Dr Asri Bidas Ikram Amanah



Saudara yang bertanya, terima kasih atas soalan. Asalnya, saya malas hendak menjawab soalan sebegini. Memandang saudara dan beberapa orang lagi bertanya hal yang sama, maka saya siarkan jawapan ini secara terbuka supaya saudara dan orang seperti saudara dapat membacanya.

Saya sembunyikan nama saudara. Sebenarnya, soalan saudara terkandung banyak isu. Saya harap saya dapat meneliti dengan baik perkara-perkara yang saya sebutkan nanti.

Saya bersetuju bahawa manusia berpegang kepada ikrar dan janji. Itu pun hendaklah dilihat, sejauh mana ikrar dan janji bercanggah atau tidak dengan syarak.

Adapun saya dan majoriti rakyat tidak pernah terlibat dengan perjanjian atau ikrar antara orang-orang politik tersebut. Itu urusan mereka. Majoriti rakyat tidak terbabit dengan perjanjian ‘memfaraidkan kuasa’ antara orang-orang berkaitan.

Perdana menteri yang ada sekarang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu kuasa tertinggi yang diiktiraf oleh perlembagaan negara. Di sisi Perlembagaan, dia merupakan perdana menteri yang sah.

Apabila ia sah, di sisi syarak ia wajib ditaati selagi dia tidak menyuruh kepada dosa dan maksiat.

Bercakap tentang ikrar dan janji, adapun saya - bahkan semua rakyat yang sebenar - telah berikrar Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Saya percaya saudara pun pernah berikrar.

Dengan saudara tidak mengiktiraf perlantikan yang dibuat oleh Agong bererti saudara melanggar ikrar dan janji yang saudara telah buat sejak dahulu. Justeru, saya mengiktiraf kerana saya menunaikan janji dan ikrar.

Untuk pengetahuan saudara, pada 8 Okt 2019 perdana menteri ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed, menulis sepucuk surat peribadi kepada saya. Antara isi kandungan surat tersebut, beliau menyatakan: "Saya buat janji siapa yang akan ganti saya jika saya jadi PM. Saya tidak boleh mungkin janji. Orang lain tidak janji apa-apa. Mereka boleh pilih siapa saja. Tetapi saya nak pilih orang lain, ini salah jika saya lakukannya."

Dari surat Tun Mahathir itu, ternyata orang lain tidak terikat dengan janji selain dari Tun M sahaja. Sudah pasti Agong tidak terikat dengan janji tersebut. Rakyat awam seperti saya juga tidak terikat dengan janji itu. Maka tiada siapa yang boleh dituduh sebagai khianat kerana mengiktiraf kerajaan yang ada.

Kita semua tahu, apa yang berlaku perdana menteri ketujuh meletakkan jawatan. Maka negara tiada perdana menteri. Seorang perdana (menteri) perlu dilantik. Apakah cara? Agong telah mengambil langkah yang wajar dan dipertujui oleh Majlis Raja-Raja.

Satu cara pemilihan telah dibuat di Istana Negara. Parti saudara dan ahli-ahli parlimen PH turut menyertai pemilihan tersebut dengan hadir ke Istana Negara dan memaklumkan calon pilihan mereka kepada Agong.

Jika pemilihan itu satu pengkhianatan dan tidak sah, mengapa parti saudara dan ahli-ahli parlimen PH turut menyertainya? Tidakkah pemilihan perdana menteri adalah hasil dari proses tersebut?

Jika diandaikan calon parti saudara menang, adakah sah? Jika calon saudara tidak menang, maka tidak sah?!!! Lojik apakah ini?!

Adapun sudut ketelusan parti saudara yang tidak akan mengiktiraf lompat parti, mungkin saudara terlupa sejarah parti saudara. Parti saudara muncul hasil dari lompat parti. Bukan sahaja lompat parti, bahkan melanggari baiah dengan parti asal mereka.

Bukan baiah biasa, tetapi baiah atas nama Allah dan Rasul-Nya bahawa isteri tertalak jika mereka lompat. Pun begitu mereka telah melompat. Pemimpin saudara pernah menghantar surat kepada saya selaku pengerusi Jawatankuasa Fatwa Perlis untuk memutuskan apakah isteri mereka tertalak.

Jawapan yang kita berikan ialah sama ada jatuh atau tidak talak itu berdasarkan niat semasa sumpah talak tersebut dibuat. Saudara boleh rujuk keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-24 dan 25/2016 pada 20-21 Dis 2016.

Namun, perbuatan menggunakan nama Allah, Rasul-Nya serta talak isteri untuk berpolitik adalah perbuatan yang keji. Hal itu pernah dilakukan oleh parti saudara.

Jika saudara masih ingat atau membaca, ada percubaan menjatuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008 yang cuba membentuk kerajaan melalui lompat parti. Pemimpin-pemimpin parti saudara juga bersama dengan pemimpin berkenaan.

Pemimpin tersebut juga calon PM yang saudara sebut. Saya bukan mahu memburukkan beliau, tetapi jika saudara bercakap soal prinsip yang parti saudara pegang, mungkin saudara boleh menilainya.

Pengiktirafan saya tiada kaitan dengan perjanjian antara orang-orang politik. Saya mengiktiraf apabila seseorang telah sah sebagai perdana menteri dan kerajaan di sisi perlembagaan.

Jika satu hari kumpulan saudara sah menjadi kerajaan yang sah, saya iktiraf. Soalan mengkritik, itu perkara kedua. Berbeza antara kritik dan iktiraf. Mengapa saya iktiraf dan taat selagi tidak mungkar? Jawapannya kerana saya bukan orang parti seperti saudara.

Saya musim yang berpegang kepada arahan Nabi SAW (bermaksud): “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba Habsyi, dengar dan taatlah jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll, sahih atas syarat al-Imam Muslim).

Juga sabda Nabi SAW (bermaksud): “Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Prinsip rakyat dalam urusan pemerintahan ialah kita menyokong yang baik dan ijtihad yang tidak berdosa dalam pentadbiran. Kita memberikan pandangan balas dan kritikan jika perlu. Kita membantah dan tidak menyokong hal-hal yang mungkar.

Apa yang penting, negara mesti stabil dan memelihara kepentingan rakyat dan agama.

Telah berlaku pertukaran kerajaan dalam sepanjang sejarah manusia melalui pelbagai cara. Ada yang melalui cara terpuji dan ada yang melalui cara yang keji. Kerajaan ‘Abbasiyyah ditegakkan hasil rampasan kuasa daripada kerajaan Umawiyyah.

Pun begitu, rakyat terus hidup. Berkurun-kurun kerajaan itu berlangsung. Para ulama yang fakih terus dengan sikap jujur mereka. Mereka mentaati hal yang patut ditaati dan membangkang hal yang patut dibangkang. Para imam yang empat, hidup di bawah kerajaan Abbasiyyah.

Demikianlah kebanyakan ulama dan sarjana pelbagai bidang. Mereka khidmat dalam hal yang perlu dan membantah perkara yang perlu. Sebahagian buku yang parti saudara baca juga dari ulama-ulama kerajaan Abbasiyyah.

Jika saudara menyatakan parti saudara hidup atas prinsip Islam berpegang pada janji, mungkin saudara boleh semak semula. Selain dari apa yang saya sebutkan di atas, tidakkah pemimpin parti saudara juga yang pernah cuba menjustifikasikan perlanggaran janji politik dengan membuat satu kenyataan yang menghina Nabi SAW bahawa "Nabi pun pernah tak tunai janji". Mungkin kemudian dia bertaubat, saya harap begitu.

Saudara, semoga Allah membimbing kita semua. Berdoalah agar kita dipimpin oleh ilmu dan bukan emosi yang tidak stabil. Fahami sesuatu dari kerangka yang luas dan ilmiah sebelum saudara membuat kesimpulan. Saya doakan saya menjadi anak muda yang baik dan bermanfaat untuk negara.


MAZA
Prof. Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

MR :  Harap geng IKRAM/AMANAH kembali semuja ke perjuangan Islam yang asal.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/dr-asri-maza-bidas-ikramamanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Politik Longkang Amanah Seru Ahli Pimpinan Pas Tinggalkan Parti

Hadi Politik Longkang Amanah Seru Ahli Pimpinan Pas Tinggalkan Parti

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 440 hits
Kuala Lumpur Parti Amanah Negara menyeru kepada ahli PAS supaya meninggalkan parti itu beramai ramai Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam Pengarah Komunikasi parti itu Khalid Abd Samad berkata PAS kini jauh terpesong dari perjuanga...
Surat Berunsur Fitnah Hadi Apa Tindakan Amanah

Surat Berunsur Fitnah Hadi Apa Tindakan Amanah

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 226 hits
Sementara itu Parti Amanah Negara pula berorientasikan Islam liberal sekular yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP Tujuannya bagi menyaingi populariti PAS bagi memecahkan kesatuan mereka dalam Islam Hadi berkata Berlaku usa...
Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 302 hits
Adakah En Ali Telah Membuat Hibah Amanah Perniagaan Kepada Anaknya Adakah Encik Ali yang sedang menjalankan perniagaan dan bercadang mahu mewariskan perniagaannya kepada anaknya dengan cara membuat hibah amanah Sebagai permulaan elok kita t...
Surat Hadi Dipenuhi Tohmahan Dan Berunsur Fitnah Kata Amanah

Surat Hadi Dipenuhi Tohmahan Dan Berunsur Fitnah Kata Amanah

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 338 hits
Parti Amanah Negara kesal dan terkilan dengan kandungan surat yang ditulis oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemimpin gerakan Islam di seluruh dunia yang disifatkan penuh dengan dakwaan dan tohmahan tidak berasas palsu me...
Ahli Dan Pemimpin Parti Amanah Hilang Waras Akhlak Islam

Ahli Dan Pemimpin Parti Amanah Hilang Waras Akhlak Islam

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 424 hits
Suka kutuk ulama suka kutuk PASDah kena hentak rapat sampai ke dinding baru nak sembang syahdu Biar berbeza politik tapi akhlak dijaga Sembang warak Yang maki hamun dan label orang parti lain dengan LEBAI WALAUAN segala jenis itu dari parti...
Mengejutkan Fatwa Parti Amanah Malam Tadi Dr Kamarul Zaman

Mengejutkan Fatwa Parti Amanah Malam Tadi Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 334 hits
FATWA MENGEJUTKAN DARIPADA PENASIHAT UMUM AMANAHMengejutkan sekali bila tatkala seluruh rakyat sedang cemas berhadapan dengan wabak COVID 19 tiba tiba sahaja Penasihat Umum AMANAH Datuk Seri Ahmad Awang muncul secara live lewat malam tadi u...
Amanah Besar Untuk Kami Perlu Berperang Dengan Kuman Yang Semua Tak Nampak

Amanah Besar Untuk Kami Perlu Berperang Dengan Kuman Yang Semua Tak Nampak

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 278 hits
Angka kematian akibat Covid 19 dari sehari ke sehari semakin bertambah dan bilangan kes juga turut menunjukkan peningkatan Melihat kepada peningkatan jumlah kematian akibat Covid 19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah bersiap sedia dengan...
Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSebelum ini saya telah berkongsi tentang Saya juga telah berkongsi artikel dari laman sesawang FIMM mengenai dan Saya juga telah berkongsi tentang Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang prestasi dana u...
Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Persiapan Raya Di Butik Jamilah Uda Business Centre

Apa Itu Fiqih Ini Pengertian Tujuan Sumber Dan Cabangnya

Pkr Grassroots Warm To Tengku Zafrul Amid Talk Of Party Switch

Zuraida S Case Has Serious Impact On Malaysian Politics

Fans Stand In Solidarity With Convert Tiktoker Rayyan Wong After Cops Nab Him For 3r Breaches

123faz