Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jun 16, 2022 6:04 PM

KES 1MDB | Akaun AmBank Najib Razak menerima hampir AS$20 juta daripada Putera Arab Saudi Faisal Turki Bandar Al-Saud pada 2011, menurut keterangan pengurus Unit Swift (pemindahan dana dan sekuriti elektronik masa nyata) bank perdagangan itu

Wedani Senen memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi bahawa akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan 694 juga menerima hampir AS$650 juta antara 2012 dan 2013.

Semasa perbicaraan rasuah RM2.28 bilion 1MDB terhadap Najib, Wedani yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 berkata tertuduh menerima jumlah wang hampir AS$670 juta dalam akaun AmPrivate Banking-MR miliknya.

Dia berkata pemindahan daripada Putera Turki dalam dua peringkat daripada Bank Riyad melalui JPMorgan Chase Bank yang berpangkalan di Amerika Syarikat berlaku antara 24 Feb dan 14 Jun 2011.

Wedani memberitahu hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah bahawa Blackstone Asia Real Estate Partners memindahkan hampir AS$30 juta ke dalam akaun berakhir 694 antara 30 Okt dan 19 Nov 2012.

Semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Najwa Bistamam, Wedani memberi keterangan bahawa AS$620 juta mengalir daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun AmPrivate Banking-MR pada 22 Mac 2013.

Menurut pendakwaan sebelum ini, Blackstone dan Tanore adalah dua entiti British Virgin Islands (BVI) yang ditubuhkan oleh ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low untuk memudahkan penyelewengan dana daripada 1MDB.

Wedani menjelaskan bahawa sejumlah 12 transaksi wang masuk ke dalam dua akaun Najib - yang berakhir 694 serta akaun AmPrivate Banking-1MY yang berakhir dengan 880 - direkodkan antara 2011 dan 2014 melalui sistem kiriman wang Swift antarabangsa.

Perbicaraan di hadapan Sequerah akan disambung semula pada Isnin minggu depan, dengan saksi dijangka menyambung semula keterangannya berhubung urus niaga yang lain.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat pertuduhan rasuah di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Berkenaan dengan 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dikatakan melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan di 1MDB dilakukan oleh Jho Low dengan restu Najib.

Pasukan pembelaan tertuduh bagaimanapun mendakwa bahawa Najib tidak mengetahui jenayah yang dilakukan di 1MDB dan penyelewengan itu hanya didalangi oleh Jho Low dan ahli pengurusan 1MDB yang lain.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/akaun-bank-najib-terima-wang-hampir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir 670 Juta Duit Luar Negara Masuk Akaun Najib

Hampir 670 Juta Duit Luar Negara Masuk Akaun Najib

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 309 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hampir AS 670 juta wang luar negara daripada pelbagai pihak dipindahkan ke dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan lima transaksi untuk tempoh tiga tahun Wedani Senen 48 b...
Pegawai Bank Sahkan Lebih Rm45 Juta Dipindahkan Ke Akaun Najib

Pegawai Bank Sahkan Lebih Rm45 Juta Dipindahkan Ke Akaun Najib

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 338 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 13 2022 5 49 PMMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM45 8 juta telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Vista Equity International Pa...
As 61 Juta 9 4 Juta Paun Sterling Masuk Ke Akaun Najib Kata Saksi

As 61 Juta 9 4 Juta Paun Sterling Masuk Ke Akaun Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 194 hits
malaysiakini comBICARA 1MDB l Akaun AmBank Najib Razak yang berakhir dengan nombor akaun 694 menerima AS 61 juta pada 23 Mac 2013 kata pengurus Unit Swift bank perdagangan itu Wedani Senen memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tad...
Kj Terima Dana Politik Rm3 7 Juta Daripada Uksb Saksi

Kj Terima Dana Politik Rm3 7 Juta Daripada Uksb Saksi

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 267 hits
MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin turut menerima dana politik RM3 7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun juga memberitahu Menteri Dalam Negeri Tan Sr...
Tun Dr Mahathir Dakwa Bersatu Tak Pernah Terima Wang Rm1 3 Juta Daripada Muhyiddin

Tun Dr Mahathir Dakwa Bersatu Tak Pernah Terima Wang Rm1 3 Juta Daripada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 212 hits
BALAKONG Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak pernah menerima wang sebanyak RM1 3 juta untuk dimasukkan kedalam akaun parti Bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara berkenaan ketika m...
Muhyiddin Nafi Terima Rm1 3 Juta Dari Uksb

Muhyiddin Nafi Terima Rm1 3 Juta Dari Uksb

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 221 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 17 2022 7 01 PMPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin menafikan menerima RM1 3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd semasa berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan Dia berkata dakwaa...
Zahid Akan Bantu Selepas Terima Wang Kata Bekas Pengarah Uksb

Zahid Akan Bantu Selepas Terima Wang Kata Bekas Pengarah Uksb

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 347 hits
Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani berkata Zahid terima sumbangan wang itu antara 2014 dan 2018 Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi akan membantu syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd selepas mendapat bantuan kewangan daripa...
Najib S Account Received Nearly Us 670m Bank Officer

Najib S Account Received Nearly Us 670m Bank Officer

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 327 hits
1MDB TRIAL Najib Abdul Razak s AmBank account received nearly US 20 million from Saudi Arabia s Prince Turki Faisal Al Saud in 2011 testified the commercial bank s Swift unit manager Wedani Senen told the Kuala Lumpur High Court this aftern...
Bank Officer Us 61m 9 4 Million Went Into Najib S Accounts

Bank Officer Us 61m 9 4 Million Went Into Najib S Accounts

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 214 hits
1MDB TRIAL Najib Abdul Razak s AmBank account ending with 694 received US 61 million on March 23 2013 testified the commercial bank s Swift unit manager Wedani Senen told the Kuala Lumpur High Court this afternoon that the former prime mini...
Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kari Ikan Chef Anand

Ufad1 15 June Ufad1 Top 4 By Glenna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Apa Sudah Jadi Madani

Aku Ayah Dan Muzik

Cencaru Goreng Pedas Ikut Resipi Ni Sambal Pasti Lebih Sedap

Monolog Seorang Aku Siri 3

Pm X Madafaka Kenapa Sampai Macam Ni