Pegawai Bank Sahkan Lebih Rm45 Juta Dipindahkan Ke Akaun Najib


malaysiakini.com

Diterbitkan: Jun 13, 2022 5:49 PM
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM45.8 juta telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) antara Oktober dan Disember 2014

Naib presiden Jabatan Operasi Perbendaharaan di Ambank (M) Berhad, Salmah Daman Huri, 50, ketika membacakan kenyataan saksinya berkata bahawa dana itu, berjumlah GBP8,706,021.92 juta (RM45,837,485.70 - kadar penukaran semasa) dipindahkan ke akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 880 dalam lima transaksi.

Vista Equity ialah ‘shell company’ yang dimiliki dan dikawal oleh Eric Tan, rakan amanah ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Sejumlah RM30,032,250 telah dipindahkan pada 23 Okt 2014; RM3,624,473.70 dan RM 11,567.57 masing-masing dipindahkan pada 24 dan 26 Nov.

“Dua transaksi lain RM5,360,065 dan RM6,809,129.43 berlaku pada 10 dan 18 Dis,” kata saksi pendakwaan ke-23 itu semasa perbicaraan bekas perdana menteri berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Salmah mengesahkan lima dokumen, yang kesemuanya menunjukkan pemindahan daripada Vista Equity melalui Amicorp Bank dan Trust Ltd, Barbados melalui Standard Chartered Bank, London sebelum ia sampai ke akaun "AmPrivate Banking-1MY" sama, yang berakhir dengan 880.

Pada hari pertama perbicaraan, pihak pendakwaan berkata ia akan menunjukkan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan dalam pelbagai transaksi ke akaun Najib, iaitu AS$20 juta bersamaan RM60,629,839.43 atau lebih RM60 juta daripada fasa pertama, AS$30 juta bersamaan dengan RM90,899,927.28 atau lebih RM90 juta (fasa kedua), AS$681 juta bersamaan RM2,081,476,926 atau lebih RM2 bilion (fasa ketiga), dan urus niaga dalam pound British yang bersamaan dengan RM4,093,500 dan RM45,837,485.70 daripada jumlah gabungan RM49,930,985.70 juta atau lebih RM49 juta (fasa keempat).

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib Wan Aizuddin Wan Mohammed, Salmah mengakui bahawa Bank Negara atau AmBank tidak menunjukkan apa-apa tanda amaran (red flag) semasa semua urus niaga itu berlangsung.

Beliau seterusnya berkata beliau tidak sedar bahawa akaun yang berakhir dengan "880" itu adalah milik Najib pada masa itu, dan beliau hanya mengetahuinya semasa siasatan oleh pihak berkuasa.

Saksi itu juga memberi keterangan bahawa dia tidak dapat mengesahkan bahawa urus niaga pertukaran asing itu datang daripada Najib kerana jabatannya berurusan dengan pengurus perhubungan pemegang akaun berhubung urus niaga ini.

Sementara itu semasa pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya kanan (DPP) Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi itu berkata biasanya bank akan menghantar penyata kepada pelanggan pada hujung bulan untuk memaklumkan pelanggan mengenai jumlah baki dalam akaun mereka.

Kepada soalan lain oleh DPP Najwa Bistamam, saksi itu berkata Najib tidak pernah membangkitkan sebarang laporan terhadap transaksi berkenaan kepada bank.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/pegawai-bank-sahkan-lebih-rm45-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi

Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 255 hits
malaysiakini comKES 1MDB Akaun AmBank Najib Razak menerima hampir AS 20 juta daripada Putera Arab Saudi Faisal Turki Bandar Al Saud pada 2011 menurut keterangan pengurus Unit Swift bank perdagangan itu Wedani Senen memberitahu Mahkamah Ting...
Hampir 670 Juta Duit Luar Negara Masuk Akaun Najib

Hampir 670 Juta Duit Luar Negara Masuk Akaun Najib

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 288 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hampir AS 670 juta wang luar negara daripada pelbagai pihak dipindahkan ke dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan lima transaksi untuk tempoh tiga tahun Wedani Senen 48 b...
Kompak Pasutri Ngaku Ngaku Pengusaha Property Bobol Bank Jatim Hingga Rp60 M Lebih

Kompak Pasutri Ngaku Ngaku Pengusaha Property Bobol Bank Jatim Hingga Rp60 M Lebih

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 157 hits
Saat itu Bank Jatim menyetujui pinjaman keduanya dengan mengucurkan dana pinjaman sebesar Rp50 miliar Namun sejak tahun 2016 pinjaman tersebut dinyatakan sebagai kredit macet
Kes 1mdb Ambank Tukarkan As 710 Juta Kepada Rm2 1b Dalam Akaun Pelanggan

Kes 1mdb Ambank Tukarkan As 710 Juta Kepada Rm2 1b Dalam Akaun Pelanggan

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 179 hits
malaysiakini comMahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa AmBank telah menukar lebih AS 710 juta kepada RM2 172 376 853 28 dalam akaun peribadi seorang pelanggan antara 31 Okt 2012 dan 10 April 2013 Perkara itu dimaklumkan ketika perbi...
Rentasan 1140 Gempar Pm Sahkan Kerajaan Bakal Kutip Lebih Banyak Cuk

Rentasan 1140 Gempar Pm Sahkan Kerajaan Bakal Kutip Lebih Banyak Cuk

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 166 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11401 GST BUKAN HASIL TAMBAHAN NEGARA TETAPI HASIL DERITA RAKYAT 2 ADAKAH PENGGONDOLAN HUTAN SIMPAN KELANTAN PATUH SYARIAH 3 MAFI JAMIN KITA BELUM BERHADAPAN KRISIS MAKANAN 4 PENGKHIANAT BEREBUT JAWATAN MENTERI
Squid Game Akan Dicipta Sebagai Rancangan Realiti Dengan Hadiah Utama Lebih Rm20 Juta

Squid Game Akan Dicipta Sebagai Rancangan Realiti Dengan Hadiah Utama Lebih Rm20 Juta

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 181 hits
Siri popular seluruh dunia Squid Game akan dicipta sebagai pertandingan dalam kehidupan sebenar ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang sudah menonton anda pasti tahu bahawa Squid Game ialah siri mengenai permainan survival misteri dengan ganjaran 45 6...
Baru 2 Minggu Pelancaran Diablo Immortal Kutip Lebih Rm100 Juta

Baru 2 Minggu Pelancaran Diablo Immortal Kutip Lebih Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 215 hits
Blizzard Entertainment telah melancarkan Diablo Immortal pada 2 Jun lalu dan menyokong permainan rentas platform Di samping itu permainan video ini telah dimuat turun hampir 9 juta kali sejak pelancarannya Tambahan lagi Diablo Immortal
Tutorial Cara Dapatkan Penyata Akaun Bank Cimb Muka Hadapan Depan Penuh Terkini

Tutorial Cara Dapatkan Penyata Akaun Bank Cimb Muka Hadapan Depan Penuh Terkini

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 340 hits
Sebenarnya kan dah lama Sha mencari cari tutorial cara dapatkan penyata akaun bank CIMB muka hadapan depan penuh terkini Sejak tahun 2018 tau Sebelum itu okay sahaja Bila suatu hari nak guna tak jumpa dalam sistem Tengok kawan boleh pula bu...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah