Pengalaman 3 Hari 2 Malam Bercuti Di Hatyai Dan Songkhla



Lokasi Hatyai yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia menjadikan ia satu destinasi pelancongan di Thailand yang cukup popular dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Hatyai merupakan salah satu bandar yang terbesar di Thailand yang mempunyai banyak tarikan yang terutamanya gerai makan, pusat urutan badan dan tempat-tempat membeli-belah

HATYAI merupakan lokasi percutian yang dah lama kami rancangkan. Setelah beberapa kali rancangan kami untuk bercuti ke sini tidak berjaya, akhirnya pada awal tahun 2020 yang lepas kami sampai juga ke sini

KOS PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN KE HAT YAI

Saya dan beberapa orang kawan ke Hatyai dengan menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan terus ke Bandar Hatyai. Cara ini lebih memudahkan dan menjimatkan masa bagi kami yang berada di Kuala Lumpur untuk ke Hatyai. Kos pengankutan bas pergi balik dari Kuala Lumpur - Hatyai - Kuala Lumpur adalah RM150 seorang (Suasana Tony Coach). Untuk kos penginapan pula, hanya RM60.15 seorang untuk 2 malam di Tanaphat hotel Hat Yai yang ditempah melalui aplikasi Agoda

LOKASI MENARIK SEKITAR HAT YAI DAN SONGKHLA
Hari pertama di Hatyai, kami hanya menggunakan khidmat pengangkutan grab van sahaja kerana lokasi-lokasi yang kami pergi hanya sekitar bandar Hatyai dan dekat antara satu sama lain. Hari ke dua barulah kami menggunakan khidmat sewa van untuk ke Songkhla. Jom kita tengok beberapa tempat menarik yang sempat kami singgah sepanjang 3 hari 2 malam di Hatyai dan Songkhla ni

Chabura Dim Sum

Lokasi pertama yang kami kunjungi selepas check in penginapan kami di Hatyai . Restoran makanan dim sum halal yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia iaitu Restoran Dimsum Chabura Hatyai



Kat sini memang banyak sangat pilihan jenis dimsum yang korang boleh cuba. Selain dimsum, menu lain seperti tomyam, somtam dan nasi goreng juga turut disediakan di sini. Waktu operasi kedai Dimsum Chabura ini dari pukul 6 pagi sehingga 2 petang sahaja. Kedai Dimsum ni dibuka waktu pagi hingga tengahari saja (khusus untuk sarapan pagi hingga makan tengahari)Alamat: Hatyai, Tambon Khlong Hae, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (6 am - 2 pm)Khlong Hae Floating Market

Selepas solat zohor, kami meneruskan perjalanan kami ke pasar terapung Hatyai atau lebih dikenali dengan nama Khlong Hae Floating Market. Ini merupakan lokasi pelancongan ikonik di Hatyai yang korang wajib singgah. Ada berpuluh sampan di sepanjang tebing sungai yang menjual berbagai jenis makanan Thailand yang enak-enak. Dari snek, makanan berat, minuman manis, jus buah, pencuci mulut ke makanan bersup, semuanya ada. Paling unik, ada minuman yang dihidangkan dalam bekas tanah liat. 

Selain dari peniaga yang meniaga di atas bot, korang juga boleh membeli belah pelbagai barangan termasuk t-shirt dan cenderahati di bazar ya berada bersebelahannya sahaja
Alamat: Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu & Ahad (1pm - 9pm)Central Festival Mall Hatyai


Central Festival Mall merupakan sebuah pusat membeli-belah yang terbesar di Hatyai  iaitu seluas 250,000 meter persegi. Bukan setakat outlet-outlet antarabangsa dan tempatan serta kedai makan sahaja ada di sini, tarikan lain seperti ice skating rink, pusat boling, wayang 3D Imax, permainan arked dan banyak lagi turut tersedia di sini
Alamat: 1520 Kanjanavanich Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (11am - 9pm)Asean Night Bazaar
Lokasi penutup untuk hari pertama kami di Hatyai  adalah Asean Night Market. Memandangkan ianya tidak terlalu jauh dari Central Festival Mall Hatyai , maka kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja sambil exercise. 
Untuk pengetahuan korang semua, Asean Night Market ni merupakan pasar malam yang terbesar di bandar Hatyai dan mempunyai dua (2) tingkat bazar. Di sini menjual pelbagai jenis barangan dan makanan di sebelah malam

Tingkat 1 menempatkan kedai-kedai yang menjual barangan seperti kasut, pakaian, aksesori wanita, produk-produk make up, gadjet-gadjet, aksesori handphone, aksesori komputer dan banyak lagi yang mana harganya jauh lebih murah dan berpatutan

Tingkat 2 merupakan food court. Terdapat banyak gerai makanan halal yang menjual makanan seperti pizza, tomyam, masakan panas dan masakan Thailand disini
Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hatyai , Amphoe Hatyai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad (3pm - 10.30pm)Hat Yai Municipal Park

Taman ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Hatyai. Boleh dikatakan ia sebuah taman keagamaan kerana terdapat banyak statue atau patung Buddha yang besar-besar. Antara tarikan pelancong di sini adalah patung besar Guan Yin, patung Buddha Ketawa dan patung Buddha Berdiri


Dari puncak bukit pula, anda berpeluang menikmati keindahan sekitar Bandar Hatyai. Untuk ke puncak bukit, anda boleh berjalan kaki ataupun menaiki kereta kabel yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung
Alamat: Kho Hong, Hatyai District, Songkhla 90110, Thailand
Waktu Operasi: Setiap hari (9am - 5pm)Samila Beach
Samila beach merupakan pantai yang sangat popular di Songkhla. Tarikan utama disini adalah Golden Mermaid, sebuah patung ikan duyung yang sedang menyikat rambut dipercayai membawa tuah dan kekayaan kepada rakyat Songkhla


Walaupun pantainya tidak sesuai untuk mandi manda, Pantai Samila memang panjang dan waktu petang disini sangat meriah. Banyak gerai-gerai orang berniaga cenderahati dan street food di sepanjang pantai tersebut


Untuk ke Samila Beach ni, perjalanan akan memakan masa lebih kurang 45 minit dari Hatyai. Jika korang datang berkumpulan, seeloknya sewa sebuah van untuk perjalanan sehari. Lebih jimat dari korang naik grab atau tuk tuk sehala. Paling tidak banyak lagi lokasi menarik di sekitarnya korang boleh lawati

Songkhla Old Town

Alang-alang dah sampai di Songkhla, kami dibawa pusing-pusing sekitar Songkhla Old Town. Keadaan di sini boleh dikatakan seakan-akan heritage town yang ada di negara kita seperti Pulau Pinang, Melaka dan Ipoh

Bangunan lama dijaga rapi untuk mengekalkan tradisi dan seni bina lama untuk menjaga nilai Estetika kawasan ini, untuk menarik lebih banyak pelancong. Di Songkhla Old Town ini juga ada banyak lokasi ‘street art’ yang mana beberapa mural yang dilukis pada dinding-dinding bangunan. Kami diberitahu bahawa, bangunan-bangunan disini sudah wujud sejak kurun ke-19 dan ianya lokasi yang sangat insta-whorty

Good Mountain Cafe

Good Mountain Cafe, Songkhla, merupakan sebuah cafe baru di di atas Bukit Kuti, Wilayah Songkhla dengan keindahan pemandangan panorama laut Songkhla


Pastikan korang berhati-hati jika ke sini kerana jalan mendaki yang agak curam. Cafe ini ada menghidangkan banyak pilihan makanan dan minuman termasuk dessert yang sedap
Alamat: ต.เกาะยอ เกาะยอ Mueang Songkhla District, Songkhla 90100, ThailandWaktu Operasi: Setiap hari (10am - 7pm)Songkhla Central Mosque

Ketika dalam perjalanan pulang ke Hatyai  dari Samila Beach, kami sempat berhenti untuk menunaikan solat asar di Masjid Pusat Songkhla. Masjid ini telah menjadi simbol kewujudan masyarakat Muslim di Songkhla, dan dikatakan sebagai masjid yang terbesar di selatan Thailand. Masjid ini agak terkenal bukan hanya kerana saiznya yang besar malahan adalah kerana fungsinya yang juga menjadi tempat pernikahan ramai orang yang datang ke Thailand


Jika dilihat pada senibinanya, ianya diadaptasikan dari senibina agung Taj Mahal. Anda disarankan supaya datang ke sini pada waktu petang untuk melihat keindahan masjid berlatarbelakangkan matahari terbenam
Alamat: 352 หมู่ที่ Lopburi Ramesuan Rd, Khlong Hae, Hatyai District, Songkhla 90110, ThailandBagi korang yang datang bercuti secara berkumpulan dan memerlukan khidmat sewa van di Hatyai . Saya cadangkan korang untuk menghubungi En. Zolahudin di aplikasi whatapps +66 862884277 atau emailkan pertanyaan korang di [email protected]. Apa yang menariknya, beliau seorang tour guide di Hatyai yang boleh berbahasa melayu dan sangat bagus memberikan perkhidmatannya. Untuk maklumat lanjut korang boleh follow Facebook page beliau di S&N Travel 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2020/02/bercuti-di-hatyai-dan-songkhla.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Wisata Semarang Yang Wajib Dikunjungi Saat Malam Hari

5 Wisata Semarang Yang Wajib Dikunjungi Saat Malam Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 288 hits
Beberapa kawasan wisata di Semarang tidak hanya dapat dikunjungi di pagi atau siang hari tetapi juga masih dapat dinikmati di malam hari Berikut beberapa rekomendasi tempat wisata malam hari di Semarang yang patut untuk dicoba
Penampakan Makhluk Di Uia Sepanjang 10 Hari Penuntut Diarah Bercuti

Penampakan Makhluk Di Uia Sepanjang 10 Hari Penuntut Diarah Bercuti

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 657 hits
Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak telah diarahkan oleh pihak pentadbiran kampus unuk bercuti selama 10 hari mulai 13 sehingga 23 Februari 2020 sebagai langkah awal pencegahan wabak koronavirus baharu atau Covid 19 Walau...
5 Kuliner Semarang Malam Hari Yang Cocok Disantap Malam Hari Wajib Dicoba

5 Kuliner Semarang Malam Hari Yang Cocok Disantap Malam Hari Wajib Dicoba

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 293 hits
Dari semua wisata kuliner di Semarang ada beberapa tempat makan yang menarik untuk dikunjungi di malam hari Berikut merdeka com merangkum beberapa tempat kuliner Semarang yang dapat dikunjungi di malam hari
Aktiviti Menarik Percutian 2 Hari 1 Malam Di Temerloh Dan Kuala Gandah Pahang

Aktiviti Menarik Percutian 2 Hari 1 Malam Di Temerloh Dan Kuala Gandah Pahang

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 939 hits
Assalamualaikum semua hari ni saya nak share tentang perjalanan percutian kami yang dirancang last minute ke Bandar Ikan Patin Temerloh dan Kuala Gandah Lanchang di negeri Pahang Mercu tanda bandar Temerloh di tepi sungai PahangMulanya nak ...
Day 1 3 Hari 2 Malam Percutian Kami Di Berjaya Resort Pulau Tioman

Day 1 3 Hari 2 Malam Percutian Kami Di Berjaya Resort Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 1443 hits
3 HARI 2 MALAM PERCUTIAN KAMI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Lama tak bercuti jauh jauh Baru baru ini kami bercuti jauh sket je ke Berjaya Resort Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam Tapi entri ini ...
Doa Dikabulkan Pada Malam Hari

Doa Dikabulkan Pada Malam Hari

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 756 hits
Doa dikabulkan pada malam hari bahkan seluruh malamnya Namun ada dari malam tersebut yang lebih dikabulkan doa Posting ditampilkan lebih awal di
Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan Indonesia

Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan Indonesia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 586 hits
Kita kalau nak cari pemandangan pantai atau kolam yang cantik kita decide nak pergi Maldives Ya di sana pemandangan lautnya sangat cantik tapi sudah pastinya kos yang diperlukan sangat tinggi kan Tapi jangan risau sebenarnya ada je destinas...
4 Makanan Yang Pantang Dikonsumsi Pada Malam Hari Jika Ingin Menurunkan Berat Badan

4 Makanan Yang Pantang Dikonsumsi Pada Malam Hari Jika Ingin Menurunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 282 hits
Makanan tinggi serat bisa membantu organ pencernaan dan membuat perut kenyang lebih lama Walau begitu terdapat juga makanan yang berdampak sebaliknya dan malah membuat upayamu untuk menurunkan berat badan menjadi percuma
Pengalaman Bercuti 4h3m Di Surabaya Tumpak Sewu Kawah Ijen Dan Bromo

Pengalaman Bercuti 4h3m Di Surabaya Tumpak Sewu Kawah Ijen Dan Bromo

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 585 hits
Assalamualaikum Bulan Januari seperti biasa saya dan kawan kawan geng lelaki akan travel ke luar negara Macam biasa negara dipilih adalah Indonesia Destinasi kali ini Surabaya Sebelum ini kami pernah travel bersama ke Medan Yogjakarta Banda...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord