Alami Gejala Ringan Covid Ni Cara Yang Boleh Buat Di Rumah Masa Tengah Kuarantin


Dalam entry sebelum ni k.fiezz ada kongsikan yang k.fiezz dan mr hubby positif covid. Jadi  kena kuarantin di rumah saja sebab mengalami gejala ringan covid 19. So selain dari makan ubat klinik yang Dr bagi sebelum tu, k.fiezz ada buat beberapa tips atau cara merawat covid di rumah untuk simptom yang kitaorang alami sepanjang positif covid. Simptom yang k.fiezz & mr hubby alami tak teruk tapi berlarutan terutama demam. Biasanya k.fiezz demam sehari dua je. Bila dah makan ubat klinik yang Dr bagi, dah elok. Tapi yang kali ni tidak yea. Berlarutan beberapa hari sampai seriau nak ke ofis. Tanya dengan mr hubby masa hari ke-3 tak elok-elok lagi dari demam, mr hubby suruh k.fiezz ambil cuti je. Jadi ikut cadangan mr hubby sebab diri sendiri suspicious samaada positif covid ke idak. Lepas kitaorang dapat keputusan PCR, positif & update dalam MySejahtera, kitaorang dalam kategori cat 2a iaitu mengalami gejala ringan covid 19

Entry berkaitan <SINI>
MERAWAT COVID DI RUMAH UNTUK GEJALA RINGAN
So ni antara beberapa cara yang k.fiezz ikut & perkongsian dari adik ipar, mr google macamana cara nak merawat gejala ringan COVID 19  yang kitaorang alami macam demam, batuk, sakit tekak. Sebab sekarang ni kebanyakan yang positif COVID kategori 2a (gejala ringan) & hanya kuarantin di rumah. Jadi selain dari makan ubat demam, sakit kepala, sakit tekak, antibiotik, ubat batuk yang klinik bagi, boleh cuba cara merawat covid di rumah guna bahan di dapur ni untuk cepatkan proses penyembuhan dari gejala ringan covid 19



Demam Air Kelapa + Lemon + Madu (1- 2 sudu) + Garam (secubit)


BatukBawang merah + Madu (1-2 sudu) = Biarkan sejam dua, lepas tu baru ambil 1 sudu untuk minum. Melegakan batuk & cairkan kahak. Memang berkesan untuk k.fiezz. Lepas minum 1 sudu, tak lama lepas tu bila batuk , berjaya keluarkan kahak sekali. 2x je k.fiezz buat sebab rasa dia tak berapa sedap. hehe..Lagipun batuk k.fiezz macam dah berkurang, jadi k.fiezz stop buat. 


Batuk + Sakit Tekak Air Panas + Lemon + Bunga Cengkih + MaduBiarkan kejap untuk bahan-bahan sebati, lepas tu baru minum. Tapi seeloknya minum suam-suam..

Satu lagi cara yang k.fiezz buat untuk legakan sakit tekak, k.fiezz minum air panas. Yea air panas tau. Bukan lah yang mengelegak / mendidih-didih tu tapi yang agak-agak boleh minum janji panas sebab rasa kurang sikit sakit bila air panas lalu kat tekak. K.fiezz ulang minum air panas ni setiap hari sampai lah sakit tekak dah hilang. Alhamdulillah cara ni berjaya. Dalam beberapa hari juga lah baru hilang sakit tekak. Bukanlah minum hari ni, esok dah hilang. Ambil masa juga lah yea. 
Selain dari simptom di atas ni, k.fiezz alami juga hidung tersumbat. Yang ni memang sangat menguji kesabaran yea korang. Hidung dua-dua belah tersumbat. Terpaksa bernafas guna mulut. Dalam masa yang sama nak makan pun kena guna mulut.  Sangat lah seksa yang ni. Cara yang k.fiezz buat, mak k.fiezz ajar. Potong koyok sikit & tampal kat bahagian atas hidung tapi yang ni kena rajin tukar koyok bila kesan berangin dari koyok hilang. Satu lagi cara, bila rasa hidung tersumbat je k.fiezz jalan mundar mandir dalam rumah nak bagi ada pergerakan. Bila bergerak, baru rasa ada ruang dalam hidung nak bernafas. Lepas tu k.fiezz ada buat juga tips dari kakak ipar ajar untuk hidung tersumbat - ambil air panas dalam 1 bekas & letak beberapa bunga cengkih. tutup kepala dengan tuala & buat proses pengewapan. Sedut asap dari bekas yang berisi bunga cengkih tu. Buat beberapa kali. K.fiezz buat ni sekali je sebab agak rimas nak buat proses pengewapan ni dengan hidung tersumbat. Rasanya yang hidung tersumbat ni k.fiezz alami dalam 2 hari saja. 
Masa k.fiezz kena hidung tersumbat ni, k.fiezz cakap kat mr hubby tapi dia macam acuh tak acuh gitu. Hah, bila dia pula kena, baru tahu rasa dia macamana. haha. Siap telefon 999 lagi tanya macamana nak buat sebab mr hubby kena panic attack berpunca dari hidung tersumbat dan tak boleh bernafas. Mau tak cuak, tak boleh bernafas. Masa mr hubby kena ni pukul 10-11 malam. Call 999, sekali suggestion dari 999 'encik makan panadol yea'. Adeh. Tu je solution dari diaorang. Ingatkan ambulance nak datang ke apa untuk bagi bantuan sebab orang mengadu tak boleh bernafas hidung tersumbat. Sabor je lah.

Mr hubby tau ada cara atasi masalah hidung tersumbat ni iaitu guna sinus rinse neilmeid tapi nak beli masa mr hubby kena panic attack ni dah pukul 10-11 malam. Klinik/farmasi semua dah tutup. Jadi terpaksa bertahan sampai esok pagi. Esoknya terus call klinik, tanya ada tak sinus rinse neilmeid ni. Klinik beritahu ada. Terus mr hubby minta tolong adik dia tolong belikan sinus rinse (gambar bawah ni) kat klinik & hantar kat kitaorang yang tengah kuarantin. 


Lepas buat sinus rinse neilmeid ni baru mr hubby lega & boleh bernafas. Kalau idak mr hubby siap kena panik attack sebab tak boleh bernafas sebelum tu.. Dalam 2-3x mr hubby buat ni, baru lepas tu masalah hidung tersumbat hilang.

Guna  sinus rinse neilmeid ni k.fiezz tak berapa berkenan sebab ada cara dia. Mr hubby tahu boleh guna ni untuk atasi hidung tersumbat tapi masa k.fiezz kena sebelum tu, mr hubby tak nak suggest sebab confirm k.fiezz tak suka. Bila mr hubby explain cara guna dia, yeaa betul memang k.fiezz tak suka. Kalau tak reti buat, boleh rasa macam lemas. Tapi kalau reti buat, memang hidung rasa lega sebab cecair/lendir yang tersekat dalam hidung berjaya keluar. 

SIMPTOM SEMUA DAH HILANG
Alhamdulillah hasil gabungan makan ubat klinik, vitamin C + petua/tips atas ni, semua gejala ringan covid 19 yang kitaorang alami ni dah beransur elok. Cuma batuk je masih ada lagi tapi tak teruk sangat. 
So kalau korang kena virus COVID ni & ada gejala ringan covid 19 macam kitaorang alami atas ni, boleh cuba cara merawat covid di rumah yang k.fiezz kongsikan kat sini. Insyaallah, boleh membantu. Cuma kena konsisten je sampai semua gejala ringan ni beransur hilang..

Paling penting sepanjang kita alami semua simptom atas ni VItamin C jangan skip & banyakkan minum air + lemon.
SENTIASA KEKAL POSITIF...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/03/Alami-Gejala-Ringan-COVID-19-Ni-Cara-Yang-Boleh-Buat-Di-Rumah-Masa-Tengah-Kuarantin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kongsi Tip Wean Off Cara Paling Mudah Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa

Ibu Kongsi Tip Wean Off Cara Paling Mudah Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 200 hits
Setiap ibu yang menyusukan anak mesti akan melalui fasa putus susu atau cerai susu bermula usia anak 2 tahun atau awal sikit disebabkan bakal dapat adik atau masalah tertentu Bagaimanapun kebanyakan ibu tak sanggup nak tengok anak menangis ...
Hari Ke 7 Kuarantin Bleeding Kandungan 16 Minggu Kecut Lepas Dijangkiti Covid

Hari Ke 7 Kuarantin Bleeding Kandungan 16 Minggu Kecut Lepas Dijangkiti Covid

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 189 hits
Penularan wabak COVID 19 di negara ini masih lagi tinggi tambah pula dengan varian Omicron yang menyebabkan kes dicatatkan sentiasa meningkat dan masih belum menunjukkan penurunan sepenuhnya Tambah pula varian Omicron ini hanya menunjukkan ...
Delapan Rumah Rusak Akibat Banjir Bandang Di Banggai Sulawesi Tengah

Delapan Rumah Rusak Akibat Banjir Bandang Di Banggai Sulawesi Tengah

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 436 hits
Abdul menyampaikan Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kabupaten Banggai bersama TNI Polri dan relawan melakukan kaji cepat pendataan dan pengamanan di sekitar lokasi kejadian
Airlangga Sebut Beberapa Daerah Sudah Lewati Masa Puncak Covid 19

Airlangga Sebut Beberapa Daerah Sudah Lewati Masa Puncak Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 132 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto mengatakan kasus aktif Covid 19 di seluruh pulau di luar Jawa Bali telah mengalami penurunan Menurutnya terdapat beberapa daerah di di luar Jawa dan Bali yang sudah melewati puncak ...
Ibu Gar4ng Tapi Comel Memb3bel Salahkan Anak Positif Cov1d 19 Lebih P4rah Nak Ke Tandas Masa Kuarantin Pun Susah

Ibu Gar4ng Tapi Comel Memb3bel Salahkan Anak Positif Cov1d 19 Lebih P4rah Nak Ke Tandas Masa Kuarantin Pun Susah

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 186 hits
SUDAH lumrah seseorang yang bergelar ibu sememangnya tidak lepas daripada sikap suka memb3bel Lebih lebih lagi apabila anak anak ada melakukan kesilapan atau sengaja mengundang peny4kit maka pastinya beb3lan si ibu makin menjadi jadi sebaga...
Alasan Budak Budak Umno Masa Dia Tengah Kuat Katanya Kah Kah

Alasan Budak Budak Umno Masa Dia Tengah Kuat Katanya Kah Kah

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 160 hits
PAS tak dijemput kerana SOP tempat terhad kata Tok Mat March 17 2022 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan bercakap pada sidang media selepas selesai perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung U...
Cara Aku Halau Kucing Berak Depan Rumah

Cara Aku Halau Kucing Berak Depan Rumah

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 646 hits
Dah berbulan bulan aku hadap masalah kucing berak depan rumah ni Tak tahu la kucing siapa buat rumah aku macam jamban dia Aku tak bela kucing tapi hari hari kena cuci tahi kucing Aku tak pernah nampak pun kucing yang berak tu Dia tinggal ta...
Duit Sam4n Wartawan Boleh Beli Rumah Shila Amzah Menyesal Dan Mohon Maaf

Duit Sam4n Wartawan Boleh Beli Rumah Shila Amzah Menyesal Dan Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 231 hits
ANDAI boleh diundurkan waktu penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak akan meneruskan sam4n terhadap sekumpulan wartawan pada tahun 2015 Menurut Shila atau nama sebenar Nur Shahila Amir Amzah dia menyesal kerana membazirkan masa serta wang ri...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran