Pengalaman pertama saya berbuka di luar (bagi Ramadan kali ini). Saya pesan mi bandung dan neslo ais, pilihan Encik Suami pula bihun tomyam dan limau ais. Alhamdulillah sedap memuaskan selera, kecuali neslo ais rasa terlebih manis. Itu silap saya sendiri lupa pesan kurang manis. Insya Allah lain kali bolehlah singgah makan di kedai ni lagi
Tengah makan, saya perasan ada kedai BumbleBee di situ. Teringin pulak nak mencuba buat kali pertama bila dah ada depan mata dan mungkin dek nafsu orang berpuasa 😄. Ada pilihan aiskrim atau aiskrim yogurt. Saya peminat yogurt, jadi saya pilih aiskrim yogurt cawan paling kecil. Cawan paling kecil boleh pilih mana-mana satu jenis topping, perasa mangga menjadi pilihan saya. Bagaimana rasanya? Nampaknya tak menepati cita rasa saya kerana kurang rasa masam yogurt (saya suka rasa masam) dan topping perasa mangga yang terlampau manis. Lain orang lain cita rasanya, kenalah cuba sendiri ya
Pemanduan pada waktu malam tanpa persediaan tidur waktu siang memang sangat mencabar. Sekitar pukul 11.35 malam kami berhenti di Hentian Sebelah Simpang Pulai bagi melelapkan mata. Enjin kereta dimatikan, tingkap di kedua-dua belah dibuka sedikit bagi tujuan pengudaraan. Sekejap saja dah terdengar bunyi dengkuran kecil Encik Suami di tempat duduk pemandu. Saya pulak cuma mampu tidur-tidur ayam, sekejap buka mata memerhati kenderaan di kanan dan kiri silih berganti dan kemudian terlelap seketika
Alhamdulillah kami selamat tiba di hotel penginapan The Everly Putrajaya sekitar pukul 2.45 pagi, setelah menempuh jarak perjalanan kira-kira 530 km dengan tempoh masa 8 jam 45 minit|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |