Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Tema Raptai Atur Cara Kemudahan Aktiviti


Sambutan Hari Kebangsaan 2025:  Tema, Raptai, Atur Cara, Kemudahan, Aktiviti
Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bersempena memperingati sejarah kemerdekaan negara, pembentukan dan pencapaian Malaysia.
Tahun ini, Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bakal menyajikan pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung dalam menyemarakkan semangat patriotik.
Seperti tahun lalu, Dataran Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bagi peringkat kebangsaan yang bertemakan ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’.
Bertepatan dengan sambutan yang bakal diraikan kurang lagi dua minggu, SK kongsikan butiran mengenai raptai, atur cara dan aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang sambutan ini di bawah.
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Maksud Tema Hari Kebangsaan 2025
Perkataan “Malaysia MADANI”  melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran, dan perpaduan masyarakat.
Manakala “Rakyat Disantuni” pula  menyentuh menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.
Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme, sebuah lagu berjudul Malaysia Madani Rakyat Disantuni yang dihasilkan oleh Affan Mazlan (Komposer & Penulis Lirik) yang dinyanyikan oleh Biduanita Negara, Dato’Siti Nurhaliza.
Lagu ini merupakan hasil terbitan Orkestra RTM.
Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan berlangsung selama tiga hari dari 27 Ogos hingga 29 Ogos 2025.
Pada 29 Ogos, raptai penuh akan dilakukan bermula jam 6.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.

Atur Cara Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bakal diadakan di Dataran Putrajaya pada tanggal 31 Ogos 2025. Berikut atur cara majlis;
7.00 pagi: Ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
7.10 pagi: Ketibaan YB Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
7.15 pagi: Ketibaan Dif-dif Kehormat
7.40 pagi: Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri II dan isteri
7.45 pagi: Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri I dan isteri
7.50 pagi: Ketibaan YAB Perdana Menteri dan isteri
8.00 pagi: Keberangkatan Tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Hormat Diraja “Negaraku” oleh Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Lintas hormat Unit Helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pemeriksaan KKU oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Hormat Diraja “Negaraku” oleh KKU Upacara menaikkan Jalur Gemilang (Tembakan meriam 14 das) Bacaan Ikrar Rukun Negara Perbarisan Kontinjen dan Perarakan Aset Persembahan Lintas Udara Persembahan Khas MADANI 10.00 pagi: Keberangkatan Balik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
YAB Perdana Menteri dan isteri meninggalkan majlis YAB Timbalan-Timbalan Perdana Menteri dan isteri meninggalkan majlis Dif-dif Kehormat meninggalkan majlis Majlis bersurai
Layout Majlis Sambutan

 
Kemudahan Yang Disediakan Terdapat pelbagai kemudahan disediakan kepada pengunjung melibatkan kemudahan Orang Awam, Lot Parkir, Pengangkutan Awam dan Perkhidmatan Teksi Air.
Inisiatif ini bagi memastikan kelancaran sepanjang majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung.
Kemudahan Orang Awam & Lot Parkir

Kemudahan Pengangkutan Awam & Perkhidmatan Teksi Air

Aktiviti-Aktiviti Menarik Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung pada bulan kemerdekaan ini antaranya;

Jadi, jom ramai-ramai hadir memeriahkan lagi serta sama-sama merasai sambutan Hari kemerdekaan kali ini.
Untuk maklumat lanjut dan terkini bagi sebarang perubahan boleh layari laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di pautan https://www.penerangan.gov.my/
BACA JUGA: ‘Anak Merdeka Malaysia’ Diperkenal, Khas Untuk Individu Lahir 31 Ogos & 16 Sept BACA JUGA: Makna Tema & Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025 The post Sambutan Hari Kebangsaan 2025: Tema, Raptai, Atur Cara, Kemudahan, Aktiviti appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/19/sambutan-hari-kebangsaan-2025-tema-raptai-atur-cara-kemudahan-aktiviti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 2426 hits
Membincangkan Pengisian Program Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2025Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni Menjelang Ogos biasanya setiap agensi atau Jabatan akan mulai membuat berbagai program pengisian sempen...
Dilarang Terbang Dron Semasa Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Di Dataran Putrajaya

Dilarang Terbang Dron Semasa Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Di Dataran Putrajaya

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1192 hits
Dilarang Terbang Dron Semasa Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Di Dataran Putrajaya PUTRAJAYA 23 Ogos Orang ramai diingatkan tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa semasa persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2025...
Template Buku Program Hari Kebangsaan 2025

Template Buku Program Hari Kebangsaan 2025

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 352 hits
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan kesejahteraan sosial dan keadilan Konsep Malaysia MADANI melibatkan prinsip yang seimbang antara pe...
Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2362 hits
21 Ogos 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg Datin Paduka Rahilah Rahmat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu...
Cara Menilai Harga Blog Panduan Lengkap Blogger Malaysia 2025

Cara Menilai Harga Blog Panduan Lengkap Blogger Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 849 hits
Cara Menilai Harga Blog Kadar Caj Artikel TajaanMenentukan harga blog adalah salah satu kemahiran penting bagi setiap blogger yang ingin menjana pendapatan secara konsisten Sama ada korang baru bermula atau sudah lama aktif menulis mengetah...
Emas Sukan Dunia Hadiah Sempena Hari Kebangsaan Cheong Min

Emas Sukan Dunia Hadiah Sempena Hari Kebangsaan Cheong Min

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR 11 Ogos Ratu wushu negara Tan Cheong Min yang memperoleh pingat emas pertama dalam acara wusyu di Sukan Dunia pada Sabtu lepas mendedikasikan kejayaan tersebut sebagai hadiah sempena Hari Kebangsaan yang bakal diraikan tidak la...
Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Cara Mohon Tarikh Bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Cara Mohon Tarikh Bayaran

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 1131 hits
Permohonan dan semakan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 boleh dibuat dengan mudah melalui laman web rasmi STR di Sumbangan Tunai Rahmah 2025 merupakan bantuan tunai langsung yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan miski...
Aktiviti Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris Ppim 12 08 2025

Aktiviti Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris Ppim 12 08 2025

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 1243 hits
12 Ogos 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Sidang Media Kes Arwah Syamsul Haris di Banquet Hall Syed Bistro KL Sidang media bertujuan menuntut keadilan dan pembelaan ke atas kematian Allahyarham Syamsul Haris
13 Ogos 2025 Hari Kidal Sedunia

13 Ogos 2025 Hari Kidal Sedunia

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 905 hits
Hari ni 13 Ogos 2025 rupanya adalah Hari Kidal Sedunia Bagi orang biasa mungkin tarikh ni tak ada apa apa yang istimewa tapi bagi kami sekeluarga ia memang ada makna Sebabnya si kakak yang manis tu adalah seorang kidal tulen Sejak kecil lag...
Leona Sakat Rees Tentang Ciri Ciri Kekasih Hati Ramai Wanita Tak Keruan Asslamualaikum Adik Ipar

Another Knock For Zii Jia In Opener Defeat To Jun Hao

Over 190 People Evacuated From Flooding In Beaufort

Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

Dia Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian Ramai

Iuc Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa Di Jepun

Is Cooking With Ghee Healthy Or Unhealthy

How Businesses Can Stay Competitive


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Beradik Akhirnya Ada Sijil Lahir Bapa Menangis Sujud Syukur

G2g Animal Garden Maeps Serdang Lewati Mini Zoo Mesra Kanak Kanak

Bagaimana Cara Kita Menyambut Ramadhan

Tahap Keradangan Terlalu Tinggi

Tiny11builder Ciptakan Iso Windows 11 Tanpa Bloatware

Cara Dapatkan Lossless Audio Di Spotify