Cara Check In Apps Mysejahtera Bila Keluar Berdua Keluarga Anak Anak
CARA CHECK IN APPS MYSEJAHTERA BILA KELUAR BERDUA/KELUARGA/ANAK-ANAK
APA ITU KOD QR MYSEJAHTERA
Penggunaan kod ‘Quick Response’ (QR) atau respons pantas akan dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera bagi memudahkan orang awam mendaftar diri ketika memasuki premis perniagaan dan makanan.
FUNGSI PENGESAN HOTSPOT
Aplikasi MySejahtera dilengkapi dengan fungsi pengesan Hotspot. Ia merupakan peta yang memaklumkan perkembangan kes di kawasan dalam radius 1km dari lokasi carian.
Penggunaan fungsi berkenaan boleh dijadikan sebagai salah satu langkah berjaga-jaga dalam merancang perjalanan atau ketika berada di rumah
Jika anda ingin pergi ke mana-mana kena check in/ scan bar code aplikasi MySejahtera. Biasanya kita akan check in sorang diri sahaja kan?
Bagaimanakah nak masukan sekali nama isteri dan anak-anak jika kalau anda bawa mereka bersama? Jika pihak polis buat semakan, nama ahli keluarga kita tiada dalam senarai check in, hal ini telah melanggar SOP kan?
CARA CHECK IN APPS MYSEJAHTERA BILA KELUAR BERDUA/KELUARGA/ANAK-ANAK
Buka aplikasi MySejahtera
Kemudian pergi dekat home MySejahtera dan lihat bahagian atas ada butang MORE,klik MORE
Akan dipaparkan pelbagai senarai pilihan fungsi, pilih MANAGE DEPENDENTS
Kemudian akan dipaparkan ruangan untuk masukan nama isteri/anak,isi nama dengan betul.
Apabila nak check in guna aplikasi MySejahtera,akan dipaparkan I’m with …
Kemudian klik nama yang ada bersama dengan anda
Tekan CHECK IN
Selesai urusan check in dan anda boleh patut SOP dengan mudah
CARA JANA KOD QR MySEJAHTERA MAJLIS KAHWIN/KENDURI/KESYUKURAN/TAHLIL
Anda boleh pergi ke: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/
Gunakan nombor telefon ataupun emel, anda boleh wujudkan akaun yang akan digunakan untuk mentadbir setiap kod QR yang anda telah jana.
Setelah log masuk, anda boleh cari butang “Add Locations” untuk mulakan proses menjana QR. Kod pertama yang anda jana perlukan anda untuk masukkan alamat lokasi tempat kod QR ini akan digunakan.
Bila anda dah masukkan semua maklumat yang diperlukan anda akan diberikan kod QR MySejahtera yang anda perlukan. Kod QR itulah yang boleh anda tampal di pintu-pintu masuk kenduri anda.
CARA SEMAK/LIHAT LAPORAN CHECK IN PENGUNJUNG APLIKASI MYSEJAHTERA
Andainya anda pemilik kod QR tersebut, anda boleh lihat laporan check-in pengunjung yang telah mengimbas kod anda.
The post CARA CHECK IN APPS MYSEJAHTERA BILA KELUAR BERDUA/KELUARGA/ANAK-ANAK appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-check-in-apps-mysejahtera-bila-keluar-berdua-keluarga-anak-anak.html