Aktiviti Pagi Hari Kedua Di Tunamaya Beach Spa Resort


Oleh kerana kami check in lewat malam, tak ada lah cerita hari pertama di Tunamaya Beach & Spa Resort ni. Jadi, terus hari kedua je. Lepas solat subuh, terus ke balkoni nak menikmati permandangan laut.
MashaAllah, cantik betul! Kami request nak full seaview dan best seaview. Alhamdulillah dapat. Dapatlah kami tengok permandangan laut yang cantik.  

Pacak tripod buat video timelapse. Call receptionist hotel minta hantar iron dan iron board. Cepat juga sampainya. Sambil tunggu video timelapse, iron semua baju sampai ke hari ketiga. Senang kerja. Ni saya ambil gambar waktu dah terang sikit

Ruang balkoni dia luas, boleh ambil kerusi letak luar. Masa saya keluar ada jiran sebelah. Macam chinese mainland je. Dia macam terkejut tengok saya sebab saya bertelekung kot. Saya nak tegur good morning macam awkward pula. Senyum je lah walaupun dia tak senyum. hmmm...kerek seyyy



Cuaca mendung di pagi hari. Jadi tak ada matahari muncul. Kat belah sini best view dia sunrise. 



Ambil gambar dari kejauhan beranda. Rasa tak sabar nak jejak tepi pantai tu. Ada banyak tempat duduk untuk dan pondok untuk bersantai



Ada buaian juga di bawah pokok tu. Cantiknya kalau buat photoshoot kan. Pagi-pagi lagi pekerja dah bersihkan swimming pool


Minta izin Encik Suami nak lepak di pantai kejap. Jadi, kami turun sama-sama pagi tu. Dia terus ke tempat urusan kerja. Saya ke pantai berseorangan. 
Rasa rugilah pula nak duduk dalam bilik je tak buat apa. Nak layan suasana tepi pantai lebih dekat lagi berbanding duduk di balkoni bilik



Pergilah sorang-sorang acah-acah healing tepi pantai. Luas kawasannya. Sebenarnya ada macam-macam aktiviti outdoor macam flying fox, sukan air dan lain-lain. Saya tak ambil tahu sangat sebab tak rancang pun nak buat aktiviti semua tu


Sebelah kiri dalam gambar di atas ruang makan terbuka untuk sarapan. Kalau sarapan tu dapatlah enjoy view permandangan laut


Masa saya sampai cuma ada seorang dua je tepi menikmati permandangan dan ambil gambar. Okaylah tu ada geng. Seronok bercuti hari biasa ni sebab tak ramai orang. Tenang dan tak serabut. Tambahan lagi lepak tepi pantai kan



Nak duduk di buaian ni tapi tinggi sangat, risau nanti kita lompat jatuh pula. Malu dapat, sakit pun dapat kang. Sila lupakan hasrat nak naik buai tu ye Fiza.



Tempat wajib bergambar ada spot menarik di sini. Saya letak tripod tepi pantai dan ambil video. Boleh buat healing nanti nak dengar bunyi ombak pantai


Ombak pukul manja-manja je. Dapatlah celup-celup basahkan kaki. Sebenarnya tak nak basahkan kaki. Tapi tengah ambil gambar boleh pula dipukul ombak. Ombak ni kadang tak boleh dijangka sampai mana perginya. 
Basahlah pula kain dan seluar. Ambil juga beberapa keping gambar candid. Nasib baik bawa tripod dan remote bluetooth. 
Seronoklah dapat pijak pasir pantai yang halus. Dapat juga vitamin sea yang dapat membuatkan kita lebih rasa bahagia dan tenang

baca juga : manfaat pergi pantai
pantai yang panjang

Tak berlamaan di pantai sebab macam bahang sikit. Cuaca mendung tapi bukan nak hujan. Jomlah naik ke bilik. Kita sambung layan permandangan dari balkoni pula

POV dari pantai
Menanti lah tunggu Encik Suami dengan urusan kerjanya yang entah pukul berapa habis. Makan tengah hari makan onigiri dan sandwich je. Lepas mandi dan solat zohor barulah Encik Suami sampai. Rehat dulu dan lepas solat asar barulah dapat jalan-jalan. Kemana kita



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/08/healing-tepi-pantai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam

Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 208 hits
Habis makan di kami singgah ke Family Mart beli stok makanan Lepas tu barulah check in Tunamaya Beach Spa Resort Desaru tengah malam Ye masa tu hampir jam 12 00 tengah malam Tunamaya Beach Spa Resort Desaru ni kami dah survey sehari sebelum...
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Tema Raptai Atur Cara Kemudahan Aktiviti

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Tema Raptai Atur Cara Kemudahan Aktiviti

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 2613 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Tema Raptai Atur Cara Kemudahan Aktiviti Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bersempena memperingati sejarah kemerdekaan negara pembentukan dan pencapaian Malaysia Tahun ini Sambutan ...
Sarapan Pagi Di Hari Kemerdekaan Ke 68

Sarapan Pagi Di Hari Kemerdekaan Ke 68

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1415 hits
Assalamualaikum Hi korangPagi ni terasa istimewa sebab kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 68 Suasana pagi tenang udara pun rasa segar Walaupun tak ada perarakan depan mata tapi pagi ni tetap rasa meriah dengan bau kopi dan aroma masaka...
Koci Kuih Kacang Hitam Sarapan Pagi Hari Ini

Koci Kuih Kacang Hitam Sarapan Pagi Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1484 hits
Apa di makan sarapan pagi hari ini Sabtu sarapan pagi kami adalah kuih kacang hitam koci dan mee goreng halus Nampak gigihnya anak perempuan membuat kuih kacang hitam yang terkenal di gelar di daerah Etuza sebagai kuih sampiang kerana di lu...
Hari Kedua Pm Anwar Di China Fokus Perkukuh Hubungan Diplomatik Ekonomi

Hari Kedua Pm Anwar Di China Fokus Perkukuh Hubungan Diplomatik Ekonomi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2114 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Syarahan Umum Membina Masa Depan Bersama Di Asia di Universiti Tianjin China pada 1 September 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTIANJIN 1 Sep Lawatan kerja hari kedua Perdana Menteri Datuk...
Mc Hari Ini Sarapan Pagi

Mc Hari Ini Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 788 hits
Assalamualaikum SA bersiaran dari rumah MC hari ni sebab shoulder blade a k a belikat SA bengkak dan sakit ekceli dah sakit dari Selasa pinca dari Briskwalk Isnin lepas sebab SA x warm up dulu dan terus briskwalk aje so balik kerja semalam ...
Pantun Selamat Pagi Indahnya Senyuman Hari Baru

Pantun Selamat Pagi Indahnya Senyuman Hari Baru

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 1447 hits
Pantun Selamat Pagi Indahnya Senyuman Hari Baru Pantun Selamat Pagi Indahnya Senyuman Hari Baru Selamat pagi Pagi yang indah adalah permulaan kepada hari yang penuh berkat Di sini ada beberapa pantun selamat pagi untuk menceriakan suasana d...
Sweet Intan Najuwa Dedah Suami Sentiasa Lindungi Sayangi Sejak Hari Pertama Kahwin

Sweet Intan Najuwa Dedah Suami Sentiasa Lindungi Sayangi Sejak Hari Pertama Kahwin

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 422 hits
Setiap pasangan pasti ada cerita cinta mereka yang tersendiri begitu jugalah dengan perjalanan hidup Intan Najsuna dan suami tercinta Dari awal perkenalan hingga diijabkabulkan sebagai suami isteri setiap detik yang dilalui terasa begitu be...
Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World

Throwback Hadiah Birthday 2025

Ceramah Kerja Sebagai Satu Ibadah

Cuti Sekolah Dah Bermula

Selepas Dihina Anak Fila Amir Tak Dibenarkan Dibawa Pulang Kampung Suami Di Afrika Takut Keluarga Tu Tak Baik

Easy Beef Thick Rib Joint Recipe

Rare Tribute From Perlis Mufti We Criticise Chinese Schools But What S The Quality Of Tahfiz School Kids


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wedding Of The Year Kisah Cinta Amira Othman Amp Fattah Amin

Rekaan Menyerlah Di Nyfw Musim Bunga Panas 2026

5 Jam Berpaut Pada Tiang Elektrik

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya

Tanam Tepi Rumah Mat Sabu Tunjuk Hasil Tuaian Pertama Bawang Merah

Remember When Muhyiddin Gave Umno Rm10m For Sabah Polls