Ajar Anak Hafal Bacaan Dalam Solat Cara Santai


 
Pernah tak ibu rasa susah nak mengajar anak? Tak kisahlah dalam apa perkara atau subjek sekali pun, terasa perkara tu perlu diberitahu cuma susah nak perkenalkannya pada anak-anak. Saya ada satu kelemahan yang saya perasan mula datang bila Auni dah makin membesar. Mengajar matapelajaran Jawi dan bacaan Quran kepada Auni adalah suatu perkara yang saya rasa paling sukar saya lakukan.


Sebelum ni saya pernah mengajar subjek Matematik dan Sains di sekolah, jadi mengajar subjek membaca kepada Auni rasanya tak begitu sukar. Tapi bila mengajar subjek jawi, saya pula yang garu kepala memikirkan bagaimana caranya saya nak buat supaya Auni mudah faham dan ingat. Bila Auni dah mula belajar solat, terasa sukar pula pada saya nak mengajar Auni bacaan dalam solat yang panjang dan banyak. I need a guideline bagaimana nak mengajar anak menghafal bacaan dalam solat. Buntu.
Tapi sekarang saya dah jumpa jalan penyelesaiannya. Auni pun dah makin lancar menyebut bacaan dalam solat. Dia juga tak bergantung pada saya dan suami atau handphone lagi untuk solat. Disebabkan isu mengajar anak menghafal bacaan dalam solat pernah menjadi masalah saya dan pada masa itu saya juga kerap tertanya-tanya bagaimana ibu-ibu lain mendidik anak mereka menghafal, jadi apa kata saya kongsikan beberapa tips yang saya buat supaya Auni mudah menghafal bacaan dalam solat.


Semoga dengan tips yang sedikit ini dapat membantu ibu-ibu mengajar anak bersolat dengan cara yang santai dan tak formal. Anak pun tak stress dan mudah menghafal, yang penting dalam mood ceria dan gembira. Tak banyak pun tips yang saya buat, ada dua sahaja. Nak tau tak apa tips tu? Jom baca..


1. Beli Buku Komik-M : Misi Solat Lima WaktuTujuan saya beli buku Komik-M ni sebenarnya untuk Auni penuhi masa lapangnya dengan aktiviti berfaedah. Kami selalu berada di rumah, jadi tak banyak aktiviti luar yang kami lakukan. Bila dapur mula diubahsuai pula, lokasi kami habiskan masa kebanyakannya hanya di dalam bilik sahaja. Meskipun saya boleh memasang cerita di laptop atau handphone, tapi saya tak gemar Auni habiskan masa dengan gajet. Jadi saya belikan beberapa buah buku ala komik untuk menarik minat Auni membaca, namun dalam masa yang sama buku itu haruslah berinformatif.
Kebetulan saya juga dalam misi mendidik Auni untuk solat lima waktu, jadi saya pilih buku Misi Solat Lima Waktu sebagai bahan bacaan tambahan Auni. Tak sangka buku sekecil ini yang berharga hanya RM7, mengandungi banyak informasi berguna yang diilustrasikan dalam bentuk santai dan lawak. Auni seronok membaca dan dia juga terpengaruh untuk melakukan perkara baik yang dibacanya daripada buku tersebut. 


Saya perasan setiap kali Auni ingin masuk ke tandas, dia akan minta saya bacakan doa untuknya. Begitu juga apabila ingin keluar tandas. Bukan itu sahaja, Auni juga ambil buku Misi Solat Lima Waktu dan letakkan di sebelahnya ketika ingin solat. Pada mulanya saya tak pasti mengapa, namun setelah beberapa kali lihat Auni letakkan buku tersebut di sebelahnya ketika solat, baru saya tahu rupanya Auni ingin membaca bacaan dalam solat yang ditulis dalam tulisan rumi yang terdapat dalam buku Misi Solat Lima Waktu itu.


2. Tulis Bacaan dalam Solat dengan Tulisan RumiJadi datang idea saya untuk tulis ayat bacaan dalam solat dengan tulisan rumi. Saya tulis ayat tersebut dalam kertas A4 dengan tulisan yang besar untuk memudahkan Auni membacanya ketika solat. Hanya letakkan kertas tersebut di tepi Auni ketika solat, jadi Auni boleh rujuk dan membacanya sekaligus menghafal tanpa rasa terbeban. Apabila diulang sebanyak lima kali sehari, tentu sahaja mudah untuk Auni mengingatnya.


Sekarang Auni sudah ingat hampir kebanyakan bacaaan dalam solat kecuali doa iftitah dan qunut. Saya tekankan ayat yang pendek dahulu dan apabila Auni sudah mengingat bacaan tersebut, barulah saya minta Auni membaca ayat yang panjang seperti bacaaan ketika duduk tahiyat. Saya baru sahaja amalkan cara ini dalam masa sebulan lebih ini dan bacaan dalam solat Auni sudah semakin lancar dan lebih baik daripada dahulu.
Saya juga tak perlu tinggikan suara menyuruh Auni menghafal bacaan dalam solat kerana Auni lakukannya mengikut kehendak diri sendiri dan tidak rasa terbeban dengannya. Jadi proses ini jadi lebih mudah bagi saya dan Auni. Walaubagaimanapun, cara ini mungkin tak berkesan jika anak tidak melakukan rutin solat lima waktu kerana ilmu yang  diamalkan secara berterusan akan lebih cepat disimpan dalam minda berbanding amalan yang dilakukan sekali-sekala.


Jadi langkah pertama yang perlu dilakukan sekiranya anak-anak sukar melakukan solat wajib lima waktu sehari semalam adalah dengan menyuruh mereka mengerjakannya. Bagaimana ingin jadikan solat sebagai aktiviti harian mereka tanpa disuruh dan dipaksa? Mudah sahaja, solatlah berjemaah bersama anak-anak. Mereka akan lebih mudah melakukan sesuatu perkara melalui pemerhatian dan role model yang terbaik bagi anak-anak tentulah ibu bapa mereka.
Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak dengan cara yang santai dan mudah serta semoga anak-anak kita juga membesar menjadi individu yang berjaya bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat. Dan semoga dengan tips yang sedikit ini dapat menjadi bekal untuk dibawa ke akhirat nanti. Anak-anak mencorak masa depan negara, bimbinglah dengan acuan agama semoga sentiasa dirahmati dan diredhai Allah selalu. Aamiin..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/08/ajar-anak-hafal-bacaan-dalam-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 412 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Cara Check In Nama Anak Yang Dibawa Sekali Pada App Mysejahtera

Cara Check In Nama Anak Yang Dibawa Sekali Pada App Mysejahtera

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 1098 hits
Kalau pergi mana mana kena check in apps MySejahtera Tapi kita check in sorang sorang je Macam mana nak masukkan sekali nama anak kalau kita bawak sekali Apabila polis check nama anak kita tidak check in sekali tak pasal pasal langgar SOP J...
Punya Lebih Dari 2 Anak Orang Tua Wajib Tahu Cara Mencegah Dan Menghadapi Anak Dengan Middle Child Syndrome

Punya Lebih Dari 2 Anak Orang Tua Wajib Tahu Cara Mencegah Dan Menghadapi Anak Dengan Middle Child Syndrome

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 557 hits
Bagi orang tua yang memiliki lebih dari dua anak masalah psikologis yang dapat menyerang salah satu anak mereka adalah middle child syndrome Yaitu sindroma anak tengah Anak tengah yang mengalami sindroma biasanya sensitif terhadap perlakuan...
Cara Check In Apps Mysejahtera Bila Keluar Berdua Keluarga Anak Anak

Cara Check In Apps Mysejahtera Bila Keluar Berdua Keluarga Anak Anak

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 771 hits
CARA CHECK IN APPS MYSEJAHTERA BILA KELUAR BERDUA KELUARGA ANAK ANAK APA ITU KOD QR MYSEJAHTERA Penggunaan kod Quick Response atau respons pantas akan dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera bagi memudahkan orang awam mendaftar diri ketika me...
5 Cara Ampuh Membujuk Anak Mau Belajar Sikat Gigi Ribet Di Awal Nggak Apa Apa

5 Cara Ampuh Membujuk Anak Mau Belajar Sikat Gigi Ribet Di Awal Nggak Apa Apa

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 351 hits
Nggak gampang tapi ada kok trik bikin acara gosok gigi jadi lebih fun Yuk dimulai untuk investasi jangka panjang
Jahit Sendiri Seluar Santai Anak Anak

Jahit Sendiri Seluar Santai Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 537 hits
Jahit Sendiri Seluar Santai Anak AnakDah lama tak menjahit seluar santai anak anak Seluar ni senang sangat nak buat Dapat pola yang betul dan cara jahit ikut tutorial Sehelai seluar siap tak sampai 30 minit Dari pola seluar panjang boleh di...
Cara Mencegah Anak Anda Daripada Pembesaran Terbantut

Cara Mencegah Anak Anda Daripada Pembesaran Terbantut

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 612 hits
Pernahkah ketika membawa anak ke klinik kesihatan anggota kesihatan memberitahu bahawa anak anda mengalami bantut Cara Mencegah Anak Anda Daripada Pembesaran Terbantut Credit Pic Apa itu BANTUT Cara Mencegah Anak Anda Daripada Pembesaran Te...
Cara Tni Di Kutai Kartanegara Merdekakan Sinyal Hp Buat Anak Belajar Online

Cara Tni Di Kutai Kartanegara Merdekakan Sinyal Hp Buat Anak Belajar Online

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 322 hits
Masa pandemi Covid 19 membuat anak anak harus belajar di rumah secara daring atau online
Pegang Pensil Benda Mudah Kalau Tak Dirangsang Anak Tak Selesa Ini Cara Tepat

Pegang Pensil Benda Mudah Kalau Tak Dirangsang Anak Tak Selesa Ini Cara Tepat

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 295 hits
Apabila anak sudah berusia 4 tahun pastinya ibu bapa mula risau bila si kecil masih lagi tidak dapat memegang pensil dengan tepat Memegang pensil seharusnya perlu dilatih sejak kecil lagi Tak perlu menulis sebaliknya hanya biarkan sahaja an...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord