Hari Kedua Pm Anwar Di China Fokus Perkukuh Hubungan Diplomatik Ekonomi


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Syarahan Umum 'Membina Masa Depan Bersama Di Asia' di Universiti Tianjin, China pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
TIANJIN, 1 Sep – Lawatan kerja hari kedua Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China memfokuskan kepada usaha memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia serta mengulangi semula komitmen negara terhadap multilateralisme yang diperjuangkan di peringkat global.
Anwar yang ditemani isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tiba di sini semalam, memulakan hari kedua di Tianjin dengan menyampaikan syarahan umum bertajuk “Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia”, di Universiti Tianjin iaitu universiti moden tertua di China.
Ditubuhkan pada tahun 1895, Universiti Tianjin terkenal dengan program dalam bidang teknologi, kejuruteraan dan sains. Universiti itu juga mempunyai program berkembar dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam bidang kejuruteraan kimia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis makan malam gala dihoskan Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimSeramai 500 orang pelajar, ahli akademik dan wakil kumpulan pemikir, hadir ke syarahan itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Anwar hari ini.
Selepas syarahan umum itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan mengadakan pertemuan perniagaan secara bersemuka dengan dua syarikat terkemuka China iaitu Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC).
Rianlon Corporation yang beribu pejabat di sini, merupakan peneraju global dalam bidang bahan tambahan polimer, membekalkan bahan termaju yang menyokong pelbagai industri termasuk automotif dan elektronik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Majlis Makan Malam Gala sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimSementara itu, CCCC merupakan penyedia perkhidmatan infrastruktur berskala besar bertaraf global terkemuka.
Syarikat tersenarai di Bursa Hong Kong dan termasuk dalam senarai Fortune Global 500 itu merupakan kontraktor utama bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia, melalui anak syarikat tidak langsungnya, China Communication ECRL Sdn Bhd.
Kemajuan projek ECRL yang merentangi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sepanjang 665 kilometer kini menjadi simbol kerjasama erat antara kedua-dua negara.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/hari-kedua-pm-anwar-di-china-fokus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar In China For Sco Summit During 4 Day Visit

Anwar In China For Sco Summit During 4 Day Visit

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3925 hits
As Asean chair he will deliver remarks on Malaysia and Asean as a trade and investment hub as well as deliver a public lecture on building a shared future in Asia Prime Minister Anwar Ibrahim arriving in Tianjin China to begin a four day vi...
Anwar Arrives In Tianjin For Sco Summit Strengthening Ties With China

Anwar Arrives In Tianjin For Sco Summit Strengthening Ties With China

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 4026 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived in Tianjin China after attending the National Day 2025 celebration at Dataran Putrajaya earlier on Sunday to kick start a four day working visit to China
Merdeka 68 Presiden China Ucap Tahniah Kepada Pm Anwar Rakyat Malaysia

Merdeka 68 Presiden China Ucap Tahniah Kepada Pm Anwar Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2930 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Majlis Makan Malam Gala sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTIAN...
Aktiviti Pagi Hari Kedua Di Tunamaya Beach Spa Resort

Aktiviti Pagi Hari Kedua Di Tunamaya Beach Spa Resort

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 244 hits
Oleh kerana kami check in lewat malam tak ada lah cerita hari pertama di Tunamaya Beach Spa Resort ni Jadi terus hari kedua je Lepas solat subuh terus ke balkoni nak menikmati permandangan laut MashaAllah cantik betul Kami request nak full ...
Pmr Saluran Terbaik Kukuhkan Hubungan Kerajaan Dan Rakyat Kata Anwar

Pmr Saluran Terbaik Kukuhkan Hubungan Kerajaan Dan Rakyat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1691 hits
KUALA LUMPUR 23 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Program MADANI Rakyat menjadi saluran komunikasi penting antara kerajaan dan rakyat untuk menyampaikan maklumat mengenai usaha meningkatkan kesejahteraan hidup mengu...
Merdeka 68 Pm Anwar Hargai Komitmen Kesungguhan Petugas Hari Kebangsaan 2025

Merdeka 68 Pm Anwar Hargai Komitmen Kesungguhan Petugas Hari Kebangsaan 2025

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 4454 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni rakyat yang hadir kira kira 100 000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 1 Sep Komitmen serta kesungguhan...
Mappa Xx Anwar Umum Pelbagai Inisiatif Perkukuh Perkhidmatan Awam

Mappa Xx Anwar Umum Pelbagai Inisiatif Perkukuh Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 988 hits
KUALA LUMPUR 15 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelbagai langkah baharu untuk meningkatkan kecekapan profesionalisme dan kebajikan penjawat awam Ia termasuk penambahbaikan skim Angkatan Tentera Malaysia pemberian H...
I Want This To Really Work Anwar Tells Xi Malaysia To Fast Track Cooperation With China

I Want This To Really Work Anwar Tells Xi Malaysia To Fast Track Cooperation With China

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 210 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim meets with Chinese President Xi Jinping at the Great Hall of the People in Beijing on September 2 2025 Bernama picBEIJING Sept 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim expressed confidence that Malaysia s relations...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique

Syi Ir Tawassul Al Rifa Ie Doa Santri Dan Cahaya Ilmu

5 Game Penghasil Uang Langsung Ke Rekening Terbaik Legit

10 Pekerjaan Online Yang Ideal Untuk Ibu Rumah Tangga Fleksibel Dan Ringan Modal

Miso Ramen Recipe