Akibat Suka Menunjuk Nunjuk Di Laman Media Sosial Ramai Yang Muflis Muda


Kajian dari golongan muda di Korea Selatan ini lebih kurang sama dengan Malaysia. Akibat suka menunjuk-nunjuk apa yang ada di media sosial. Kasut baru, beg baru, percutian, kereta mewah, makanan mewah, ramai yang muflis akibat berhutang. 
Allah SWT menyuruh kita berhati-hati dalam segenap perkara dan meninggalkan keinginan yang terlampau. Yang paling utama adalah bersederhana dalam berbelanja iaitu tidak boros dan tidak pula kedekut sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan, ayat 67 yang bermaksud: "Dan orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." Yang perlu diingat ialah, kalau kita diberikan rezeki melebihi keperluan kita dan tanggungan, sedangkan pada masa sama, ada orang lain yang terlalu berhajat dengan keperluan hidup yang tidak mampu mereka peroleh, jangan pula kita menyorok tangan dengan tidak mengambil endah terhadap tanggungjawab sesama manusia.
 Kadangkala kita hanyalah perantara yang dilantik oleh Allah SWT untuk membantu sesama makhluk. Tetapi tentunya kita berasa terkilan untuk membantu orang yang tidak tahu berjimat cermat dalam urusan hidupnya. Tiada wang simpanan untuk pendidikan anak, kehidupan pada usia tua, ketika kecemasan, ihsan kepada orang lain sebagai sedekah, untuk mengembangkan syiar agama dan sebagainya kerana terlalu bermewah dengan apa yang ada dan wang habis sekelip mata, sebaliknya tidak malu meminta wang dengan orang lain atas nama hutang untuk menanggung kehidupan. Nabi 
Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Maka bergembiralah dan berharaplah terhadap apa yang mudah bagimu. Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku khuatirkan atas kamu, tapi aku mengkhuatirkan atas kamu kalau dibentangkan dunia untuk kamu sebagaimana yang pernah dibentangkan bagi orang sebelum kamu, lantas kamu berlumba-lumba merebutnya, lalu membinasakan kamu sebagaimana dulu membinasakan mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Rasulullah sendiri tidak terlalu khuatir kalau-kalau umat Baginda akan menjadi fakir, tetapi Baginda takut kalau kita tertipu dengan dunia yang dihiasi dengan isinya yang sementara, yang semuanya hanyalah penyebab untuk kita ke neraka, dan itulah juga penyebab kita ke syurga, jika kita bijak membuat pilihan. Cermat dalam membelanjakan wang dan masa adalah keutamaan umat Islam untuk dijadikan contoh kepada bukan Muslim, supaya mereka dapat menyedari bahawa moral yang sekecil itu boleh memberi untung yang besar kepada agama. Tentulah umat Islam tidak rela terpedaya, kerana mereka diberikan petunjuk oleh Allah SWT agar menjauhi kesesatan. Orang yang terpedaya ialah orang yang tidak cermat dalam urusan dunia.


 Mereka tidak berjimat jika punya wang, mereka tidak rasa beruntung jika mempunyai masa, tidak berhati-hati apabila berbicara ketika orang ingin mendengar kata-katanya, tidak menghargai suami, isteri atau anak yang dianugerahkan Allah sehingga mempersiakan mereka, malah membazirkan semuanya tanpa rasa bersalah, akhirnya mereka tidak punya segala yang ada pada orang lain sama ada di dunia mahupun di akhirat. Salman Al-Farisi pernah datang kepada Abu Bakar As Siddiq r.a. ketika beliau sakit dan menghadapi kematiannya. Lalu Salman berkata, "Berpesanlah kepadaku, wahai khalifah Rasulullah". Abu Bakar menjawab: "Sesungguhnya Allah membukakan dunia untukmu kerana itu janganlah sekali-kali salah seorang dari antara kamu mengambilnya kecuali sekadar bekal keperluannya saja." Rasulullah dan sahabat menunjukkan contoh dan mengajarkan kepada umat Islam mengenai amalan berjimat cermat agar menjadi ikutan umat Islam seluruhnya sehingga ke akhir zaman demi kebajikan bersama. Sifat boros berbelanja wang atau masa sememangnya patut dijauhi kerana ia adalah amalan syaitan. Allah berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 27 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu sangat kufur kepada Rabb-Nya." 




Penulis, Nik Salida Suhaila Nik Salih Mine 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://infojelita.blogspot.com/2020/10/akibat-suka-menunjuk-nunjuk-di-laman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Akaun Parodi Atau Palsu Di Media Sosial Tindakan Undang Undang Sivil Boleh Dikenakan

Isu Akaun Parodi Atau Palsu Di Media Sosial Tindakan Undang Undang Sivil Boleh Dikenakan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 286 hits
Tambahnya lagi yang di luar negara memang susah nak banteras tetapi untuk individu dalam negara pihaknya cuba buat pendekatan agar rakyat Malaysia untuk jadi lebih bermoral iaitu nak cakap apa apa boleh tetapi jangan menipu Selain itu belia...
Tiada Arahan Sekatan Perjalanan Terhadap Penjawat Awam Pahang Seperti Tular Di Media Sosial

Tiada Arahan Sekatan Perjalanan Terhadap Penjawat Awam Pahang Seperti Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 303 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang tiada mengeluarkan arahan sekatan perjalanan keluar negeri kepada penjawat awamnya seperti yang tular di media sosial WhatsApp baru baru ini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata a...
Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial Sprm Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat Macau Scam

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial Sprm Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat Macau Scam

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 484 hits
Bila mendengar perkataan atau pun terma Macau Scam pasti ramai yang berfikiran ianya mungkin kegiatan yang didalangi warga asing dan tidak melibatkan rakyat tempatan di negara kita Namun siapa sangka rakyat tempatan atau orang kita sendiri ...
Menurut Hasil Penelitian Menyaksikan Konten Hewan Lucu Di Media Sosial Bermanfaat Untuk Kesehatan Dan Hubungan

Menurut Hasil Penelitian Menyaksikan Konten Hewan Lucu Di Media Sosial Bermanfaat Untuk Kesehatan Dan Hubungan

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 300 hits
Bukan kegiatan buang buang waktu Menyaksikan konten anabul yang bertingkah konyol ternyata punya manfaat
Tindakan Sivil Boleh Diambil Keatas Akaun Akaun Parodi Di Media Sosial Skmm

Tindakan Sivil Boleh Diambil Keatas Akaun Akaun Parodi Di Media Sosial Skmm

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 253 hits
Kebelakangan ini terdapat pelbagai akaun akaun media sosial yang memparodikan akaun akaun media sosial yang sahih seperti Bernama JAKIM Astro Awani dan sebagainya Terkini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengesahka...
Persenda Dr Noor Hisham Di Media Sosial Polis Akan Panggil Individu Terlibat

Persenda Dr Noor Hisham Di Media Sosial Polis Akan Panggil Individu Terlibat

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 588 hits
Polis akan memanggil pemilik akaun Facebook MGAG yang didakwa mempersendakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman media sosialnya Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathr...
Kuaso Laman Sosial Tular

Kuaso Laman Sosial Tular

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 260 hits
Lalala Minggu yo tek sik di update blog tuk Otedah hahaha Bukan apo minggu yo tek busy ikit dengan urusan kejo dan urusan peribadi jadi maso nak nulis terbatas ikit Mun di rumah pun jarang dapat peluang untuk menulis panjang pituk mun dah p...
Cara Buat Qr Code Web Lokasi Pejabat Menu Restoran Aplikasi Pembayaran Laman Sosial Kad Jemputan Kahwin Digital

Cara Buat Qr Code Web Lokasi Pejabat Menu Restoran Aplikasi Pembayaran Laman Sosial Kad Jemputan Kahwin Digital

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 599 hits
CARA BUAT QR CODE WEB LOKASI PEJABAT MENU RESTORAN APLIKASI PEMBAYARAN LAMAN SOSIAL KAD JEMPUTAN KAHWIN DIGITAL APA ITU QR CODE QR Code adalah seperti barcode yang terdapat pada produk yang dijual dekat pasar raya QR adalah singkatan untuk ...
Cepat Terpengaruh Dengan Media Sosial Betul

Cepat Terpengaruh Dengan Media Sosial Betul

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 375 hits
Cepat Terpengaruh Dengan Media Sosial Betul Itulah bila banyak masa terluang dekat rumah scroll facebook dan nampak ramai yang mencuba apps baru yang trending dua tiga hari ni so tangan ni pun nak juga cuba tekan tekan nak juga tahu bagaima...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation