Alhamdulillah Berkat Bulan Ramadan
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bersua kembali dalam wall penulisan blog ini. Semoga semua teman maya baik blogger atau pembaca, walau di mana berada dalam keadaan sihat walafiat, hendaknya.
Gambar kenangan cuma..
Rasanya apabila tiba berpuasa di bulan Ramadan, ramai umat Islam menyambut dengan rasa hati yang gembira kerana, di bulan Ramadan pasti yang berpuasa akan mendapat berat badan yang diingini.Sebagaimana berat Etuza menunjukkan penurunan yang cepat, alhamdulillah. Selain itu banyak fadilat berpuasa hingga memberikan kita kesihatan yang baik. Alhamdulillah, syukur kepadaMu Allah.
Pada saya berat badan yang turun ketika bulan Ramadan adalah berat yang sihat yang Allah anugerahkan kepada kita semua yang berpuasa. Apapun berat yang mendadak turun bagi individu umat Islam yang berpuasa adalah satu nikmat yang hanya orang berpuasa sahaja dapat merasakannya. Berpuasa pasti menjadikan kita sentiasa sabar dan bersyukur atas nikmat yang Allah hamparkan ketika berbuka puasa. Justeru kita wajiblah mengucapkan rasa syukur.
Kek Sarang Semut
Sekali lagi nak ucapkan Alhamdulillah dan syukur kepada Allah, kerana kali ini kami sekeluarga dapat berbuka puasa dengan juadah yang lazat seperti Kek Sarang Semut hasil masakan atau air tangan anak lelaki Etuza yang bernama Afif. Tanpa diduga rupanya apabila ada orang yang sudi mengajar dan kongsikan kemahiran dan resipi Kek Sarang Semut maka pengetahuan itu dapat diperturunkan. Inilah buktinya apabila menantu kami dengan ikhlas berkongsi cara menyediakan Kek Sarang Semut. Apa yang kami rasa gembira adalah kerana rasa manis Kek Sarang Semut yang bersesuaian serta seisi keluarga menyukai juadah ini. Syukur alhamdulillah.
Dibulan puasa selain kita berpeluang beribadah, kita juga dapat merapatkan hubungan kasih sayang seisi keluarga dengan berbuka bersama dan duduk semeja. Kerana itu Etuza melafazkan kesyukuran dan ALHAMDULILLAH atas semua rezeki yang Allah berikan dibulan Ramadanini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2024/03/alhamdulillah-berkat-bulan-ramadan.html