Akhirnya Dapat Juga Makan Dan Mengopi Di Richiamo Coffee City Park Seremban 2


Dua minggu lepas, akhirnya dapat juga kupi-kupi di Richiamo Coffee yang selama ini dok teringin. Jadi, ini pertama kali singgah dan masuk Richiamo Coffee. 
Sejak boikot kedai kopi S tu, kita pun mulalah cari kedai kopi tempatan. Jika jihad besar kita tak mampu nak buat, kita mampukan dengan buat jihad kecil. Sekurang-kurangnya kita membantu.
Kebetulan encik suami cuti haritu, jadi kita pun ambil kesempatan ajak mengopi di Richiamo Coffee. Suka pergi kedai makan kalau hari waktu bekerja dan bukan waktu lunch, barulah selesa tak ramai orang sangat

Di Seremban ni ada beberapa cawangan Richiamo Coffee, kami rancang nak pergi Richiamo Coffee di City Park Seremban 2 atau dipanggil Seremban 3 juga kalau tak silaplah. 
Masa kami sampai hanya 1 meja je ada pengunjung. Bolehlah pilih nak duduk di mana pun. Sistem order di Richiamo Coffee sama dengan sistem order di CBTL (Coffee Bean & The Leaf), kena order di kaunter dan diberikan alarm device. Order dah siap, alarm akan berbunyi dan ambil order di kaunter.

Tunggu tak lama sangat, sebab tak ada orang kan. Meja yang ada tadi dah dapat pun hidangan mereka. Macam biasa, air sampai dulu. Kita nikmati minuman dulu. Saya pesan hazelnut latte panas dan encik suami pesan caramello latte panas juga.

Suka minuman kopi panas latte sebab dia customize latte art tu. Menarik dan cantik untuk dipotretkan. Pertama kali rasa kopi dari Richiamo Coffee. Sisipan pertama kali terus jatuh cinta. Bakal jadi favourite saya ni sebab memang suka rasa hazelnut. 
Caramello latte encik suami pun sedap, kurang manis walaupun caramel. Dua-dua motif latte dia rupa yang sama. Jadi, saya potretkan satu je lah. Sangat berbaloi ye mengopi di sini. 
Secawan latte pun murah dari kedai kopi yang saya pernah cuba sebelum ni. Cafe hipster pun berbelas-belas. Richiamo Coffee cuma RM9 je


Disebabkan belum makan tengahari lagi, saya pesan set nasi daging asap salai masak lemak cili api. Dihidangkan bersama sambal belacan, sayur salad atau dipanggil acar (timun, lobak merah, salad, potongan cili besar, bawang) dan ikan masing

Porsi nasinya tak berapa besar, sederhana je. Sesuailah untuk orang yang tak makan banyak atau berdiet tu. 
Dagingnya lembut, ada aroma asap tu. Kuah pun cukup lemak santannya. Alahaiii..sedap betul! Cuma satu je, kurang pedas. Nak pedas, kena makan dengan sambal belacan tu. Baru ngam pedas dia. Sambal belacan pun sedap.

Salad atau acar tu sedap juga. Ikan masin je saya reject sebab keras. Tak sesuai dengan gigi saya yang kurang lut dengan benda keras dan liat. Tapi tetap makan juga kunyah perlahan-lahan. hihi..


Encik suami punya hidangan, spaghetti carbonara dengan porsi yang sederhana. Kalau lapar, sila jangan order ni. Takut tak cukup. Spaghetti carbonara ni sedap, creamy! tapi tak boleh lawan spaghetti chicken & mushroom CBTL lah. 

Tapi untuk harga, menu Richiamo Coffee ni lebih murah dan berbaloi. Makanan pun sedap dan puas hati. Sangat enjoylah menjamu selera di Richiamo. Selesa pun selesa. Tak sesak, service cepat dan makanan sedap


Lain kali kita cuba menu yang lain pula. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/11/richiamo-coffee-seremban-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Richiamo Coffee Gurney Mall Cantik Menarik Dan Paling Penting Kopinya Enak

Richiamo Coffee Gurney Mall Cantik Menarik Dan Paling Penting Kopinya Enak

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 290 hits
Hi Korang Biasa perasan tak Richiamo Coffee Itulah mesti ade kan dah banyak outlet dah jenama Richiamo Coffee nieh Selalunya kak lily pi area Permaisuri dan Bangi tapi kali ni sesaje tukar angin so kak lily ke Richiamo Coffee Gurney Mall ya...
Lunch Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Lunch Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 256 hits
Balik dari Kota Warisan kami singgah di Nilai untuk lunch di Richiamo Coffee Pajam Sejak pertama kali cuba menu di sejak itulah teringat ingat sedap dia Makanya kita makan dan mengopi lagi di Richiamo Coffee Kali ni singgah di Pajam Nilai C...
Kafe Richiamo Coffee Banyak Pilihan Menu

Kafe Richiamo Coffee Banyak Pilihan Menu

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 441 hits
Kafe Richiamo Coffee sangat popular masa kini Mummy memang sejenis suka lepak cafe juga biasanya untuk meeting appointment lepak sambil buat kerja membalas WhatsApp email follow up editing etc Dan sambil sambil food hunting di Kafe Richiamo...
Richiamo Coffee Menawarkan Hidangan Premium Pada Harga Mampu Milik

Richiamo Coffee Menawarkan Hidangan Premium Pada Harga Mampu Milik

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 357 hits
Hi Korang Kafe yang cukup cantik punyai identiti dengan warna hitam serta putih tampil dengan kelasnya tersendiri membawa jenamanya Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan Richiamo Coffee yang cukup popular dengan variasi minuman kopi yang...
Richiamo Coffee Menyediakan Pelbagai Menu Menarik Bukan Sekadar Kopi

Richiamo Coffee Menyediakan Pelbagai Menu Menarik Bukan Sekadar Kopi

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 388 hits
Richiamo Coffee Menyediakan Menu Menarik Bukan Sekadar Kopi Korang biasa lepak minum kopi dekat Richiamo Coffee Kalau belum pernah try la minum dan makan dekat situ Kenapa Sebab Richiamo Coffee bukan sahaja menyediakan minuman kopi dan past...
Richiamo Coffee Menggoda Rasa Dengan Kopi Premium Dan Hidangan Tradisional

Richiamo Coffee Menggoda Rasa Dengan Kopi Premium Dan Hidangan Tradisional

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 414 hits
Richiamo Coffee sebuah kafe yang bukan hanya memanjakan pencinta kopi dengan pilihan minuman berkualiti tinggi tetapi juga menyajikan hidangan tradisional yang memukau selera Dengan atmosfera yang bersahaja namun elegan Richiamo Coffee mena...
Kedai Kopi Rasa Kayangan Harga Marhain Original Dan Premium Di Richiamo Coffee

Kedai Kopi Rasa Kayangan Harga Marhain Original Dan Premium Di Richiamo Coffee

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 253 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Hi korang semua lama tak bertemu di dunia blog Maha ni Agak kesibukan dengan kerja dan juga aktiviti lain Kadang kadang ada ma...
Lunch Di O Coffee Club Atelier Puteri Harbour

Lunch Di O Coffee Club Atelier Puteri Harbour

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 348 hits
Lunch di O Coffee Club Atelier Puteri Harbour One of our favourite makan place mana lagi kalau bukan di O Coffee Club Atelier di kawasan Puteri The post appeared first on
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik