Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam


Habis makan di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly, kami singgah ke Family Mart beli stok makanan. Lepas tu barulah check in Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru tengah malam. Ye, masa tu hampir jam 12.00 tengah malam.


Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru ni kami dah survey sehari sebelum. Hotel lama tapi masih okay untuk menginap sebab katanya seaview top notch! Itu yang saya mahukan. Sebab nak dapatkan seaview yang menakjubkan. 
Ikutkan jauh sikit dari tempat kerja Encik Suami. Tapi nak seaview punya pasal, kita menginap di sini je lah alang-alang dah sampai Desaru.

Di pondok pengawal tadi berhenti kejap dan beritahu pos pengawal untuk check in. Parkir dia senang tepi jalan menuju ke lobby tu je. Parkir ada kosong. Tak ramai sebab weekdays, hari Rabu pula tu



Hotel lama ni ada vibes seram-seram sikit. Tapi kami redah je lah, dah penat kot. Malas nak fikir pun ye. Lagi difikir tak jadi apa nanti. Kann...Lebih baik kita enjoy. ruang lobby yang luas dan selesa

Sementara Encik Suami urusan check in, saya ambil gambar dulu



Baru ambil beberapa keping gambar dah selesai urusannya. Bilik pun dah ready lama kan, nak tunggu apa lagi. Jomlah kita naik bilik. Masa kami booking dah siap-siap request high level dan full seaview, best seaview. 
Hotel ni tak tinggi mana pun, tiga tingkat je. Dapatlah tingkat tiga dan dapat tengah-tengah bangunan gitu betul-betul best seaview. Yelah, tak ramai orang menginap hari biasa dapatlah the best bilik. Cuba kalau weekend, lewat malam check in pula kan. Mesti dapat bilik apa yang available je.



Belakang dekorasi tu ada 3 lif untuk ke bilik. Bau dalam lif tak berapa nak best, bau kepam lepas tu agaknya dia sembur bau pewangi yang tak best, jadi tak best baunya. Aduhaii..sakit hidung kita wak. 
Lif lama kan. Faham-faham je lah. Selfie pun jadi tak cantik

tema hitam dan maroon
Keluar dari lif, laluan ke bilik. Rasanya ini kali pertama saya menginap di hotel yang laluannya terbuka. Kalau sorang ni boleh jadi seram jugalah



Bilik standard familyKami booking bilik standard family sebab nak katil queen. Kalau bilik dua orang ada katil single 2 je. Dia tak ada queen sahaja atau king. Itu yang booking bilik family terus ada 1 katil queen dan 1 katil single. Luas dan selesa. Jadinya semua barang ada 3 lah

Tapi kami tak ambil dengan sarapan sebab baca review sarapannya agak kurang. Takpelah, kami pun dah tukar cara makan sekarang. Tak makan breakfast dah, terus makan tengahari je. 



Bilik tak ada bau pelik. Selesa semuanya bersih. Okaylah untuk menginap 3 hari 2 malam di sini. Saja pilih 3 hari 2 malam disini baru puas dapat berehat sekali. Kalau bertukar hotel, nanti buang masa nak check out awal before 12.00 tengah hari, lepas tu nak kena tunggu jam 3.00 petang baru boleh check in

Masuk bilik, sebelah kanan ada almari terbuka. Saya suka jenis almari terbuka macam ni. Senang tak perlu buka tutup. 
Tak best hanger jenis melekat macam ni. Susah bagi orang rendah macam saya nak guna. Disediakan selipar bilik, laundry service dan tag gantung di pintu. Apa entah nama dia. Senang ada tag ni boleh letak sebab tak nak mereka masuk dan kemas. 


Sebelah almari ruang minuman dan bawahnya ada peti ais.  Air botol minuman tu memang sentiasa habis sebab kami kuat minum air masak juga. Tambah lagi kami beli 2 botol air spritzer yang besar. 


Di sebelah kiri dari pintu masuk bilik air dan toilet dalam satu ruang yang sama. Sekali tengok sinki dia. Aduhaii...betul-betul lama tak direnovate ni. Dia tak kotor tau tapi sebab dah lama, susah nak dibersihkan



Sebelah sinki disediakan toiletries yang diperlukan.  


Lantai bilik air dia agak tak best juga. Macam simen je. Cat hitam bagi tak nampak kotor sangat kot. Water heater macam di rumah kaedah dia. Tak rasa macam di hotel. Gaya hotel lama beginilah.



Tuala diletakkan atas tilam. Yang ni menarik untuk dipotretkan. Cantik lah sikit kan untuk sambut tetamu



Ada vanity mirror. Selfie kejap walaupun lighting tak on point. Tak banyak ambil gambar sebab malam tak secerah waktu siang. Banyak gambar kusam nanti. Tak menarik


Sebelah katil di sliding door balkoni ada dua lounge chair. Bolehlah bersantai layan permandangan seaview nanti. Kena terbalikkan menghadap balkoni. Ni dia susun menghadap ke dalam bilik



Dah ambil gambar dalam bilik. Jom tengok di luar balkoni. Tak nampak laut nun di sana. Gelap pekat. Hanya kedengaran bunyi ombak. Wahh bestnya! Itu pun dah rasa macam healing. Tak sabar nak turun ke pantai esok



Ada swimming pool dan macam-macam aktiviti disediakan. Permandangan dari dalam bilik untuk keluar. Kira luas jugalah untuk kami berdua.



Oh ya, air cond pun macam di rumah. Bukan jenis aircond centralized tu. Saya rasa bilik semua ni dah dinaik taraf sikit sebab nampak macam okay je perabot semua. Bilik bersih. Cuma bilik air tu je lah agak spoil sikit dari pandangan mata. 

Tilam dan bantal empuk okay, lena kami tidur walaupun macam-macam bunyinya. Bilik macam tak kedap bunyi. Penat dan mengantuk, mujur dapat tidur lena. Lebih kurang jam 2.00 pagi jugalah baru kami tidur lepas berehat, bersihkan diri dan solat. 
Tak best check in lewat ni, rugi masa sikit nak berehat lama tu. Paling untung kalau check in awal seawal jam 2.00 petang kalau bilik dah ready. Boleh rehat dalam bilik lama sikit. Tapi apa nak buat, perjalanan jauh dan banyak persinggahan pula. 
Tunamaya Beach & Spa Resort DesaruBandar Penawar, 81930, Johor Darul Ta'zim



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/08/tunamaya-beach-spa-resort-desaru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Pagi Hari Kedua Di Tunamaya Beach Spa Resort

Aktiviti Pagi Hari Kedua Di Tunamaya Beach Spa Resort

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 79 hits
Oleh kerana kami check in lewat malam tak ada lah cerita hari pertama di Tunamaya Beach Spa Resort ni Jadi terus hari kedua je Lepas solat subuh terus ke balkoni nak menikmati permandangan laut MashaAllah cantik betul Kami request nak full ...
Makan Malam Awal Di Rumah Panggung Cafe

Makan Malam Awal Di Rumah Panggung Cafe

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 153 hits
Encik suami sampai rumah awal lebih kurang jam 6 00 petang macam tu Ajak makan di luar je lah Makan malam awal sikit di Rumah Panggung Cafe yang tak jauh dari rumah Rumah Panggung Cafe dengan suasana baruIni kali kedua kami singgah makan di...
Makan Malam Di Ghanim Kitchen Chinese Muslim Restaurant

Makan Malam Di Ghanim Kitchen Chinese Muslim Restaurant

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum WBTHARI selasa lepas kononnya nak masak la PI request Kari Sotong dan Ayam Goreng Dah siap rendam dah semuanya lepas tu Sk terbaca kat thread ada yang share Ghanim Seafood Restaurant dah dibuka semula di lokasi yang lain Ked...
Makan Malam Nasi Berlauk Mekraa

Makan Malam Nasi Berlauk Mekraa

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 100 hits
Assalamualaikum WBT 15 Mei 2025CERITA tertinggal keretapi ni hehehe Sk tak masak PI belum makan nasi hari tu dan PI kata ada kedai nasi berlauk malam di Kempas Kami guna waze lepas pusing pusing tahulah waze ni kan suka cilok sana sini laaa...
Jadwal Al Nassr Vs Al Ahli Di Final Saudi Super Cup 2025 Malam Ini Penentuan Juara

Jadwal Al Nassr Vs Al Ahli Di Final Saudi Super Cup 2025 Malam Ini Penentuan Juara

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 152 hits
Ikuti analisis dan berita bola terkini dari Eksklusif di LigaKampung com Ligakampung com Jakarta Kompetisi Saudi Super Cup 2025 akhirnya mencapai klimaks Laga pamungkas akan mempertemukan dua klub besar Arab Saudi Al Nassr dan Al Ahli dalam...
Dua Malam Layan Tiga Lelaki Dalam Hotel

Dua Malam Layan Tiga Lelaki Dalam Hotel

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 149 hits
ADNAN IBRAHIMKLUANG Seorang wanita ditangkap berkhalwat bersama tiga lelaki dalam satu bilik sebuah hotel di bandar ini selepas pemeriksaan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor malam tadi Sumber JAINJ berkata wanita b...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Drama Rumah Tanpa Luka

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yummy Bbq Pit Beef Recipe

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam