Kj Terima Dana Politik Rm3 7 Juta Daripada Uksb Saksi



(MALAYSIA POST) – MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut menerima dana politik RM3.7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).
Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun juga memberitahu Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menerima sumbangan dana politik RM1.3 juta daripada daripada syarikat itu pada 2018, lapor Berita Harian.
Selain Khairy dan Muhyiddin, empat nama ahli politik disebut ketika perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; Siong Sun berkata, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar syarikat itu.
Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata, kod nama ‘TSM’ dalam lejar ialah Tan Sri Muhyiddin, manakala ‘Team Pagoh’ adalah nama projek.
“Saya setuju projek UKSB di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan sumbangan diserahkan untuk kerajaan pada masa itu. Muhyiddin adalah Menteri Dalam Negeri selepas Ahmad Zahid pegang jawatan berkenaan.
“Saya juga mengesahkan Khairy menerima dana politik RM3.7 juta daripada UKSB, manakala Reezal Merican menerima dana antara RM200,000 hingga RM300,000 secara sekali daripada syarikat,” katanya.
Pada 10 Mei 2018, Pakatan Harapan (PH) meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan sebelum Muhyiddin dilantik Menteri Dalam Negeri bermula 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.
Pada 18 Mei lalu, bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun mengesahkan syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam mata wang dolar Singapura kepada Ahmad Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN).
Bayaran itu bermula akhir 2014 dengan SG$200,000 sebulan, sebelum meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Ahmad Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Sementara itu, Ahmad Zaidi berkata, nama Reezal Merican dan Hishammuddin ada dalam laporan analisa kes cawangan forensik serta teknologi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahmad Zaidi: Adakah Reezal Merican merujuk kepada (bekas) Timbalan Menteri Luar?
Siong Sun: Saya tidak pasti.
Ahmad Zaidi: Ada juga kod nama ‘MOR’ dalam fail lejar itu yang merujuk kepada (bekas) Menteri Luar Bandar, Shafie Apdal?
Siong Sun: Ya.
Ahmad Zaidi: ‘FM’ (kod nama dalam lejar merujuk Menteri Luar) pula siapa?
Siong Sun: Anifah Aman.
Siong Sun turut menafikan beliau, Vui Khiun dan seorang lagi bekas Pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani berkonspirasi melakukan kesalahan jenayah iaitu pengubahan wang haram, rasuah, pecah amanah dan mengelak membayar cukai.
“Saya tidak berbohong dalam penyataan bertulis yang dibaca dalam mahkamah sebelum ini,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 25 Julai ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/06/17/kj-terima-dana-politik-rm3-7-juta-daripada-uksb-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anifah Nafi Terima Dana Uksb Sedia Beri Keterangan Kepada Pihak Berkuasa

Anifah Nafi Terima Dana Uksb Sedia Beri Keterangan Kepada Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 212 hits
CYBERJAYA 8211 Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan menerima wang daripada syarikat Ultra Kinrara Sdn Bhd seperti yang disebut dalam keterangan saksi David Tan pada perbicaraan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ...
Kenapa Sprm Tidak Siasat Pemimpin Umno Yang Terima Dana Dari Uksb

Kenapa Sprm Tidak Siasat Pemimpin Umno Yang Terima Dana Dari Uksb

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 221 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu bertanggungjawab kerana gagal melakukan siasatan menyeluruh ekoran pendedahan nama lima pemimpin dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn Bhd berkaitan kes rasuah Presiden UMNO Datuk Seri ...
Takkan Sprm Tak Tahu Ada Ahli Politik Terima Wang Dari Uksb

Takkan Sprm Tak Tahu Ada Ahli Politik Terima Wang Dari Uksb

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 190 hits
Premiered 3 hours ago Pengerusi DAP Lim Guan Eng menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia gagal dalam menjalankan tugas mereka berhubung pendedahan saksi dalam kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi Ini selepas saksi pendakwaan memberitahu...
Terima Dana Uksb Sprm Buka Kertas Siasatan Terhadap Penama Terlibat

Terima Dana Uksb Sprm Buka Kertas Siasatan Terhadap Penama Terlibat

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 167 hits
Bagus SPRM siasat saja ahli2 politik SPRM perlu ingat yg kuasa berada di tangan SPRM bukan di tangan ahli2 politik jika SPRM sedar kuasa sebenar mereka ni maka satu perubahan landskap politik berskala besar akan berlaku SPRM akan jadi satu ...
Muhyiddin Nafi Terima Rm1 3 Juta Dari Uksb

Muhyiddin Nafi Terima Rm1 3 Juta Dari Uksb

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 212 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 17 2022 7 01 PMPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin menafikan menerima RM1 3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd semasa berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan Dia berkata dakwaa...
Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi

Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 280 hits
malaysiakini comKES 1MDB Akaun AmBank Najib Razak menerima hampir AS 20 juta daripada Putera Arab Saudi Faisal Turki Bandar Al Saud pada 2011 menurut keterangan pengurus Unit Swift bank perdagangan itu Wedani Senen memberitahu Mahkamah Ting...
Siasat Segera Khairy Terima Dana Politik

Siasat Segera Khairy Terima Dana Politik

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 357 hits
Siasat segera Khairy terima dana politikPosted By on June 20 2022Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu segera menyiasat Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin berikutan keterangan di mahkamah dalam kes perbicaraan Datuk Seri ...
Muhyiddin Shafie Terima Dana Uksb Perbicaraan Zahid Diberitahu

Muhyiddin Shafie Terima Dana Uksb Perbicaraan Zahid Diberitahu

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 207 hits
Seorang bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi bahawa Muhyiddin Yassin bersama Shafie Apdal menerima dana daripada syarikat itu
Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Inside Romania S Movile Cave A Toxic Ecosystem Thriving Without Sunlight

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


12 Taman Taman Negara Di Sarawak

Acha Septriasa Tolak Tawaran Filem Sheriff Kerana Komitmen Qodrat 2

Tak Sangka Ini Yang Terjadi

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Sha Gibran Langit Senja Chord

European Anti Tourism Groups Plan June 15 Disruptions