nilai yang wajar untuk disemai dalam kalangan rakan-rakan, dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan semua parti yang sama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan.
“Keutamaan untuk memanfaatkan platform dalaman secara bermusyawarah adalah lebih afdal dan kesepakatan semua pimpinan di setiap peringkat Kerajaan Perpaduan seharusnya menjadi asas dalam usaha kita sama-sama mendapat kepercayaan dan keyakinan seluruh rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
AMANAH Kluang hari ini mendesak supaya parti itu diberi peluang bertanding pada PRK DUN Mahkota.
Ketua AMANAH Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain, dilaporkan berkata ia berikutan AMANAH pernah memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan turut bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 2022.
Beliau dilaporkan berkata, kenyataan terbuka UMNO Bahagian Kluang yang menyatakan secara terbuka tidak mahu bekerjasama dengan satu daripada komponen PH baru-baru ini juga sangat mengguris hati akar umbi sekali gus membuka ruang musuh memecah belahkan hubungan PH dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
Pada PRN Johor yang diadakan pada Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN menang kerusi DUN Mahkota dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti sebanyak 5,166.
Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman daripada AMANAH, yang memperoleh 11,445 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Nor Lingan pula meraih 7,614 undi manakala calon WARISAN, Mohamed Noor Suleiman mendapat 555 undi.
Pada PRU14 pula, calon AMANAH yang menggunakan logo PKR, Muhammad Said Jonit menang kerusi DUN Mahkota dengan meraih 19,507 undi dan mendapat majoriti 1,668.
Muhammad Said menewaskan calon BN, Datuk Jais Sarday yang meraih 17,839 undi dan calon PAS, Hasbullah Najib yang mendapat 3,092 undi.
The post ‘AMANAH gelojoh, tamak, tidak hormati sensitiviti waris’, bidas Pemuda UMNO Johor appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/08/05/amanah-gelojoh-tamak-tidak-hormati-sensitiviti-waris-bidas-pemuda-umno-johor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkota Seat Tussle Amanah Should Help Us Says Umno Sec Gen

Mahkota Seat Tussle Amanah Should Help Us Says Umno Sec Gen

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 142 hits
It is better for Amanah to help a BN candidate in the Mahkota by election rather than claim the seat from Umno said Umno secretary general Ahmad Maslan He said this was because Amanah failed to defend the Johor state constituency for Pakata...
Fokus Dasar Tinggalkan Politik Identiti Seru Pemuda Amanah

Fokus Dasar Tinggalkan Politik Identiti Seru Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 104 hits
Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda berkata politik haruslah fokus kepada dasar dan polisi bukan lagi perbezaan warna kulit dan agama PETALING JAYA Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda menyeru agar golongan belia meninggalkan politik identiti sebali...
Isu Dana Arak Pemuda Umno Bedil Setiausaha Dap

Isu Dana Arak Pemuda Umno Bedil Setiausaha Dap

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 151 hits
Kah kah kah Menteri Pengangkutan sibuk nak jadi jurucakap Menteri Pendidikan DAP kekal dengan sikap DAP Dulu UMNO sendiri berpuluh tahun kutuk DAP dan melemparkan pelbagai tohmahan Sekarang dah kena bedil kat batang hidung Tapi Setakat ni j...
Amaran Dap X Seiring Pas Pemuda Umno

Amaran Dap X Seiring Pas Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 287 hits
1 DAP tunjukkan mereka abang besar dalam PHKUALA LUMPUR DAP sememangnya sentiasa menunjukkan bahawa mereka adalah abang besar dalam Pakatan Harapan Tidak mengejutkan apabila Pengerusi DAP YB Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan berupa amaran...
Johor Amanah To Stop Discussing Demand For Mahkota Seat In Public

Johor Amanah To Stop Discussing Demand For Mahkota Seat In Public

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 148 hits
Johor Amanah says it will abide by the call by party president Mohamad Sabu to stop discussing its demand to contest the Mahkota by election in public following a dispute with Umno over the matter Johor Amanah chairman Aminolhuda Hassan who...
Kota Raja Umno S Bid For Seat Pkr Amanah To Leave It To Top Leadership

Kota Raja Umno S Bid For Seat Pkr Amanah To Leave It To Top Leadership

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 165 hits
Selangor PKR and Amanah will leave it to the coalition government s top leadership to consider the state Umno s request for a seat in the Kota Raja parliamentary constituency in the next general election Selangor PKR information chief Halim...
Ku Li Mengaku Dap Adalah Liability Kepada Umno

Ku Li Mengaku Dap Adalah Liability Kepada Umno

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 209 hits
Ku Li mengaku DAP adalah liability kepada Umno ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be D0k3g930Rg src in org https www youtube com embed D0k3g930Rg wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force