Aktiviti Menarik Percutian 2 Hari 1 Malam Di Temerloh Dan Kuala Gandah Pahang


Assalamualaikum semua hari ni saya nak share tentang perjalanan percutian kami yang dirancang last minute ke 'Bandar Ikan Patin' Temerloh dan Kuala Gandah, Lanchang di negeri Pahang.


Mercu tanda bandar Temerloh di tepi sungai Pahang
Mulanya nak cari tempat mandi manda untuk anak-anak dan sepupunya, akhirnya jumpa cadangan ke Temerloh iaitu ke Kubang Gajah Waterpark yang terletak di tengah bandar Temerloh. Sambil-sambil tu misi mencari ikan patin tempoyak la kan. 
Kami bertolak sekitar jam 9 pagi dari Beranang melalui Gombak terus ke Temerloh ikut LPT. Perjalanan kira-kira 2 jam lebih juga la sebabkan berhenti isi minyak dan sebagainya.

Sampai di Temerloh mula-mula kami singgah makan tengahari dulu di Restoran Gobang Maju. Misi mencari ikan patin tempoyak dan juga makanan lain tercapai. Memang sedap tak hanyir ikan patin tempoyak di sini. 


Makan nasi panas dan lauk ikan patin tempoyak
Habis makan kami terus ke Kubang Gajah Waterpark mandi manda di kolam rekreasi yang disediakan. Alhamdulillah cuaca amat baik hari tersebut dan anak-anak sangat gembira main air. Di sini ada disediakan pondok-pondok untuk keluarga berehat yang perlu disewa sebanyak RM35/pondok. Setiap pondok ada disediakan buaian untuk anak kecil dan juga kipas dan tikar. 


Kubang Gajah Waterpark, Temerloh
Tiket masuk dan waktu operasi
Selesai aktiviti mandi kolam, kami bergerak ke hotel untuk check in dan berehat sebentar serta solat. Kira-kira selepas asar kami bergerak keluar ke Esplanade Temerloh yang terletak betul-betul disebelah sungai Pahang. Terdapat pekan sari (pasar malam) yang tidak silap setiap selasa petang hingga ke malam. Pelbagai jenis makanan masakan Pahang boleh dibeli di sini. 


Pekan Sari di sekitar Espalanade Temerloh
Di Esplanade ini juga terdapat foodcourt yang disediakan untuk penduduk tempatan dan luar untuk menikmati pelbagai jenis lauk pauk dan masakan panas mengikut selera masing-masing sambil dapat melihat pemandangan sungai Pahang dan mercu tanda bandar Temerloh.

Habis aktiviti meronda di Esplanade Temerloh kami kembali ke hotel untuk bersihkan diri dan berehat sementara menunggu malam. Makan malam kami cuma makan di kedai bersebelah hotel tempat menginap.

Hari seterusnya, selesai check out dan sarapan pagi, kami terus menghala ke Kuala Gandah untuk aktiviti seterusnya. Sebelum sampai ke Kuala Gandah kami singgah di mercu tanda Titik Tengah Semenanjung Malaysia yang terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang Pahang.

Alhamdulillah sempat bergambar dengan monumen Titik Tengah semenanjung Malaysia yang mana ini adalah pengalaman kali pertama kami di sini. SubhanAllah, sungguh saya tak sangka saya akan jejakkan kaki di titik tengah semenanjung Malaysia, alhamdulillah syukur.


Titik Tengah Semenanjung Malaysia
Mercu Tanda Titik Tengah Semenanjung Malaysia
Selesai aktiviti di sini kami terus ke Kuala Gandah bertujuan melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre) yang ada di sini. Menurut info yang diterangkan, ini adalah satu-satunya pusat konservasi gajah yang ada di Malaysia dan masuk adalah percuma. 

Namun, pengunjung boleh memilih untuk memberi sumbangan kewangan di kaunter masuk sebagai tanda menyokong usaha pemeliharaan gajah-gajah yang ada di sini.


Ambil gambar sebelum masuk
Acara beri gajah makan
Selain dapat melihat gajah-gajah liar diberi perlindungan  dan keselamatan dari ancaman pupus, kami juga berpeluang melihat anak-anak gajah mandi di sungai bersama penjaga mereka dan ada acara beri gajah makan. Jika air sungai tidak tinggi, pengunjung juga boleh bersama-sama mandi sungai bersama gajah-gajah ini. 


Acara gajah mandi sungai
Seterusnya kami ke Deerland Park, Lanchang yang terletak kira-kira tidak jauh dari Pusat Konservasi Gajah. Ini adalah kawasan milik dan diuruskan secara persendirian. Pengunjung berpeluang menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitat haiwan liar yang dijaga di sini.


Beri makan pada rusa
Alhamdulillah, anak-anak sangat gembira dengan percutian kali ini ke Temerloh dan Lanchang, Pahang. Selain dapat mandi kolam rekreasi, mereka juga dapat merasa pengalaman 'back to nature' dan melihat alam semulajadi. 

Sebelum pulang, kami sempat singgah makan tengahari di gerai di sekitar kampung di sini.

Harap dapat kembali lagi ke Temerloh selepas trip ini.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eksplorasilea.com/2020/02/cerita-bercuti-di-tempat-menarik-Temerloh-Lanchang-Pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Day 1 3 Hari 2 Malam Percutian Kami Di Berjaya Resort Pulau Tioman

Day 1 3 Hari 2 Malam Percutian Kami Di Berjaya Resort Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 1443 hits
3 HARI 2 MALAM PERCUTIAN KAMI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Lama tak bercuti jauh jauh Baru baru ini kami bercuti jauh sket je ke Berjaya Resort Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam Tapi entri ini ...
Pengalaman 3 Hari 2 Malam Bercuti Di Hatyai Dan Songkhla

Pengalaman 3 Hari 2 Malam Bercuti Di Hatyai Dan Songkhla

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 581 hits
Lokasi Hatyai yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia menjadikan ia satu destinasi pelancongan di Thailand yang cukup popular dikunjungi oleh rakyat Malaysia Hatyai merupakan salah satu bandar yang terbesar di Thailand yang mempun...
4 Makanan Yang Pantang Dikonsumsi Pada Malam Hari Jika Ingin Menurunkan Berat Badan

4 Makanan Yang Pantang Dikonsumsi Pada Malam Hari Jika Ingin Menurunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 282 hits
Makanan tinggi serat bisa membantu organ pencernaan dan membuat perut kenyang lebih lama Walau begitu terdapat juga makanan yang berdampak sebaliknya dan malah membuat upayamu untuk menurunkan berat badan menjadi percuma
Doa Dikabulkan Pada Malam Hari

Doa Dikabulkan Pada Malam Hari

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 756 hits
Doa dikabulkan pada malam hari bahkan seluruh malamnya Namun ada dari malam tersebut yang lebih dikabulkan doa Posting ditampilkan lebih awal di
Rezeki Wartawan Hari Ini Agong Belanja Makan Tempoyak Ikan Patin Pahang

Rezeki Wartawan Hari Ini Agong Belanja Makan Tempoyak Ikan Patin Pahang

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 471 hits
Rezeki Wartawan Hari Ini Agong Belanja Makan Tempoyak Ikan Patin Pahang Jika sebelum ini para pengamal media yang bertugas di Istana Negara dijamu dengan makanan segera iaitu KFC dan MacDonald tetapi hari ini dikatakan lebih istimewa Meneru...
Dia Belanja Satu Kedai Tanggung Dana Ceramah Ustaz Keliling Pahang Lepas Lima Hari Pergi Ali Dedah Kebaikan Abam

Dia Belanja Satu Kedai Tanggung Dana Ceramah Ustaz Keliling Pahang Lepas Lima Hari Pergi Ali Dedah Kebaikan Abam

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 363 hits
Pemergian pelawak terkenal Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey baru baru ini ternyata meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi seluruh rakyat Malaysia B...
10 Hotel Menarik Sekitar Kuala Lumpur Yang Menjadi Pilihan

10 Hotel Menarik Sekitar Kuala Lumpur Yang Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 369 hits
10 Hotel Menarik Sekitar Kuala Lumpur Menjadi Pilihan Ada yang nak bercuti tapi tak nak perjauh dari Kuala Lumpur Ada yang nak bercuti sambil bekerja bawa anak dan keluarga Kuala Lumpur ibukota Malaysia kalau nak tahu sebenarnya di KL banya...
Itenari Percutian Tempat Tempat Menarik Di Bandaraya Ipoh

Itenari Percutian Tempat Tempat Menarik Di Bandaraya Ipoh

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 463 hits
Mahu mencari destinasi tempat menarik di sekitar Bandaraya Ipoh Jika ya ikuti posting ini yang merupakan olahan daripada perkongsian itenari seorang gadis ketika bercuti ke Ipoh Perak sekitar awal Januari 2020 Kisah percutian gadis ini mene...
5 Wisata Semarang Yang Wajib Dikunjungi Saat Malam Hari

5 Wisata Semarang Yang Wajib Dikunjungi Saat Malam Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 288 hits
Beberapa kawasan wisata di Semarang tidak hanya dapat dikunjungi di pagi atau siang hari tetapi juga masih dapat dinikmati di malam hari Berikut beberapa rekomendasi tempat wisata malam hari di Semarang yang patut untuk dicoba
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord