Jangan Sebut Stress Sebut Kurang Tenang Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad
Ayat itu cukup terngiang di kepala. Apa yang kita sering sebutkan dikatakan akan memakan diri.
Imej: Depositphotos
Tanggal 3 April 2020, Jelita telah bersiaran langsung bersama pakar inspirasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi siri #BluIncChillOut.
Dalam sesi secara langsung di Instagram Majalah Jelita itu selama hampir sejam itu, topik yang dibualkan berkisar cara menghadapi atau menguruskan rasa kegusaran melampau (anxiety) kala menempuhi #PKP.
Banyak sudut kehidupan yang telah disentuh Prof Muhaya termasuk perkongisan mengenai #PKPBukaTopeng. Ia memperlihatkan diri kita yang sebenar bila perlu duduk di rumah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, Prof Muhaya sempat membetulkan persepsi agar kita tidak menyebut perkataan stress atau tekanan tetapi gunakanlah istilah kurang tenang, atau belum tenang bila terasa gusar.
Ada betulnya, bila kita menyebut perkataan negatif, maka ia akan terbenam dalam fikiran, itulah yang keadaan kita. Tetapi menggunakan istilah belum tenang atau kurang tenang, akan buat anda rasa mahu berusaha untuk meraih bahtera ketenangan berkenaan.
Anda boleh tonton video live berkenaan di bawah:
Bagi anda yang inginkan bantuan secara langsung daripada Prof Muhaya sendiri, apa kata sertai Prof Muhaya Circle (PMC). Menerusi kumpulan ini, wanita ini sendiri akan membuat panggilan video dengan anda untuk membantu anda mengharungi sebarang dilema dan kegusaran yang dihadapi.
Malah, Prof Muhaya ada berkongsi seorang pelajarnya yang 33 tahun menderita anxiety, kini semakin pulih setelah menyertai PMC.
Klik sini untuk ketahui lanjut.
Baca juga: Panduan Ibu Bapa Untuk Bantu Anak Kemurungan
The post “Jangan Sebut Stress, Sebut Kurang Tenang.” – Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://herinspirasi.com/suara-editor/jangan-sebut-stress-sebut-kurang-tenang-datuk-prof-dr-muhaya-mohamad/