Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan
Hari Ahad lepas, kembali beriadah di KOMBES setelah terperap workout dirumah je sebab batuk dan selsema. Encik suami ajak ke KOMBES sebab dia pun nak buat prepation untuk stress test. Saya pun macam dah okay sikit lepas menyerah diri
Mulanya saya kata nak teman je lah duduk tepi. Tapi lepas tu macam rugilah pula datang duduk je. Saya hanya brisk walk dan slow jogging je sambil sambil tu. Takkan nak tengok je kan. Dapatlah buang kalori sikit lebih kurang setengah jam 5 pusingan lebih. Jadilah dari duduk saja
Kami pergi lepas solat tarawih, sampai je KOMBES macam gelap je kawasan balapan tu. Lepas satu pusingan, rupanya pukul 10 malam baru bukak lampu di bulan Ramadan ni. Masa kami sampai pun tak ramai orang macam biasa. Masing-masing tak habis tarawih lagi kot
Sebenarnya dah workout di rumah, brisk walk dan slow jogging ni untuk tambah steps. Target sehari 7500 steps ke atas. Biasanya saya akan workout waktu pagi atau petang atau selepas tarawih. Ikut mana waktu yang sempat.
Untuk dapatkan 7500 steps dan ke atas tu kena workout lebih dari 40 minit macam tu kalau berlari setempat. Lari berleha-leha je lah tapi
Awal bulan puasa haritu memang tak larat. Hari pertama dan kedua tumpas, lansung tak workout. Bulan Mac banyak rompongnya. Bulan lepas dapat perfect February. Kurang sihat, salah satu faktor tak mampu nak full ring setiap hari. Rompongnya setakat ni 7 hari. huhu...
Kecewa dengan diri sendiri bila mengenangkan.
Kenapa saya target 7500 steps? Sebabnya nak menyahut weekly challenge AIA Vitality ni lah. Gigih nak kumpul points untuk tukar status bronze ke silver dan dapatkan device cashback yang encik suami hadiahkan bulan Februari lepas.
Note
5000 steps : 25 points
7500 steps : 50 points
12500 steps :100 points
Nak dapatkan 25 points tu pun bukan mudah ye. Jenuh juga nak dapatkan 5000 steps. Tapi kalau dah biasa hari hari workout buat cardio ke, 30 minit dah boleh dapat dah. Nak lebih fun, zumba je sambil dengar lagu.
Setakat ni berjaya mencapai weekly target. Dan bila berjaya capai, dapatlah cashbacknya. Untung sangat kan. Sihat dapat, cashback pun dapat. Ini salah satu punca pembakar semangat. Cashback ni dalam masa 2 tahun.
Kira berbaloilah kan. Bagus sangat ada program macam ni. Awareness untuk kita jaga kesihatan. Sekurang-kurangnya ada pergerakan yang kita buat untuk jaga kesihatan. Pemakanan pun kena jaga juga.
Bulan Ramadan bukan alasan untuk kita tak beriadah. Kalau tak larat siang, lepas tarawih malam pun boleh. Kita enjoy je beriadah santai-santai. Sakit pun tak melunturkan semangat. Kudos dearself! Ayuh bersemangat!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/03/tetaplah-beriadah-di-bulan-ramadan.html