Ajakan Bersemuka Untuk Saya Dan Prof Dr Ridhuan Tee Ikram Mahu Perangkah



Banyak pihak yang menghubungi saya meminta maklum balas ke atas kenyataan media Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa, yang menjemput saya (dan Prof Dr Ridhuan Tee) bersemuka dengan IKRAM mengenai isu “tuduhan IKRAMISASI di IPTA”.

Saya telah membaca kenyataan media ini yang menyebut “terlalu banyak maklumat di media sosial yang bercampur baur antara fakta dan rekaan” dan “kaedah bertemu dan bertukar maklumat adalah langkah yang positif dan proaktif untuk meleraikan silap faham”.

Kenyataan media ini juga menyebut mengenai kesan fitnah yang “boleh memudaratkan individu dan masyarakat bukan sahaja kepada yang difitnah, tapi juga yang membuat fitnah, dan yang membaca, percaya dan menyambung penyebaran fitnah”.

Saya juga mengesahkan telah menerima surat Setiausaha Agung IKRAM yang menyebut IKRAM “bercadang untuk mengadakan pertemuan langsung dengan pihak (saya)” sehubungan dengan “siri penulisan (saya) di media sosial yang mengandungi beberapa tuduhan dan insinuasi yang negatif terhadap IKRAM”.

Maklum balas ringkas saya ke atas kenyataan media dan surat Setiausaha Agung IKRAM ini adalah:

(1) Jika betul tujuan IKRAM mahu bersemuka dengan saya (dan Prof Dr Ridhuan Tee) adalah “untuk meleraikan silap faham”, mengapa pula awal-awal lagi IKRAM menuduh saya mereka-reka cerita dan memfitnah IKRAM? Kenyataan begini bukan cara mengajak untuk berdamai tetapi lebih kepada mengajak untuk berperang. Kalau IKRAM mahu berperang nyatalah saja begitu supaya boleh kita buat cara berperang.

(2) Jika betul tujuan IKRAM mahu bersemuka dengan saya (dan Prof Dr Ridhuan Tee) adalah “untuk meleraikan silap faham”, mengapa pula IKRAM perlu bersusah-susah untuk bersemuka di musim Covid-19 ini kerana tulisan-tulisan saya adalah pernyataan-pernyataan fakta sahaja? Apa yang perlu dibuat oleh IKRAM mudah, iaitu menyatakan sama ada fakta-fakta yang saya beri ini betul atau salah sahaja.

(3) Apa masalah IKRAM hingga tidak mahu memilih jalan mudah untuk menjawab tulisan-tulisan saya mengenai “IKRAMISASI di IPTA” yang dibuat secara terbuka dengan secara terbuka juga? Bersemuka secara tertutup di dalam bilik memberikan gambaran bahawa IKRAM mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum sedangkan isu yang mahu ditangani adalah isu yang mendapat perhatian umum.

(4) Apa masalah IKRAM hingga memilih untuk bersemuka dengan saya (dan Prof Dr Ridhuan Tee) bila saya (dan Prof Dr Ridhuan Tee) menulis mengkritik IKRAM sedangkan sebelum ini IKRAM sendiri menulis mengkritik pihak-pihak lain seperti JAKIM tanpa bersemuka dengan mereka pun? IKRAM boleh semak balik kenyataan medianya yang menuduh JAKIM perlu diperbetulkan selepas Pakatan Harapan menang.

Bagi memudahkan IKRAM, sila nyatakan apakah benar atau tidak bahawa fakta-fakta yang saya beri ini adalah rekaan atau fitnah ke atas IKRAM:

(1) Datuk Dr Musa Nordin menyebut dalam laman web IKRAM bahawa puak IKRAM yang Dr Maszlee lantik sebagai Naib Canselor IPTA adalah 6?

(2) Memorandum yang diserahkan oleh pimpinan IKRAM kepada Dr Maszlee pada 11 Jun 2018 menyebut “terdapat lebih 500 tenaga akademik IPTA/IPTS dalam kalangan ahli IKRAM yang digabungkan dalam wadah IKRAM Akademia”?

(3) Keahlian IKRAM Akademia melonjak naik mulai 5 Januari 2019 dengan umpamanya catatan pertambahan seramai 98 ahli yang datang dari IPTA seluruh negara hanya dalam tempoh kurang 3 bulan sahaja, iaitu antara 22 Ogos ke 6 Oktober 2019?

(4) Keahlian IKRAM Akademia hanya eksklusif untuk ahli-ahli IKRAM yang menjadi ahli akademik sahaja, begitu juga dengan aktiviti-aktivitinya yang bersifat eksklusif, termasuk “mentoring dan pembangunan kerjaya ahli IKRAM Akademia”?

(5) Bengkel Penyediaan Geran Projek FRGS 2019 anjuran IKRAM Academia di UPM, yang selalunya dan sepatutnya dibuka kepada semua ahli akademik, pun boleh dibuat eksklusif untuk ahli-ahli IKRAM dan diselitkan agenda IKRAM sekali?

(6) Prof. Dato' Dr. Hj Hassan Basri Awang Mat Dahan yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 1 Februari 2019 adalah ahli badan tertinggi IKRAM yang dipilih oleh Perhimpunan Ahli Teras (PAT) pada 4 Ogos 2018?

Ini saja fakta-fakta yang saya beri mengenai “IKRAMISASI di IPTA”.

Susah sangatkah IKRAM mahu sahkan atau nafikan fakta-fakta ini?

FB
Kamarul Yusoff

NOTA

Kenyataan media IKRAM ini antara lainnya dilaporkan oleh portal-portal berikut:
https://www.ikram.org.my/…/3952-tuduhan-ikramisasi-ikram-aj…
https://malaysiadateline.com/ikram-hantar-surat-ajak-kamar…/
https://www.malaysia-today.net/…/ikram-hantar-surat-ajak-k…/



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/ajakan-bersemuka-untuk-saya-dan-prof-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikram Hantar Surat Ajak Kamarul Ridhuan Tee Bersemuka

Ikram Hantar Surat Ajak Kamarul Ridhuan Tee Bersemuka

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 263 hits
Pertubuhan Ikram Malaysia memaklumkan yang surat jemputan untuk bertemu telah dihantar hari ini kepada pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff dan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah su...
Dr Asri Bidas Ikram Amanah

Dr Asri Bidas Ikram Amanah

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 189 hits
Saudara yang bertanya terima kasih atas soalan Asalnya saya malas hendak menjawab soalan sebegini Memandang saudara dan beberapa orang lagi bertanya hal yang sama maka saya siarkan jawapan ini secara terbuka supaya saudara dan orang seperti...
Duta Timur Tengah Lantik Tuan Guru Hj Hadi Langkah Tepat Prof Dr Azmi

Duta Timur Tengah Lantik Tuan Guru Hj Hadi Langkah Tepat Prof Dr Azmi

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 430 hits
BANGI 10 Syaaban 1441H Sabtu Pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri adalah satu keputusan yang tepat pada masanya kata Pakar Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia Prof D...
Sudah Sampai Masa Haramkan Dong Zong Prof Kok Seong

Sudah Sampai Masa Haramkan Dong Zong Prof Kok Seong

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 218 hits
Perjuangan pertubuhan radikal Cina bertentangan aspirasi nasionalPertubuhan radikal Cina Dong Jiao Zong seharusnya lebih peka kepada sifat masyarakat majmuk demi kebaikan sebuah negara demokrasi Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti K...
Jangan Sebut Stress Sebut Kurang Tenang Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad

Jangan Sebut Stress Sebut Kurang Tenang Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 546 hits
Ayat itu cukup terngiang di kepala Apa yang kita sering sebutkan dikatakan akan memakan diri Imej Depositphotos Tanggal 3 April 2020 Jelita telah bersiaran langsung bersama pakar inspirasi Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi siri BluIncCh...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord