Cara Buat Qr Code Web Lokasi Pejabat Menu Restoran Aplikasi Pembayaran Laman Sosial Kad Jemputan Kahwin Digital
CARA BUAT QR CODE WEB/LOKASI PEJABAT/MENU RESTORAN/APLIKASI PEMBAYARAN/LAMAN SOSIAL/KAD JEMPUTAN KAHWIN DIGITAL
APA ITU QR CODE?
QR Code adalah seperti barcode yang terdapat pada produk yang dijual dekat pasar raya. QR adalah singkatan untuk ‘Quick Response’ atau ‘respon / maklumbalas yang pantas’.
Berbeza dengan barcode yang digunakan dalam industri retail, penerbitan buku, atau farmasi, QR Code berbeza sebab ia boleh digunakan dan dihasilkan dengan mudah oleh orang awam.
Penggunaan QR kod untuk memaparkan maklumat berkaitan perniagaan atau merekod kehadiran pekerja
Apabila pandemik COVID-19 melanda dunia, penggunaan QR kod semakin menjadi norma masyarakat khususnya di Malaysia.
Contohnya, pengenalan aplikasi MySejahtera yang diwajibkan kepada setiap premis untuk menyaring dan merekod kehadiran pengunjung ke suatu tempat menggunakan QR code agar penularan wabak COVID-19 dapat dibanteras
FUNGSI QR CODE
Antara fungsi/kegunaan QR Code antaranya adalah:
Alamat laman web / URL
Kandungan Teks (250 aksara)
Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)
Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)
Berikut dikongsikan cara mudah dan cepat untuk membuat QR code bagi pelbagai tujuan:
Cara Buat QR Code Guna Untuk Dokumen Dan Web
Untuk makluman, QR yang bermaksud Quick Response kod adalah generasi kedua kepada bar code atau kod bar yang terdapat pada produk-produk di pasaraya.
QR kod mempunyai kebolehan untuk menyimpan lebih banyak data dan maklumat berbanding kod bar. Dibawah dikongsikan cara buat QR code secara mudah dan cepat untuk pelbagai tujuan
Nak buat QR CODE?
CARA BUAT QR CODE MySEJAHTERA PREMIS PERNIAGAAN/PEJABAT/SEKOLAH
CARA JANA KOD QR MySEJAHTERA MAJLIS KAHWIN/KENDURI/KESYUKURAN/TAHLIL
Buat Kode QR Menggunakan Google Form
Kaedah ini sesuai untuk merekod kehadiran, mengisi borang seperti borang kaji selidik dan membuat latihan kuiz atau soalan berbentuk aneka pilihan jawapan.
Cipta emel, akaun Google atau gunakan akaun Google peribadi
Pada paparan utama Google setelah log masuk, klik pada Google Apps di bahagian atas sebelah kanan
Pilih Google Drive
Kemudian di bahagian kiri klik pada butang New, pilih Google Form
Cipta borang yang diinginkan sama ada borang kehadiran atau borang kaji selidik menggunakan contoh yang diberikan
Selesai mencipta borang, dapatkan link Google Form dengan menekan butang Send pada Dashboard Google Form dan klik Copy
Selain itu, nota atau salinan digital dokumen juga boleh dimuat naik ke Google Drive kemudian dapatkan link url kepada dokumen tersebut dan klik Copy
Ikuti langkah di bawah untuk jana QR kod
JANA QR CODE
Dengan mempunyai link url kepada Google Form atau Google Drive yang ingin dijana sebagai QR Code, sila cari aplikasi jana QR Code yang mudah dan selamat untuk digunakan.
Masukkan link url yang ingin dijana menjadi QR Code
Klik Cipta atau Generate QR Code untuk mengekodekan link anda
Cetak QR Code yang telah dicipta dan paparkan kepada pengguna yang diinginkan
Nak senang lagi ? boleh cuba tengok tutorial dibawah
TUTORIAL BUAT QR CODE
CARA BUAT QR CODE GUNA UNTUK DOKUMEN & WEB
BUKA GOOGLE DRIVE
Mula-mula log in Google email masing-masing. Kemudian boleh select Google Drive tu.
PILIH FAIL
Bila dah keluar paparan begini, tekan butang ‘New’.
Kemudian, akan keluar ikon macam dekat atas ni.
Teruskan dengan memilih fail yang kita nak jadikan QR Code tu.
Bila dah select, biarkan fail tu upload sampai habis.
KLIK KANAN & TEKAN ‘SHARE’
Kemudian, right click. Nanti akan keluar ikon macam dalam paparan ni.Tekan ikon ‘Share’.
PILIH ‘GET SHAREABLE LINK’
Seterusnya pergi bahagian atas dan tekan butang hijau ‘Get Shareable Link’ dekat bahagian atas kanan.
COPY LINK
Link akan tertera pada line yang berwarna biru tu.Copy link tersebut.
Lepas tu buka laman web QR Code generator.
PASTE LINK
Kemudian terus paste kan link tadi. Kemudian tekan butang ‘Create’.
Dah keluar dah QR Code tu, nampak?
DOWNLOAD & SAVE
Seterusnya tekan butang ‘Download’ untuk Save. Terus rename untuk rujukan anda.
APLIKASI QR CODE
Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk menjana QR kod adalah seperti di bawah. Tekan buatng muat turun untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi scan QR code atau untuk mendapatkan cara penggunaan QR Code:
Penjana Kod QR
QR Code Generator
Selain menjana kod daripada Google, laman web, sosial media dan apa-apa capaian secara atas talian yang mempunyai link url boleh dijana menjadi QR Kod.
Contoh lain yang boleh dijana menjadi QR kod adalah:
Laman Web
Laman Sosial seperti Facebook dan Instagram
Kad Jemputan Kahwin Digital
Lokasi Pejabat
Menu Restoran
Aplikasi Pembayaran seperti TouchNGo eWallet, Grabpay dan Boost
The post CARA BUAT QR CODE WEB/LOKASI PEJABAT/MENU RESTORAN/APLIKASI PEMBAYARAN/LAMAN SOSIAL/KAD JEMPUTAN KAHWIN DIGITAL appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-buat-qr-code-web-lokasi-pejabat-menu-restoran-aplikasi-pembayaran-laman-sosial-kad-jemputan-kahwin-digital.html