Al Sultan Abdullah Berkenan Mengurniakan Darjah Kebesaran Pingat Kepada 27 Oranng Penerima




KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 27 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang.
Pengurniaan itu sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, di sini.
Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tengku Puteri Seri Lela Wangsa, Tengku Tan Sri Dr Meriam Sultan Ahmad Shah mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) yang membawa gelaran Datuk Seri Setia.
Pada majlis pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan.


Selain itu, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Harjeet Singh a/l Hardev Singh; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Indera Baharin Din dan Pengarah Urusan Southern Acids (M) Berhad, Dr Low Kok Thye.
Sementara itu, baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera kepada Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Noor Mohamad AkmarMohd Dom; Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral TUDM Datuk Mohd Shahda Ismail; Presiden Tunku Abdul Rahman University Of Management and Technology (TAR UMT), Prof Ir Dr Lee Sze Wei dan Pengarah Urusan Menara Network Sdn Bhd, Datuk Ab Razif Asmuni.


Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk kepada Peguam Kanan Tetuan Nik Saghir dan Ismail Peguambela dan Peguamcara, Tengku Shaiful Aftar Shah TengkuMustafa; Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir Mohd Zaki Mat Amin; Pengerusi Yindi Group China, Zhu Yilong; Timbalan Pengerusi Thailand Charoen Pokphand Group (China), Li Wenhai.
Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Asisten Ketua Staf Kejuruteraan TUDM, Mejar Jeneral Hishammudin Abdul Rahman; Panglima Bantuan Udara TUDM, Mejar Jeneral Masro Kaliwon serta Pengarah Urusan Asian Art Production Sdn Bhd,Rozaidi Baharudin.




Dalam pada itu, 11 orang dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Sapiah Mohd Nor; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar; ADUN Beserah, Andansura Rabu dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.
Turut tersenarai, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Ahmad Sabri Mohamed; Pegawai Daerah Raub, Mohd Khuzaidi Harun; Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Fadil Marsus; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Leftenan Kolonel Profesor Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman; Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan RHB, Mohd Rashid Mohamad; Presiden Stella Maris International School, Kuala Lumpur, Tang Beng Cheok serta Pengerusi Eksekutif FMT Media Sdn Bhd, Nelson Fernandez. #sinarharian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/09/al-sultan-abdullah-berkenan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

Dua Pemimpin Pas Pahang Terima Darjah Kebesaran Gelaran Dato Daripada Al Sultan Abdullah

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 68 hits
KUANTAN Pujian dan syukur kepada Allah SWT dan merafak sembah junjungan terima kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas pengurniaan Darjah Keb...
Al Sultan Abdullah Harap Institusi Pendidikan Islam Di Pahang Dapat Diperkasa Ke Arus Perdana

Al Sultan Abdullah Harap Institusi Pendidikan Islam Di Pahang Dapat Diperkasa Ke Arus Perdana

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 41 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berharap maahad tahfiz madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ...
Al Sultan Abdullah Titah Tidak Mahu Sebarang Ajaran Sesat Dan Menyeleweng Bertapak Di Pahang

Al Sultan Abdullah Titah Tidak Mahu Sebarang Ajaran Sesat Dan Menyeleweng Bertapak Di Pahang

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 56 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan Ahli Sunah Walja...
Umat Islam Perlu Henti Dewakan Pemimpin Abuya Titah Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah

Umat Islam Perlu Henti Dewakan Pemimpin Abuya Titah Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 29 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan Ahli Sunah Waljamaah bertapak di negeri itu...
Hiburan Isu Gisbh Sebahagian Kanak Kanak Yang Diselamatkan Di Bin Kan Abdullah

Hiburan Isu Gisbh Sebahagian Kanak Kanak Yang Diselamatkan Di Bin Kan Abdullah

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 53 hits
Difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia sudah mengenal pasti sebahagian ibu bapa daripada 329 kanak kanak yang diselamatkan dari rumah amal kendalian syarikat GISB Holdings Sdn Bhd Advertisement Kebanyakan di bin kan Abdullah Menurut Ketua P...
Latif Romly Gagal Pertahan Pingat Emas

Latif Romly Gagal Pertahan Pingat Emas

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 69 hits
Jaguh olahraga para negara Abdul Latif Romly mencatatkan lompatan sejauh 7 45 m pada percubaan ketiga sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya Sukan Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020 PARIS Jaguh olahraga para negara Ab...
Institusi Raja Tidak Sepatutnya Diheret Dengan Tohmahan Berkaitan Isu Politik Sultan Selangor

Institusi Raja Tidak Sepatutnya Diheret Dengan Tohmahan Berkaitan Isu Politik Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 62 hits
Institusi Raja tidak sepatutnya diheret dengan tohmahan dan fitnah yang berkaitan dengan isu politik titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Berikutan itu baginda menyeru seluruh rakyat untuk sama sama bertanggungjawab mengharmo...
Cheah Liek Hou Pemenang Pingat Emas Badminton Para 2024

Cheah Liek Hou Pemenang Pingat Emas Badminton Para 2024

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 145 hits
Baru baru ini seorang atlet paralimpik badminton Malaysia Cheah Liek Hou telah mencatatkan sejarah yang sangat membanggakan dengan meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024 Cheah Liek Hou berjaya menewaskan Suryo Nugroho ...
Sultan Ibrahim Tidak Akan Melayan Sama Sekali Mereka Yang Melobi Untuk Mendapat Gelaran Tan Sri Datuk

Sultan Ibrahim Tidak Akan Melayan Sama Sekali Mereka Yang Melobi Untuk Mendapat Gelaran Tan Sri Datuk

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 77 hits
Banduan dan mereka yang dihukum mahkamah mencemar nama baik Malaysia gelaran mereka akan ditarik balik The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT By Syed Akbar Ali
Filem Reeza Gtr

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Kl Bird Park

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

Zus Coffee With Ceo Latte


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Novendy Chen Sosok Anak Siantan Pontianak Yang Menjadi Co Founder Olsera

How Precision Mold Components Improve Manufacturing Accuracy In The Electronics Industry

Dua Anggota Polis Digantung Kerja Berkaitan Kes Ketum Dadah

Ni Namanya Hate Stalking

Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib

Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara