Hampir 670 Juta Duit Luar Negara Masuk Akaun Najib




Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, hampir AS$670 juta wang luar negara daripada pelbagai pihak dipindahkan ke dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan lima transaksi untuk tempoh tiga tahun

Wedani Senen, 48, berkata, dua daripada transaksi pindahan wang itu diterima daripada Putera Faisal Turki Al-Saud sebanyak AS$20 juta masing-masing pada 24 Februari 2011 dan 14 Jun 2011

Pengurus Bahagian Unit SWIFT, AmBank (M) Berhad itu berkata, wang itu dipindahkan ke dalam akaun AmIslamic Bank milik bekas Perdana Menteri di antara 2011 dan 2014 menggunakan sistem SWIFT

Saksi pendakwaan ke-29 itu berkata, penghantaran wang daripada Putera Faisal dilakukan melalui Bank Riyadh dan seterusnya dipindahkan ke sebuah bank di New York, Amerika Syarikat sebelum dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik Najib

Jelas Wedani, sejumlah AS$30 juta dipindahkan daripada Blackstone Asia Real Estate Partners (syarikat milik sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low iaitu Eric Tan) masing-masing pada 30 Oktober 2012 dan 19 November 2012

Pegawai bank itu turut menyatakan, sebanyak AS$620 juta dipindahkan daripada Tanore Finance Corp. pada 22 Mac 2013

Ketika membacakan pernyataan saksi, Wedani berkata, pindahan wang luar negara menggunakan sistem SWIFT itu melibatkan 12 transaksi di antara tahun 2011 dan 2014

Butiran itu didedahkan pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama

Terdahulu, mahkamah turut diberitahu, Good Star Limited dan PetroSaudi International Limited (PSI) yang menerima dana sebanyak AS$1.83 bilion daripada 1MDB di antara 2009 dan 2011, masing-masing telah dibubarkan pada 2014 dan 2015

Good Star Limited yang dimiliki oleh Jho Low dibubarkan pada 2 Mei 2014 manakala PSI yang dimiliki seorang ahli perniagaan Arab, Tarek Obaid dibubarkan pada 8 April 2015

Butiran itu didedahkan oleh saksi pendakwaan ke-28, Mohamed Fairudz Mohd. Hanif iaitu pakar undang-undang bagi polisi perniagaan di Unit Polisi Perniagaan, Labuan Financial Services Authority (LFSA)

Pada perbicaraan sebelum ini, bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail memberitahu, tiada seorang pun daripada Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB mengetahui wang berjumlah AS$700 juta dipindahkan kepada syarikat Good Star Limited pada 2009

Katanya, perkara itu hanya diketahui semasa mesyuarat BOD selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memaklumkan bahawa transaksi AS$700 juta dilakukan kerana Good Star Limited adalah gabungan kepada PSI

Ketika membacakan pernyataan saksi, Mohamed Fairudz berkata, kedua-dua syarikat mempunyai alamat perniagaan di Vistra Corporate Services Centre, Eden Island, Mahe, Republik Seychelles

Menurut saksi, butiran tersebut diperolehi selepas LFSA mendapatkan maklumat dari empat negara pesisir pantai iaitu British Virgin Island, Seychelles, Caracao dan Cayman Island

Jelas beliau, maklumat itu dipohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Julai 2018 ketika mengendalikan siasatan kes penyelewengan dana 1MDB

Mohamed Fairudz berkata, lanjutan daripada permohonan ini, beliau telah menghantar satu surat bertarikh 10 Ogos 2018 kepada Seychelles Financial Services Authority (Seychelles FSA) bagi memohon bantuan mendapatkan maklumat yang diperlukan

Menurutnya, maklumat yang diperolehi menunjukkan kedua-dua syarikat tersebut juga menggunakan ejen pendaftaran syarikat yang sama iaitu Vistra (Seychelles) Limited (Sebelum ini dikenali sebagai Offshore Incorporations (Seychelles) Limited)

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini. 
Utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/06/hampir-670-juta-duit-luar-negara-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi

Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 202 hits
malaysiakini comKES 1MDB Akaun AmBank Najib Razak menerima hampir AS 20 juta daripada Putera Arab Saudi Faisal Turki Bandar Al Saud pada 2011 menurut keterangan pengurus Unit Swift bank perdagangan itu Wedani Senen memberitahu Mahkamah Ting...
As 61 Juta 9 4 Juta Paun Sterling Masuk Ke Akaun Najib Kata Saksi

As 61 Juta 9 4 Juta Paun Sterling Masuk Ke Akaun Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 126 hits
malaysiakini comBICARA 1MDB l Akaun AmBank Najib Razak yang berakhir dengan nombor akaun 694 menerima AS 61 juta pada 23 Mac 2013 kata pengurus Unit Swift bank perdagangan itu Wedani Senen memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tad...
Dulu Mahathir Guna Hakim Luar Negara Tak Fasih Bahasa Melayu Pecat Salleh Abas Apa Salah Najib Guna Qc Dari Uk

Dulu Mahathir Guna Hakim Luar Negara Tak Fasih Bahasa Melayu Pecat Salleh Abas Apa Salah Najib Guna Qc Dari Uk

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 158 hits
Oleh Sirajuddin AhmadKes yang direka oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk penjarakan Najib Razak semakin melalut Sudahlah kerajaan PH menipu rakyat dengan kisah Najib mencuri berbillion billion tetapi kes dibuka hanya RM43 juta sahaja itu pu...
Kos Selanggara Istana Negara Cecah Rm519 Juta Netizen Persoal Adakah Duit Rakyat

Kos Selanggara Istana Negara Cecah Rm519 Juta Netizen Persoal Adakah Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 108 hits
Tular di media sosial Twitter baru baru ini apabila satu pendedahan mengenai kos penyelenggaraan Istana Negara telah ditawarkan pada sebuah syarikat dengan harga kontrak bernilai RM519 juta Berikutan itu Jabatan Kerja Raya telah tampil menj...
Pegawai Bank Sahkan Lebih Rm45 Juta Dipindahkan Ke Akaun Najib

Pegawai Bank Sahkan Lebih Rm45 Juta Dipindahkan Ke Akaun Najib

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 260 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 13 2022 5 49 PMMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM45 8 juta telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Vista Equity International Pa...
Jual Minyak Pada Orang Lain Atau Asing Sebat Dan Masuk Penjara Ini Khianat Pada Negara

Jual Minyak Pada Orang Lain Atau Asing Sebat Dan Masuk Penjara Ini Khianat Pada Negara

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 154 hits
Disyaki subahat dengan penyeludup 9 stesen minyak disiasat ditutup June 18 2022 Azman Adam bersama pegawai KPDNHEP memeriksa sebuah lori yang dirampas PETALING JAYA Sembilan stesen minyak di seluruh negara dikenakan tindakan kerana disyaki ...
Gfm Services Peroleh Kontrak Bernilai Rm367 2 Juta Urus Kemudahan Istana Negara Selama 5 Tahun

Gfm Services Peroleh Kontrak Bernilai Rm367 2 Juta Urus Kemudahan Istana Negara Selama 5 Tahun

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 123 hits
Kontrak pengurusan kemudahan GFM untuk Istana Negara adalah untuk tempoh lima tahun bermula 15 Jun 2022 hingga 14 Jun 2027 KUALA LUMPUR Syarikat pengurusan kemudahan dan perkhidmatan bersepadu GFM Services Bhd memperoleh kontrak bernilai RM...
Tuuu Diaaa Duit Rakyat Duit Negara Macam Duit Mak Bapak Mereka Mereka Yang Bersalah

Tuuu Diaaa Duit Rakyat Duit Negara Macam Duit Mak Bapak Mereka Mereka Yang Bersalah

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 135 hits
1MDB ditubuhkan sebagai dana politik BN kata bekas KSN June 7 2022 Bekas ketua setiausaha negara Sidek Hassan mendedahkan bahawa beliau menerima RM30 000 sebulan sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB sebelum dikurangkan kepada RM10 000 sebula...
Kes 1mdb Ambank Tukarkan As 710 Juta Kepada Rm2 1b Dalam Akaun Pelanggan

Kes 1mdb Ambank Tukarkan As 710 Juta Kepada Rm2 1b Dalam Akaun Pelanggan

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 140 hits
malaysiakini comMahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa AmBank telah menukar lebih AS 710 juta kepada RM2 172 376 853 28 dalam akaun peribadi seorang pelanggan antara 31 Okt 2012 dan 10 April 2013 Perkara itu dimaklumkan ketika perbi...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses

6 Bulan Sudah Berlalu

Kenapa Media Takut Sebut Gomo Kini Rapat Dengan Mahathir